Allah

asma ul husna

sahabat teman dan kwan

Welcume

Saturday, October 10, 2009

Peringatan dunia..


Setelah berhempas pulas di kelas dan makmal ... pulang ke hostel dengan rasa penuh keletihan badan dan otak.. akhir-akhir ini banyak kerja yang mesti disettlekan.. dengan sedikit kudrat yang dipinjam oleh Nya, dapatlah saya selesaikan satu persatu.. tapi masih banyak lagi... :-(

meting ni meting tu... alahai... ada juga x sempat pergi pun... berbalik pada cerita untuk dikongsikan...

di hostel....( bilik air)

tandas di bilik air kolej saya banyak yang tak dapat digunakan... ada yang rosak dan belum dibaiki... tapi.. ada satu ni elok tapi tak ada getah paip..so tak dapat la kami gunakan.. tak tahu kenapa terdetik dihati nak ambil yang 'cleaner' gunakan untuk cuci tandas... alaa... nak potong sikit je. getah paip tu kan panjang.. boleh la letak kat tandas ni..

dengan rasa tak bersalah(ala-ala pro je) sya terus ke tempat simpanan barang-barang tersebut... tiba-tiba....

kaki yang melangkah terlanggar basikal yang di 'park' di tepi tangga sudah sekian lama. adui.. sakitnya... ada segaris kesan pada kaki.. akibat terlalu sakit niat untuk mengambil getah paip diabaikan.. terus balik ke balik...

sampai aje di bilik.. ku terlihat darah merah sudah mengalir di kaki.. hampir saja nak menangis.. tersedar dari niat yang tidak baik sebentar tadi... Astagfirullah .. belum buat dah dapat pembalasan.. peringatan untukku supaya berhati-hati dalam setiap tindakan.

ingatlah wahai diri... setiap yg berlaku adalah dihitung Allah... Ya Allah ampuni dosaku yang aku sedar mahupun tidak ku sedar.. terima kasih atas warning tersebut... tiap dosa meninggalkan titik hitam pada hati... lukaku tertinggal kesan pada kaki... Ampuni aku ya Rabbi

my heart 153am saturday my rooooom

Wednesday, October 7, 2009

Good Luck PMR




"Assalamualaikum, ape kba shat x? k.cik nk mintak maaf bnyk2 ada salah silap dengan kak yah... doakan kjayaan kak cik" 6 oct 1.09 pagi....

Penulis yang sedang ulangkaji sedikit teruja dengan mesej yang d terima (dah lama hp x berbunyi) adik sepupu.. lain macam je mesej ni.. Raya dah lepas.. knp nk mintak maaf2 pulak ni??

Dengan perasaan ingin tahu penulis 'call' adik sepupu...
Assalamualaikum... kak cik... knp??
waalaikumussalam... eh kak yah.. x de apa... lusa kak cik exam.. doakan kak cik ye...
owhh... insya Allah dik... kak yah lupa laa... kak cik kat mane tu?
dekat hostel ni... x leh ckp lama2 takut cikgu round..
ok.. nati kak yah call lg... jawab exam molek2 ye...

Oleh itu,,, khas buat nur safiah syahirah selamat menempuhi peperiksaan PMR...

semoga dapat jawab soklan dengan baik insya Allah..
my heart 145pm after test polimer cheramik ni...

Sunday, October 4, 2009

La Tahzan..


Assalamualaikum...





Malam penuh ketenangan, penulis dapat satu mesej dari seorang sahabat yang sedang bersedih..
Penulis hilang kata-kata untuk 'memujuk' hati nya. Handfone ditenung dan diulangi mesej tersebut.. Ego seorang perempuan akhirnya tertunduk seketika. Walaupun ada perjanjian sebelumnya. Mungkin mesej ini perlu direply.. Mahu sahaja mesej tersebut dibiarkan. Akhirnya penulis membalas mesej dengan kata-kata semangat supaya dapat menghilangkan gundah dan sedih di hatinya.





Penulis pun insan yang biasa tidak dapat lari dari kesedihan dan perasaan gundah gelisah. Hampir setiap perkara ada sahaja perkara yang menjadi permasalahan yang menyumbang pada perasaan yang tidak disukai.

Tetapi... wahai insan yang bersedih.. ingatlah.. jika kita berfikir dari sudut yang positif dan bertenang dengan apa jua musibah yang melanda.. Insya Allah hatimu akan tenang.. Setiap perkara yang berlaku pada kita merupakan satu ujian dariNya untuk mematangkan kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Tanpa ujian dan dugaan, adakah kita sudah merasakan kita ni kuat semangat?? Insan yang diuji adalah insan yang hebat. So, kamu insan yang hebat. Orang lain belum tentu dapat melalui seperti kamu lalui sekarang..

"Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan( sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya" (surah At-talaq:7).

Berbahagialah wahai insan, lupakan segala yang membuat dirimu berkecamuk dan bersedih. Pohonlah ampun dan maaf pada Allah. Allah sahaja yang dapat membantu hambaNya. Percayalah wahai iman, Hanya Allah. Allah.. ingat....

Kita mestilah mengingati Allah dalam apa jua keadaan pun, percayalah kasih Allah tidak akan tinggalkan kita. Allah uji kita untuk diri kita mendekatkan diri pada Allah. Mungkin semasa kita gembira, kita leka dengan kegembiraan pinjaman yang dicalit pada kita seketika. diberi sedikit ujian supaya kita kembali padaNya.. buktinya Allah sayang pada kita.

"dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, sambil mereka berkata ' cukuplah Allah bagi kami: Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya demikian juga Rasul-Nya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap pada Allah" ( Surah At-Taubah: 59)

Dengan mengingati Allah hatimu akan tenang.

p/s: penulis doakan kamu berbahagia selalu.. dedication 4 sahabat,, sejak dari satu peristiwa yang betul2 menghentam diri ini. penulis dapat kekuatan, ketabahan, kesabaran, ... semuanya dari Allah.. terima kasih padaMu Allah. Selepas hujan akan ada pelangi dan langit yang cerah..

"berterima kasih pada mereka yang susahkan hidup kita kerana dari situlah lahirnya kekuatan"

my heart 131am 4 oct 2009

Friday, October 2, 2009

Kerana Allah...


Hidup akan Indah jika segalanya kerana ALLAH.

wahai diri yang kerdil.
lakukan segalanya semata-mata kerana Allah nescara hidupmu akan tenang.
Setiap yang kita lakukan seharian mestilah ingatkan Allah..
Kadang-kadang diri ini alpa dan leka dengan duniawi..
duniawi yang sementara.. yang tiada jaminan .

Ya Allah ..
ku takut .. ngeri.. adakah amalanku diterima Mu..
aku insan yang terlalu naif.. tidak layak masak ke syurgaMu
dengan amalan yang terlalu sedikit.. sangat sedikit..
tetapi... ku tak sanggup untuk merasa nerakaMu.. ku tak sanggup..

Ku pohon...
hanya dengan rahmatMu sahaja yang dapat menolongku
bantulah aku Ya Rabbi...
untuk terus di jalanMu...
tetapkan hatiku bersama Islam

syahid menjadi impian..
kemenangan islam menjadi tujuan..
pengorbanan mesti dilakukan..
keinsafan seiringan..
muhasabah iman..

Rayuan seorang hamba...

733pm

By Day

tunggu

Kata-kata

Jauhkan angan-angan mu dari sesuati yang dimiliki oleh orang lain nescaya hidup kamu bercukup..

Janganlah engkau cari-cari alasan dalam membuat salah. Alasan yang diberi lebih teruk dari salah...

Kamu mestilah memahami apa yang diucapkan...

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kita berbicara

Tetamuku

salam sahabat

Birthday Reminder

January
1 my sis
12 Abg Jib
19 aini mrsm
26 ieyrah mrsm
31 muniey mrsm

February
1 Wana mrsm
2 hamdal mrsm
4 Yus mrsm
18 kak lah mrsm
22 Ummi mrsm
26 Afiqah niece

Mac
3 Izzati mrsm
8 mimi Cb
22 kori mrsm
23 Ilah mrsm
30 Ayahanda

April
6 saba pj
9 baby irfan, ain upm, syikin chalok
15 Fik mrsm
17 me
27 jaa cb


Mei
4 Aqilah niece
5 Farihan mrsm
8 Rahim mrsm
10 Wani mrsm

17 Abg Yen
18 Ctah Upm
21 Zahari mrsm
22 Faqih mrsm

24 Suriani UPm... Ana Sg Tong
26 hana sf


Jun
1 kak ieda upm
2 Dayah cb
5 Sykin rahim upm
15 nurul cb...... sue kmm
16 Dia mrsm
17 tha kmm
29 sofwah kmm

Julai
1 Kak nah mrsm
4 Amir kush mrsm

5 kak yat upm
21 Al-Waleeed mrsm

22 Nabilah niece
23 Jamil mrsm
25 Adli mrsm
28 Fiza chalok

Ogos
1 Nadiy chalok
8 Din mrsm
13 Abg Farid Upm
18 Rodzy mrsm
22 Dayana mrsm
23 Nurin mrsm
26 Mah cb

31 huriyyah kmm

September
4 mat _hniff chalok
6 madihah mrsm
9 kakanda, amir hazwan mrsm
17 Aliff Pres
26 bonda
28 eCah mrsm


Oktober
6 iekiey mrsm
9 yuniey mrsm
14 Intan mrsm

23 Abg long Ukm
29 Apez mrsm, rosni mrsm

31 Kak Edah

November
2 Sarina Mrsm
10 P-rah mrsm, nida mrsm

Disember
16 Easy mrsm
17 Mat Syah mrsm

21 Safwan Upm
25 Nas Azrol mrsm
26 Ayu Upm

 

(أولياء) Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez