sahabat teman dan kwan
Welcume
Monday, January 4, 2010
apaa yangggg....
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.
Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'
IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '
Monday, December 14, 2009
untukmu untukku......
“orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan kejahatan, sedangkan mujahid adalah orang yang melawan hawa nafsunya”
“sambunglah orang yang memutuskanmu, berilah orang yang tidak memberimu, maafkanlah orang yang menganiayamu”
“Pandangan adalah salah satu dari panah iblis”
“Barangsiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka hendaklah dia melihat kedudukan Allah di sisinya. Kerana sesungguhnya Allah swt memberikan kedudukanNya kepada seseorang di sisiNya sesuai dengan bagaimana hamba itu memberikan kedudukan kepada Nya di sisinya.”
“Siapa yang tidak redha pada Qadha’ maka kebodohan itu tidak menemukan ubatnya”
my heart upm 2254pm
Friday, December 4, 2009
i like this photo
sangat menarik tertarik.. hasil dari penceramah kite yg tersohor... ustaz azhar idrus...

gambar ni di agro resort setiu.. tempatku... mcm kat over sea pula jd..
maaf ustaz.. tercopy pula... betul2 sukeeee...
banyak lg gambar yg menarik... sila layari laman web ini..
klickkkkkkkk
Tuesday, December 1, 2009
adik oh adik...
adik td keluar dari bilik ana dan datang kembali dengan jam..(jam randik lg).. nah kak..
tekan sini nak start" wah siap ajar ana lg tu... "kenapa dik?"...
"tadi kak cakap nak tahu berapa lama adik boleh duk diam.. cuba la kira.. ok adik diam... tgk la jam tu. haa. adik boleh je duk diam"
selepas tu adik mad diam je kat katil di sebelah ana... lawak pun ada.. hati sangat ceria bilamana bersama kanak-kanak.. mereka tanpa dosa dan akal yang bijak.. hati masih bersih.. patutlah kita rasa tenang bersama mereka walaupun kerenah yang macam-macam..
imbas kembali kata-kata sahabat usrah ana 2 tahun dulu:
"bila kita tengok pokok-pokok hati akan tenang je??( upm banyak pokok)
kerena:: pokok adalah makhluk Allah yang sentiasa berzikir kepada Allah.. sama juga kita tengok orang yang alim.. sejuk mata memandang...
if kita tengok macam tak ada apa perassan.. cuba muhasabah diri... bukan muhabasah di musim-musim hujan ni... hee.. peace..
Ya Allah... terkena ana...
my heart... my pinky room..
Friday, November 20, 2009
Dakwah ??
Sudah lama tidak mengupdate blogku yang semakin bersawang ini...
Kekangan masa yang amat cemburu pada diri ini.. tambahan dengan program-program yang telah diaturkan sepanjang cuti ini... mengintai-intai masa yang terbaik untukku pulang ke desa tercinta.. bilakah itu?? ku rindu semuanya...
Teringat kembali saat-saat bersama adik-adik d satu program... soalan yang perlu di jawab oleh seorang daie dengan sejujurnya..
"kak.. dari chek point first lg soalan saya tak terjawab.. kita berbicara tentang dakwah.. pengertian... method.. kepentingan... hukum.. macam-macam lagi... bagi pihak akak sendiri apa dakwah yang akak buat??" diri sendiri betul-betul "terdakwah" ke?? semua fasi tak jawab pun soalam saya"
soalan berani yang ditanya oleh seorang peserta.. ( i like )
kita bilamana ditanya tentang dakwah... semua orang berabuk jawab itu dan ini.. jika dijawab dalam exam paper.. mungkin markah tertinggi dapat dicapai oleh para 'teori'.. tetapi secara lahiriahnya tidak semua yang berjaya menempuhinya... jalan terakhir kita putus asa sehingga terkeluar ayat yang tidak sepatutnya keluar dari patah perkataan seorang daie...
ingat wahat para mujahidin dan mujahidah sekalian... jangan terlalu cepat membuat konklusi pada setiap apa yang berlaku... konsep dakwah ini sangat luas... kita perlu kreatif menandatangani setiap yang berlaku... insan yang ingin di dakwah mestilah di selami hati dan sanubari.. baru kita tahu kelemahan dan kekuatan mereka... dari situ strategi dakwah dapat dilunaskan..
Fiqh dakwah merupakan cantuman dua rangkaikata iaitu Fiqh dan Dakwah. Setiap kalimah mempunyai maknanya tersendiri.
FIQH : Mengetahui (tahu) dan memahami (faham).
DAKWAH : Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukan sesuatu.
Dakwah ilallah : Seruan kepada beriman kepada Allah Taala dan beriman dengan apa yang dibawa oleh para rasul dengan membenarkan segala perkhabaran yang dibawa, patuh dan tunduk dengan segala titah perintah Allah Taala dan meninggalkan segala larangannya, justeru agama Islam merupakan agama penamat, syumul dan lengkap.
Ini bermakna dakwah ilallah ialah seruan untuk tunduk dan patuh kepada agama Islam secara keseluruhannya (total). Meyakini Islam adalah agama yang benar, yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang diwahyukan oleh Allah Taala sebagaimana firmanNya :
(Surah Fussilat : 43)
Maksudnya : Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan dan belakangnya, yang diturunkan dari Allah yang maha bijaksana lagi maha terpuji.
Sebagai daie jaga diri kita supaya kita tidak menjadi fitnah pada sahabat yang lain..
bilamana bersama dengan sahabat yang sefikrah atau sehaluan.. semua benda terjaga.. pandangan dijaga.. tutur kata berlapik.. tetapi bersama rakan taulan tidak sama pula tingkahnya..
my heart... upm friday
Wednesday, November 11, 2009
cerita untuk direnung bukan ditenung
Saturday, October 10, 2009
Peringatan dunia..
meting ni meting tu... alahai... ada juga x sempat pergi pun... berbalik pada cerita untuk dikongsikan...
di hostel....( bilik air)
tandas di bilik air kolej saya banyak yang tak dapat digunakan... ada yang rosak dan belum dibaiki... tapi.. ada satu ni elok tapi tak ada getah paip..so tak dapat la kami gunakan.. tak tahu kenapa terdetik dihati nak ambil yang 'cleaner' gunakan untuk cuci tandas... alaa... nak potong sikit je. getah paip tu kan panjang.. boleh la letak kat tandas ni..
dengan rasa tak bersalah(ala-ala pro je) sya terus ke tempat simpanan barang-barang tersebut... tiba-tiba....
kaki yang melangkah terlanggar basikal yang di 'park' di tepi tangga sudah sekian lama. adui.. sakitnya... ada segaris kesan pada kaki.. akibat terlalu sakit niat untuk mengambil getah paip diabaikan.. terus balik ke balik...
sampai aje di bilik.. ku terlihat darah merah sudah mengalir di kaki.. hampir saja nak menangis.. tersedar dari niat yang tidak baik sebentar tadi... Astagfirullah .. belum buat dah dapat pembalasan.. peringatan untukku supaya berhati-hati dalam setiap tindakan.
ingatlah wahai diri... setiap yg berlaku adalah dihitung Allah... Ya Allah ampuni dosaku yang aku sedar mahupun tidak ku sedar.. terima kasih atas warning tersebut... tiap dosa meninggalkan titik hitam pada hati... lukaku tertinggal kesan pada kaki... Ampuni aku ya Rabbi
my heart 153am saturday my rooooom
Wednesday, October 7, 2009
Good Luck PMR

Sunday, October 4, 2009
La Tahzan..
Malam penuh ketenangan, penulis dapat satu mesej dari seorang sahabat yang sedang bersedih..
Penulis hilang kata-kata untuk 'memujuk' hati nya. Handfone ditenung dan diulangi mesej tersebut.. Ego seorang perempuan akhirnya tertunduk seketika. Walaupun ada perjanjian sebelumnya. Mungkin mesej ini perlu direply.. Mahu sahaja mesej tersebut dibiarkan. Akhirnya penulis membalas mesej dengan kata-kata semangat supaya dapat menghilangkan gundah dan sedih di hatinya.

Penulis pun insan yang biasa tidak dapat lari dari kesedihan dan perasaan gundah gelisah. Hampir setiap perkara ada sahaja perkara yang menjadi permasalahan yang menyumbang pada perasaan yang tidak disukai.
Tetapi... wahai insan yang bersedih.. ingatlah.. jika kita berfikir dari sudut yang positif dan bertenang dengan apa jua musibah yang melanda.. Insya Allah hatimu akan tenang.. Setiap perkara yang berlaku pada kita merupakan satu ujian dariNya untuk mematangkan kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Tanpa ujian dan dugaan, adakah kita sudah merasakan kita ni kuat semangat?? Insan yang diuji adalah insan yang hebat. So, kamu insan yang hebat. Orang lain belum tentu dapat melalui seperti kamu lalui sekarang..
"Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan( sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya" (surah At-talaq:7).
Berbahagialah wahai insan, lupakan segala yang membuat dirimu berkecamuk dan bersedih. Pohonlah ampun dan maaf pada Allah. Allah sahaja yang dapat membantu hambaNya. Percayalah wahai iman, Hanya Allah. Allah.. ingat....
Kita mestilah mengingati Allah dalam apa jua keadaan pun, percayalah kasih Allah tidak akan tinggalkan kita. Allah uji kita untuk diri kita mendekatkan diri pada Allah. Mungkin semasa kita gembira, kita leka dengan kegembiraan pinjaman yang dicalit pada kita seketika. diberi sedikit ujian supaya kita kembali padaNya.. buktinya Allah sayang pada kita.
"dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, sambil mereka berkata ' cukuplah Allah bagi kami: Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya demikian juga Rasul-Nya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap pada Allah" ( Surah At-Taubah: 59)
Dengan mengingati Allah hatimu akan tenang.
p/s: penulis doakan kamu berbahagia selalu.. dedication 4 sahabat,, sejak dari satu peristiwa yang betul2 menghentam diri ini. penulis dapat kekuatan, ketabahan, kesabaran, ... semuanya dari Allah.. terima kasih padaMu Allah. Selepas hujan akan ada pelangi dan langit yang cerah..
"berterima kasih pada mereka yang susahkan hidup kita kerana dari situlah lahirnya kekuatan"
my heart 131am 4 oct 2009
Friday, October 2, 2009
Kerana Allah...
wahai diri yang kerdil.
lakukan segalanya semata-mata kerana Allah nescara hidupmu akan tenang.
Setiap yang kita lakukan seharian mestilah ingatkan Allah..
Kadang-kadang diri ini alpa dan leka dengan duniawi..
duniawi yang sementara.. yang tiada jaminan .
Ya Allah ..
ku takut .. ngeri.. adakah amalanku diterima Mu..
aku insan yang terlalu naif.. tidak layak masak ke syurgaMu
dengan amalan yang terlalu sedikit.. sangat sedikit..
tetapi... ku tak sanggup untuk merasa nerakaMu.. ku tak sanggup..
Ku pohon...
hanya dengan rahmatMu sahaja yang dapat menolongku
bantulah aku Ya Rabbi...
untuk terus di jalanMu...
tetapkan hatiku bersama Islam
syahid menjadi impian..
kemenangan islam menjadi tujuan..
pengorbanan mesti dilakukan..
keinsafan seiringan..
muhasabah iman..
Rayuan seorang hamba...
733pm






