Allah

asma ul husna

sahabat teman dan kwan

Welcume

Thursday, April 29, 2010

Jumpa Rasulullah.......


Kisah Jumpa Rasulullah Pelajar UIA
>>> Assalamualaikum
>>>
>>> Di bawah ini satu article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan
>>> saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya
>>> kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin
>>> ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog
>>> saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah
>>> ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.
>>>
>>> Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
>>>
>>> YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr
>>> seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam
>>> melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.
>>>
>>> Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' ,
>>> gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih
>>> nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya
>>> akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah
>>> SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun
>>> kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
>>>
>>> AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau
>>> menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di
>>> negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah
>>> beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz
>>> atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
>>> menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2
>>> mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana .
>>> Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti
>>> ana InsyaAllah.
>>>
>>> Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun
>>> yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian
>>> belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut
>>> sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan,
>>> beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya
>>> hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab
>>> sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera
>>> makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri
>>> untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik
>>> mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
>>>
>>> Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan
>>> qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan
>>> menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama
>>> waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak
>>> berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor
>>> pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir
>>> sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan.
>>> Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
>>>
>>> Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu
>>> ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan
>>> sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn
>>> memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu',
>>> beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang.
>>> Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik.
>>> Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik.
>>> Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan
>>> beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi
>>> kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat
>>> drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".
>>>
>>> Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam
>>> bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward
>>> message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah
>>> nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di
>>> hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi,
>>> beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau
>>> sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam
>>> seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di
>>> sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
>>>
>>> Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah
>>> depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya
>>> SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau
>>> tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau
>>> rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh
>>> kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian,
>>> HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah,
>>> baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi
>>> berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda
>>> Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan
>>> tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang
>>> enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.
>>>
>>> Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala;
>>> "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg
>>> sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema
>>> suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian
>>> dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul
>>> 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran
>>> enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg
>>> enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak
>>> ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah,
>>> Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan
>>> baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
>>>
>>> Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan
>>> Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita
>>> lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis
>>> dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda.
>>> Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" ,
>>> tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn
>>> Nabi
>>> kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda.
>>> Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat
>>> baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini
>>> atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..
>>>
>>> Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh
>>> kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya
>>> RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang
>>> mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam
>>> dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada
>>> Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang
>>> kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar
>>> bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.
>>>
>>> Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah
>>> utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan
>>> pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya
>>> sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya
>>> ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan
>>> buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah
>>> ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia
>>> bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
>>>
>>> Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak
>>> pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan
>>> dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau
>>> dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu
>>> beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung
>>> ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi
>>> SallaLlahu'alaihiwa sallam'.
>>>
>>> Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi,
>>> tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
>>> "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu
>>> sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg
>>> berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan,
>>> "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam
>>> sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa'
>>> ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan
>>> Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga
>>> sahabatnya yg mulia.
>>> Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar
>>> dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali
>>> yg agak kecil orangnya.
>>>
>>> Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu
>>> enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah
>>> Al-Baqarah yg bermaksud:
>>>
>>> " Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa
>>> kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah
>>> yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada
>>> 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak
>>> mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami
>>> hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka
>>> mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
>>> apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka
>>> tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin
>>> Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi
>>> manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli
>>> (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat.
>>> Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn
>>> sihir, sekiranya mereka tahu".
>>>
>>> Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk
>>> yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
>>> SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di
>>> tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih
>>> setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan,
>>> "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian,
>>> para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.
>>>
>>> Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun
>>> duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn
>>> mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan
>>> AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik.
>>> "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ
>>> bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
>>> berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
>>> Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun
>>> belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan"
>>> .
>>>
>>> Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia
>>> sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat
>>> Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi.
>>> Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang
>>> wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab
>>> kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni
>>> hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau
>>> hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi
>>> itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya
>>> Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita
>>> bersabar..."
>>>
>>> Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa,
>>> ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham
>>> sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp
>>> segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die.
>>> Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je
>>> yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman
>>> sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada
>>> manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi
>>> SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.
>>>
>>>
>>> ..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..

kiriman emel... foward emel..
ps:: sebagai madah pedoman dan sumber inspirasi buat kita semua.. insya Allah...

By Day

tunggu

Kata-kata

Jauhkan angan-angan mu dari sesuati yang dimiliki oleh orang lain nescaya hidup kamu bercukup..

Janganlah engkau cari-cari alasan dalam membuat salah. Alasan yang diberi lebih teruk dari salah...

Kamu mestilah memahami apa yang diucapkan...

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kita berbicara

Tetamuku

salam sahabat

Birthday Reminder

January
1 my sis
12 Abg Jib
19 aini mrsm
26 ieyrah mrsm
31 muniey mrsm

February
1 Wana mrsm
2 hamdal mrsm
4 Yus mrsm
18 kak lah mrsm
22 Ummi mrsm
26 Afiqah niece

Mac
3 Izzati mrsm
8 mimi Cb
22 kori mrsm
23 Ilah mrsm
30 Ayahanda

April
6 saba pj
9 baby irfan, ain upm, syikin chalok
15 Fik mrsm
17 me
27 jaa cb


Mei
4 Aqilah niece
5 Farihan mrsm
8 Rahim mrsm
10 Wani mrsm

17 Abg Yen
18 Ctah Upm
21 Zahari mrsm
22 Faqih mrsm

24 Suriani UPm... Ana Sg Tong
26 hana sf


Jun
1 kak ieda upm
2 Dayah cb
5 Sykin rahim upm
15 nurul cb...... sue kmm
16 Dia mrsm
17 tha kmm
29 sofwah kmm

Julai
1 Kak nah mrsm
4 Amir kush mrsm

5 kak yat upm
21 Al-Waleeed mrsm

22 Nabilah niece
23 Jamil mrsm
25 Adli mrsm
28 Fiza chalok

Ogos
1 Nadiy chalok
8 Din mrsm
13 Abg Farid Upm
18 Rodzy mrsm
22 Dayana mrsm
23 Nurin mrsm
26 Mah cb

31 huriyyah kmm

September
4 mat _hniff chalok
6 madihah mrsm
9 kakanda, amir hazwan mrsm
17 Aliff Pres
26 bonda
28 eCah mrsm


Oktober
6 iekiey mrsm
9 yuniey mrsm
14 Intan mrsm

23 Abg long Ukm
29 Apez mrsm, rosni mrsm

31 Kak Edah

November
2 Sarina Mrsm
10 P-rah mrsm, nida mrsm

Disember
16 Easy mrsm
17 Mat Syah mrsm

21 Safwan Upm
25 Nas Azrol mrsm
26 Ayu Upm

 

(أولياء) Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez