Allah

asma ul husna

sahabat teman dan kwan

Welcume

Thursday, May 28, 2009

HIDUP= 3 HARI+ 2 NAFAS



"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang keduakita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dancarilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersamanyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikandan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannyaterjemahkan rukun ISLAM yang 5 itudan puncaknya adalah SOLAT ....
Amat sukar untuk dipercayaibagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaipada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukuratas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nyasetiap detik dan ketika, hinggalah kita kembalikepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaankita redha dan Allah meredhai. Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa... di dunia jua di akhirat kelak sertadi dalam rahmat Allah s.w.t.

Just read....



Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai 'Akhlak yang Baik.' .... Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka....

Wahai lelaki... . Bila ditanya Kenapa kau bercouple, kau mengatakan untuk berkahwin dengannya. Tetapi sudah berapa ramai wanita yang kau pegang, bergambar... adakah kau nak mengahwini semuanya itu. Apakah perasaan kau jika kau melihat anak kau atau ibu kau bergambar dengan lelaki yang bukannya kau kenal atau bukan ayah kau... marah bukan? Adakah kau menganggap wanita itu permainan, boleh dipegang- pegang, ditangkap gambarnya dan bila sudah bosan ditinggalkan...adakah kau menganggap ibu kau permainan?... Jika tidak, Kenapa kau mengganggap wanita lain permainan sedangkan wanita lain juga seorang ibu dan bakal menjadi ibu kepada anaknya.Lindungilah wanita itu sebagaimana kau melindung ibu kau sendiri

Awal Perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai masak.." Suami : "takpe, biar abang masak.." Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai masak.." Suami : "masak jer la apa2 jer.." Penghujung perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai masak.." Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Sunday, May 24, 2009

Kita Saudara





my h eart 10.47am ahad

Saturday, May 23, 2009

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Imam Nawawi ra sebagaimana pengarang kitab yang lain memulakan dengan Bismillahirrahmannir Rahim pujian kepada Allah yang menguasai seluruh alam yang mengatur semua makhluk...ambil berkat...kerana jika sesuatu tidak salah dari segi syarak maka kuranglah keberkatan tanpa permulaan dengan Bismillah... Qalilul barakah.. kurangnya barakah..

Perkara yang salah dari segi syarak maka salahlah untuk memulakan dengan Bismillah..
Kehidupan kita tidak dapat lari dari 5 hukum syarak:

Wajib, Sunat, Harus, Makruh, Haram

Contoh: Dari segi makan ada makanan yang wajib,sunat, harus, makruh dan haram untuk dimakan.

Maka bacaan Bismillah pun sama hukum syaraknya ada 5..

Contohnya:

Wajib (mengikut jumuul ulama’) membaca bismillah wajib ketika hendak membaca al fatihah.

Sunat membaca Bismillah ketika hendak mengarang kitab

Harus membaca Bismillah ketika duduk termenung

Makruh membaca Bismillahketika hendak makan belacan. dll

Haram membaca bismillah ketika hendak minum arak.. dosa baca bismillah ketika melakukan benda haram lagi teruk dari kesalahan..
ceramah agama ustaz Azhar Idrus d Batu Enam trg
my heart 7.01pm sabtu

Maruah kita terletak pada diri sendiri...


Cuba kaitkan gambar dan artikel...


Assalamualaikum wrwt

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah, kita saling nasihat menasihati dan berkongsi ilmu agar dapat dimanfaatkan.Insya-Allah.


Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri.Dengan penuh sedar, ana ingin menegaskan bahawa ana bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan contoh dalam hal ini, apatah lagi untuk mengatakan bahawa ana tidak terjebak dengan sebarang kesilapan ketika berbicara.Namun bila baru masanya akan datang manusia yang serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara tentang adab?



Berbicara di sini ana fokuskan kepada adab berbicara antara ikhwan dan akhawat Allah s.w.t. menegaskan adab berbicara khususnya bagi golongan muslimat apabila berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahram.


“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa.Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan dengan lelaki asing ) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik.(sesuai dan sopan).”(Al-Ahzab:32)



Ibnu Kathir Rahimahullah dalam Tasir Quranul Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita-wanita muslimah.Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram .Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram.Manakala Al-Qurtuby pula berpendapat percakapan yang dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara yang tidak sengaja dilembut-lembutkan.



Berdasarkan kepada ayat ini, kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik.Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan ‘biah solehah’ di bumi HIDAYAH ini, namun semakin hari rasanya impian itu semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan berkomunikasi antara ikhwan dan akhawat yang semakin tidak terjaga.Kenapa ini harus berlaku di bumi yang kita suburkan di atasnya cita-cita murni untuk melahirkan generasi pejuang?


Realiti kita hari ini menyatakan kepada kita bahawa semakin ramai yang berani ‘memperkosa’ suasana murni yang ingin kita wujudkan.Maaf seandainya perkataan kurang elok terpaksa digunakan.Namun itulah hakikatnya.


Di hati ini hanya tuhan yang tahu (maaf UNIC senikatamu kupinjam tanpa kebenaran) pedihnya hati ini bila melihat siswa dan siswi berbicara antara satu sama lain dengan jarak yang mampu diukur oleh pembaris 30cm, diselangi dengan hilai tawa dan suara lemak manja persis suasana di sekolah menengah.Mana lagi maruah sebagai pelajar agama?



Di sinilah kita perlu seketika bermuhasabah.Tentunya kita faham dengan siapa bicara kita akan menyebabkan fitnah berbanding dengan orang yang berpangkat ‘adik’ agak selamat dari risiko fitnah berbanding dengan seorang yang berpangkat sebaya atau lebih tua.Begitu juga dengan siswa dalam keadaan yang biasa bicara dengan seorang yang berpangkat ‘kakak’ biasanya lebih terhindar dari risiko fitnah berbanding dengan yang berpangkat ‘adik’.Kita lebih faham bagaimana menjaga diri kita sendiri.Namun sayang…ramai lagi yang berpura-pura tidak faham dalam soal ini.


Ana ingin bertanya kepada siswa yang terlalu enak berbicara dengan siswi bersama lagak yang kurang menyenangkan itu.Tidak malukah anda meruntuhkan kredibiliti anda sebagai seorang pemimpin?Tidak malukah anda menzahirkan betapa anda tidak layak untuk digelar sebagai bakal ulama?Bakal ulamakkah anda yang sudah tunduk dengan kelunakkan suara seorang wanita?



Kepada siswi tentu sekali kita ingin bertanya tidak aibkah anda mendedahkan kelunakan suara yang begitu lemak manja yang pastinya hanya layak untuk seseorang di malam yang pertama?Realitinya ramai di kalangan anda yang memakai jubah luaran namun tidak menjubahkan hati dan peribadi.Tahukah anda, ramai lelaki runtuh hatinya semata-mata kerana kelunakan suaramu?Tidak sedarkah anda dengan melunakkan suara selembut yang mungkin bila berbicara anda sebenarnya sudah merosakkan ‘dara’ suaramu?Masih tidak tahukah anda bahawa walau senakal seorang lelaki beriman yang normal dia tetap akan mencari isteri solehah yang terbaik menjadi suri hidupnya?Namun solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah khalayak ketika berbicara dengan lelaki bukan ‘mahram’?Anda bangga dengan perbuatan itu?Terpulang!



Kita tidak mahu siwa-siwi menjaga adab pergaulan hanya semata-mata malu kepada mata-mata yang memandang.Apa yang kita mahukan ialah generasi pemuda-pemudi yang hanya takutkan Allah.Kita tidak suka munculnya generasi yang penuh dengan sikap kepura-puraan tunduk menikus hanya kerana malu menghadapi kata-kata orang lain, namun di celah-celah yang tersembunyi, kita benarkan diri kita merobohkan pagar iman!Tanyalah diri sendiri, layakkah aku digelar pejuang?Dalam kelemahan diri yang begitu banyak, kita lantas melabelkan diri kita sebagai pendokong kebangkitan Islam, tidak malukah kita?!!Kita akan mendapat jawapannya seandainya kita ikhlas dalam memberikan jawapan.



Sudah ramai di luar sana yang rebah kerana tidak mampu bertahan dengan ujian di zaman remaja sekarang.Lalu, masihkah ingin kita memilih untuk turut menjadi mereka?Sepatutnya kita sudah cukup untuk menangis dengan kemunculan generasi remaja yang sudah lupakan tuhanNya, lalu kita bangkit sebagai generasi Qudwah yang akan mengungguh contoh yang terbaik.sayang…dalam keadaan kampus kita seperti hari ini, secara ikhlas ingin ana nyatakan kita mungkin hanya akan mengulangi sejarah kegagalan generasi yang terdahulu.



Di peringkat sebegini, tentulah kita tidak mahu siwa-siwi KIAS perlu ‘dimarahi’ terlebih dahulu untuk melazimkan mereka dengan adab pergaulan.Lebih berkesan seandainya masing-masing menyedari tanggungjawab dan batasan pergaulan khususnya golongan yang sepatutnya menjadi contoh (tentunya pimpinan dan senior).Mungkin ramai yang menganggap ia sebagai isu yang remeh di tengah-tengah cabaran globalisasi menuntut kita berfikiran terbuka.Namun bagi ana, ia tetap isu yang besar di dalam menjana pertumbuhan generasi Qudwah.


Sekali lagi, sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis rencana ini bukanlah seorang contoh yang terbaik, malah mungkin kadang-kadang turut rebah di tengah-tengah kehebatan prinsip dan idealisme.Namun kalau tidak sekarang kita menegur,bila lagi?Dan kalau tidak kita, siapa lagi?!!



‘Daerah kita bukan daerah cinta,bukan masanya merajuk kasih memujuk,tiada senda gurau memanjang,kerana kita dalam berjuang…’



Wallahu a'lam.

Apa yang baik itu datang dari Allah, dan apa yang buruk datang dari diri ana sendiri.

Maassalam.

Emel dari ustaz ana... untuk kita bersama

artikel asal: Fariha mohd rasif to epmram@yahoogroup.com

Monday, May 18, 2009

Sifat cemburu untuk lelaki


Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru... dan cerita sedih


Tanggal 16 Mei adalah hari yang bersejarah untuk insan yang bergelar pendidik... iaitu guru... di kesempatan ini ana nak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang telah mendidik ana menjadi manusia yang bergelar insan... Special wish to my dear father... Ustaz Mad... Semoga segala jasamu dibalas oleh Allah swt... teruskan perjuangan walaupun onak dan badai melanda... Kita hanya merancang... Allah yang menetukan segalanya.... Sangat besar hikmah yang kita dapat. Ayah is da best faher in da world... walaupun anak ayah yang sorang ni macam-macam...

Kepada kak ipar, ustazah zunaidah... hepi teacher day...Dont worry about uwais... di jaga rapi oleh kami di rumah...

beberapa nama yang guru yang amat disayangi dan diingati... dari sekolah tadika.. cikgu manis dan cikgu mek..

dari sekolah rendah ..Cikgu Alias , sir tajul Azman, Cikgu Radzi, Cikgu junidah, teacher khairiah, cikgu rusnaini, techer nazmiah, cikgu fauzi, cikgu mansur, cikgu azlan, teacher nani yang disayangi, ustazah rosni, cikgu zuber,

dari sek menengah cikgu rakiah, cikgu hajah, cikgu zainudin, cikgu ramli, cikgu salina, ustazah khalidah, cikgu wan zakiah... same plak name ana... dan warden asrama.... hihi

d mrsm, cikgu Rohana yg best, cikgu ithnaini, ustaz z, ustaz weii, teacher ,...

d kmm my mentor.. lama x contact.. cikgu rashidah da best... cikgu safizan, cikgu tuah, cikgu hasfa hisham yang caring, teacher nazimah yg baik hati,

terasa rindu sangat nk jupe...ramai lg name yang ana tak sebut.. terlalu ramai cikgu-cikgu...

SELAMAT HARI GURU.... untuk semua... dan kepada irah, siti, ama dan zren. bakal cikgu... jadi guru yang baik ye...

Dikesempatan ini ana nak berkongsi sedikit cerita yang amat memberi kesan dalam hidup ana..
Berkaitan dengan guru......

Dari tingkatan satu ana tinggal di asrama.... sekolah ana wajib tinggal di asrama... so, baru nak belajar erti berdikari dan berdisiplin dengan masa... semua yang kita nak buat mesti mengikut masa yang telah ditetapkan... tak macam di rumah.... flexsibel...

Tepat jam 11 baru kami dibenarkan untuk balik ke bilik untuk rehat.. ana balik nak terus tido kononnya esok takut mengantuk dalam kelas... tapi.. masa yang ada sebelum "light off" digunakan untuk mengemas dan memcuci pakaian... Biasanya pukul 12 baru dapat tidur... esok seawal 5 pagi dah kena bangun untuk berjemaah di surau... bagi ana 5 jam adalah tidak cukup untuk tidur... biasalah... insan baru nak kenal dunia....

Dalam kelas waktu cikgu sedang mengajar merupakan saat paling perit untuk dilalui.... mata terasa sangat berat untuk melihat cikgu.... da tak boleh nak tengok cikgu ajar apa.... terutamanya matapelajaran sejarah...

Ana tak tahu kenapa... sangat anti dengan matapelajaran sejarah dan cikgunya... Cikgu ni lelaki dan suka cakap pasal kawin-kawin.... topik yang paling ana jijik waktu itu... so cikgu ni black list...... cikgu mungkin tahu yang ana tak suka beliau... mungkin dari riak muka ana...

Suatu hari... Ana tidur dalam kelas sebelum matapelajaran sejarah bermula... ana da pesan kat kawan sebelah... kalau cikgu masuk tolong kejutkan... ana memang mengantuk sangat...siap tanggal cermin mata lagi untuk tidur... so...zzzzzzz...... tetiba ana sedar.... angkat kepala dan pakai balik cermin mata...laa... cikgu tengah mengajar.... belum sempat ana nak cakap kat kawan sebelah... cikgu da menyampuk..... Selamat pagi zakiyah... da separuh masa saya mengajar awak tidur... pg basuh muka . tu air liur basi kat mulut. ... dengan muka tak malu saya keluar pergi tandas... bila tamat matapelajaran sejarah... ana tanya kawan sebelah.. kenapa tak kejutkan? kawan ana bagitahu.. cikgu yang tak bagi kami kejutkan... ye cakap... biarkan ana bangun sendiri.... hmmm

peristiwa tersebut buat ana lagi sakit hati kat cikgu tu... Selalu mengelak kelas cikgu sejarah tersebut... macam-macam alasan ana bagi... tapi tak de plak kena tindakan... pelik jugak tu... kalau terserempak dengan cikgu pun ana wat muka tak bersalah langsung... cikgu pandang ana dengan pandangan yang penuh persoalan...

Sehinggalah ana buat permohonan untuk tukar cikgu sejarah.. akhirnya ana dapat cikgu sejarah baru..... barulah ana dapat belajar sejarah tanpa gelisah... tapi... keputusan sejarah ana paling teruk... paling tinggi ana dapat 56 je... gred d kot... tak kesah pun dengan sejarah... baru form 1... ada masa lagi... fikir ana.....

hampir ana melupakan cikgu sejarah dulu... tetiba ana rasa macam lama tak nampak cikgu sejarah tersebut... mana cikgu ni pergi ye...?? da pindah agaknya... biarlah dia... Semasa guru kelas ana masuk ke kelas... cikgu bagitahu supaya kami semua berdoa semoga cikgu jak cepat sembuh... sekarang beliau berada di HUSM kubang kerian kerana barah otak.... Ana adalah manusia yang paling terkejut dengan berita tersebut... rasa bersalah sangat pada cikgu...

Ana pergi ke hospital tapi tak jumpa wad cikgu...Ana ada juga pesan kat kakak ana yang kebetulan bertugas di husm untuk jenguk cikgu.. tetapi susah untuk kakak ana jumpa kerana kakak bertugas di wad bersalin... akhirnya... ana cuma sampaikan salam ana melalui cikgu kelas ana... keadaan cikgu makin kritikal...... Ya Allah sempatkah ana nak minta maaf kat cikgu...

Sedang kami semua sedang asyik berborak-borak... ada pengumuman dari corong pembesar menyatakan sedekahkan Al Fatihah kepada Cikgu Razak yang telah meninggalkan kita.... innalillahiwainailaihirojiun........ terkesima seketika ana masa itu... air mata terus nencurah-curah... menggigil diri ana lalu ditenangkan sahabat seperjuangan...

Hidup mesti diteruskan.... dalam ana belajar seharian ... ana rasa macam ada yang tak kena pada diri ana... sungguh... keputusan peperiksaan masih menunjukkan matapelajaran sejarah paling teruk... kenapa ye... padahal ana da baca .. hafal... baru ana teringat.... masih ada dosa yang belun terampun agaknya... macam mana nak minta maaf... cikgu da tak ada... hati menangis lagi..

Tiada cara selain bangun sujud kepada Pencipta untuk tunjukkan jalan kepada hamba... ana bangun untuk pohon agar Allah sampaikan salam kemaafan kepada cikgu... ana betul menyesal... semua silap ana... khilaf... Selepas solat ana menangis pohon kemaafan... semoga cikgu sejahtera di sana... insya Allah... dengar cerita dari guru-guru... wajah cikgu senyum dan tenang saat dikafankan..

Suatu malam..ana bermimpi cikgu datang dekat ana....semua pakaiannya putih... senyum dan bagitahu cikgu da maafkan... terkejut ana dari tidur terus beristifar... Ya Allah betul kah ini..... atau sekadar mainan tidur...

tapi keajaiban telah berlaku.... sungguh... ianya mempengaruhi keputusan peperiksaan ana... alhamdulillah..... tanpa kemaafan darimu Ya Allah untuk hambanya mungkin ana masih terleka sekarang....

Al-Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Razak
peristiwa 8 tahun tahun dahulu....

my heart 9.52pm Ahad

Thursday, May 14, 2009

special to TOK GURU


Assalamualaikum...
gambar ini dari kakak ana yang terserempak dengan tok guru
semasa keluar lunch di bangi minggu lepas..
tok guru baru keluar dari restourant tersebut..
abg ipar salam ngan tok guru..
....
kakak terus mms gambar ni kat ana... beliau tahu
yang ana peminat setia tok guru...
ana minat pada keperibadian beliau..
....
tengok tok guru ingat kat ayahanda...:-)
-my heart- 12.40 pm khamis

Wednesday, May 13, 2009

Hasil kerjaku... ni semua original...


if not clear... just click at the photo... hihi

gambar di ambil dkt putrajaya ni...
-my heart- 2.00pm rabu


Tuesday, May 12, 2009

Ir Nizar



Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah tidak terhingga kepada Allah swt... kerana dengan bantuan dan inayahnya telah memberi petunjuk (keputusan mahkamah) berpihak kepada ir nizar sebagai MB Perak yang sah... terima kasih YA ALLAH... gembira hati ana mendengar khabar berita ni semalam... Ana Tunngu ayah ana pulang dari masjid sebab nak berkongsi berita ini... mesti ayah gembira... hihi... of course laa hepii...


walaupun ana bukan orang perak tapi tumpang gembira untuk saudara di Perak terutamanya Ziha.... hihi... adun da nak pohon dibubarkan.. sebagai peluang Sultan muncul terhormat.. hope da daftar mengundi ye... eh cakap orang.. ana pun belum daftar lagi ni... ingat lagi pertanyaan sahabat ana sdr huzaili masa usrah ... "enti da cukup umur lum??" "kalau dah pergi daftar cepat, maner tahu YB meninggal ke" .... ada ke mcm tu...


berbalik kepada cerita tadi... penganalisa politik da bagitahu ketulusan untuk perak ada 3 cara..

1. keputusan mahkamah... dah berpihak kepada ir Nizar...
2.keputusan sultan.... atas budi bicara sultan
3.keputusan rakyat.... mengundi semula.... terpulang pada rakyat Perak...


Perdana Menteri nak buat rayuan kepada mahkamah... kita wait dan see wat happend... datuk Zombry da terima dengan hati terbuka.... alhamdulillah...
copy dari akhi taufiq kaunselor muda... ..."Teruskan langkah dengan paluan gendang yang lebih kencang lagi.Teruskan menari mengikut lenggok tarian permainan.Jangan jadi penonton di luar gelanggang beraksilah dalam perlawanan!Baru kamu akan menikmati betapa manisnya iman dan perjuangan ini walaupun kamu akan sentiasa menerima kepahitan."

Selamat berjuang sahabatku...... sama-sama kita berdoa... insyaa Allah...
-my heart- selasa 11.40am




Thursday, May 7, 2009

Ukhwah itu indah


ukhuwwah

Assalamualaikum...

Pada satu pertemuan (rehlah) yang lalu, ana ditanya tentang apa itu ukhwah?? Ya Allah.. terlalu sukar untuk mentafsir erti kata yang sebenar tulus dari hati ana. Adakah selama ini ana berukhwah dengan sebenar-benarnya??

Atau sekadar untuk kepentingan diri?? nauzubillah.....

Enti sayang tak die?? sambil tunjuk kat salah seorang sahabat ana.. ana hanya mengangguk... Ya.... Ana sayang dia... "knp??" ....... terlalu subjektif

adakah ukhwah kita seperti mana sayang nya kita melebihi diri sendiri... masya Allah terlalu sukar untuk kita melakukan nya... Ana akui ana sayangkan sahabat...tanpa mereka siapalah kita..
dari ukhwah terbitnya kasih sayang... dari kasih sayanglah kita semua dapat
erti sebenar manisnya persaudaraan
Kekuatan berukhwah bukan diukur dari kerapya kita berjumpa.. Tetapi
ianya lahir dari hati yang ikhlas menyayangi sahabat itu... Terasa rindu
bila tidak berjumpa... Teringat ana bila mana ana terlalu sibuk dengan urusan
dunia di kolej.. mesti sahabat akan mengingati (sms) ana untuk tunduk sujud bersama-sama di surau.
Yakinlah sahabatku "hati mesti di tundukkan dengan iman"....
Bagaimana 'methodnya'?? tanya salah seorang sahabat ana semasa usrah ... masing-masing
terdiam....
Dengar lah sahabat jika ada waktu untuk berjumpa gunalah waktu yang ada sebaiknya untuk
memahami hati sahabat untuk kita mencapai 'hatinya'.

tajuk kasih sayang ini selalu dibincangkan dalam usrah usrah kita.... untuk diri di sayangi.. kita mesti memberi sayang kita dahulu... Berulah kita dapat 'sayang' darinya... Insya Allah..
Jangan dibandingkan antara sahabat-sahabat baru dan lama. setiap insan tidak
sama gaya bersahabat... Ada yang lurus... 'gila-gila'...'perfectionis'...'kelakar'...'seriwes' dan macam-macam gaya lagi..
p/s: Ana diam bukan beerti tidak suka, benci atau marah... tapi untuk mendidik hati supaya tenang... jangan salah sangka sahabat....
-my heart- Isnin 7.32am....

Wednesday, May 6, 2009

Sultan Muhammad Al Fateh



assalamualaikum...
sungguh kagum ana dengan kezuhudan sultan muhammad al fateh..

Sultan Muhammad Al Fateh (محمد الفاتح) atau yang disebut juga Mehmed II The Conqueror dilahirkan pada tanggal 29 Maret 1432. Saat kelahirannya pun sudah terdapat isyarat bahwa dia nantinya akan menjadi orang besar yang membuat sejarah besar. Ketika berita kelahirannya disampaikan, ayahnya, Sultan Murad II sedang membaca Al Quran tepat pada Surat Al Fath ayat 1:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.”


Kelahirannya ada pertanda

Menjelang kelahirannya, Sultan Murad sebenarnya sedang mempersiapkan penyerbuan ke Konstantinopel (Constantinople), ibu kota Kekaisaran Romawi Timur atau Byzantium. Setelah anaknya Muhammad lahir, datanglah seorang ulama besar Islam ke istana Sultan dan beliau mengatakan bahwa bayi itulah yang nantinya akan menaklukkan Konstantinopel seperti sabda Rasulullah SAW:

“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentera, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

Ulama itu bernama Syeikh Syamsuddin Al Wali dari Khurasan (sekarang Uzbekistan). Beliau adalah seorang syeikh tarekat Naqsyabandiyah. Sultan Murad sangat yakin dengan ilham Syeikh Syamsuddin Al Wali sehingga baginda menyerahkan putera mahkota yang masih kecil kepada Syeikh Syamsuddin untuk dididik.


Didikan tarekat sufi dan kecakapan perang

Syeikh Syamsuddin mendidik muridnya ini dengan disiplin tarikat yang cukup keras. Penuh dengan latihan mengekang hawa nafsu dan hidup susah sehingga hasilnya Pangeran Muhammad menjadi seseorang yang berjiwa kuat dan sangat tahan dalam menghadapi ujian. Beliau dididik memiliki cita-cita besar yaitu menepati janji Tuhan melalui Rasulullah SAW: menaklukkan Konstantinopel. Untuk ilmu perang, ayahnya mendatangkan panglima-panglima yang paling berpengalaman untuk mendidik beliau. Beliau sendiri adalah seorang cendekiawan yang gemar mengumpulkan ilmuwan-ilmuwan di istana untuk berdiskusi.

Pada usia 19 tahun beliau naik tahta menggantikan ayahnya. Mulailah persiapan penaklukan dilakukannya. Beliau mendidik tentara dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang ertaqwa. Seluruh tentara dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam dan merintih munajat pada Tuhan. Sebaliknya di siang hari mereka adalah singa-singa yang berjuang di jalan Allah. Beliau juga mengadakan operasi intelijen untuk membebaskan seorang ahli pembuat meriam dari penjara Romawi. Bersama para insinyurnya beliau membangun benteng, kapal-kapal perang dan meriam-meriam yang canggih untuk ukuran zaman itu. Bahkan dalam membangun benteng Rumeli Hasari di Selat Bosphorus beliau turun tangan ikut mengangkat batu dan pasirnya.

Takluknya Konstantinopel

Setelah persiapan matang, dimulailah penyerbuan ke Konstatinopel. Perang yang hebat berkecamuk lebih satu bulan, belum juga tampak tanda-tanda kemenangan. Bahkan pasukan Islam mengalami kesukaran mendekati benteng Romawi di tepi Selat Bosphorus tersebut karena di taut pasukan Romawi memasang rantairantai berukuran besar yang sangat panjang hingga menghalangi kapal yang akan mendekat. Dalam ketidakpastian itu Sultan Muhammad Al Fateh bertanya pada syeikhnya yang mulia, “Wahai Guruku, kapankah saat yang dijanjikan itu tiba?” Syeikh Syamsuddin Al Wali menjawab, “Pada hari ke 53, hari Selasa pukul 11 pagi.” Ini adalah ilham berbentuk berita ghaib yang diterima oleh Syeikh Syamsuddin Al Wali. Sultan Muhammad sangat yakin pada ilham gurunya. Beliau makin bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan pada Allah dan mengajak tentaranya melaksanakan hal yang serupa sebab hanya orang bertaqwa yang mendapat bantuan Tuhan.

Pada suatu malam di butan Mei 1453 terjadilah peristiwa yang luar biasa. Para insinyur Sultan telah menemukan inovasi teknologi luar biasa yang bisa disebut terobosan besar di zaman itu. Mereka berusaha membuat agar kapal-kapal perang Islam dapat berjalan di darat. Dengan memutari selat, pada tengah malam tibalah kapat-kapal pasukan Sultan Muhammad At Fateh ke bagian belakang benteng Konstantinopel. Kota Konstantinopel sebenarnya adalah kota yang sangat strategis karena ditindungi oleh benteng alami, yaitu perbukitan. Kapal-kapal tentara Islam yang berjumlah 70 kapat mendarat di Semenanjung Pera di pinggir perbukitan itu dan berusaha mendakinya. Terjadilah keajaiban yang merupakan karamah bantuan Tuhan di malam itu. Secara lahiriyah, meskipun kapal-kapal tersebut dapat ‘dipaksa’ berjalan di darat dengan menggunakan balok-balok kayu raksasa tapi tetap saja untuk mendaki bukit untuk membawa 70 kapat layar berukuran besar dalam tempo beberapa jam adalah hal yang mustahil. Apa yang sebenarnya terjadi? Kapal-kapal itu bukanlah berjalan di darat tetapi seakan melayang mendaki dan menyusuri perbukitan sejauh 16 km sampai di Golden Horn sehingga operasi pendaratan 5.000 pasukan itu selesai dalam waktu singkat. Dari sanalah mereka menyerbu Konstantinopet. Paginya, pada hari Selasa 29 Mei 1453 Konstantinopel takhluk ke tangan tentara Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh.

Telah diceritakan bahwa ketika Sultan Muhammad At Fateh memasuki Konstantinopet, para prajuritnya menemukan makam sahabat Rasulullah SAW yaitu Abu Ayyub Al Anshari ra. Di makam tersebut mereka melihat sebagian kaki Abu Ayyub tersembul keluar dari tanah. Kaki tersebut putih bersih, sama sekali tidak terlihat rusak walaupun beliau telah wafat selama 600 tahun. Inilah karamah para sahabat Nabi. Sultan panglimanya bergiliran mencium kaki tersebut. Giliran Sultan yang terakhir. Ketika Sultan Muhammad Al Fateh akan mencium kaki Sahabat Rasulullah itu, tiba-tiba kaki tersebut masuk ke dalam tanah. Telah diceritakan pula bahwa pada sore hari setelah penaklukan bersejarah itu Syeikh Syamsuddin Al Wali bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al Anshari. Beliau (Abu Ayyub) menyampaikan ucapan selamat pada Sultan Muhammad Al Fateh karena berhasil menaklukkan Konstantinopel dan menyatakan bahwa beliaulah yang sepatutnya mencium kaki Sultan Muhammad Al Fateh sebagai orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

Pada hari Jum’at pertama di Konstantinopel, ketika diadakan shalat Jum’at untuk pertama kalinya, terjadi kebingungan dalam menentukan siapa yang menjadi imam. Sultan pun dengan lantang meminta seluruh tentaranya berdiri dan mengajukan pertanyaan: “Siapa di antara kalian yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan shalat fardhu silakan duduk!” Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini berarti seluruh tentara Sultan sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan shalat fardhu. Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggatkan shalat sunat rawatib silakan duduk!” Sebagian tentaranya masih tegak berdiri dan sebagian lagi duduk. Jadi sebagian tentara sultan sejak balighnya tidak pernah meninggalkan shalat sunat rawatib. Kemudian Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga hari ini pernah meninggalkan shalat tahajud silakan duduk!” Kali ini seluruh tentara duduk. Yang tinggal berdiri hanya Sultan sendiri. Ternyata sejak usia baligh Sultan belum pernah meninggalkan shalat tahajud sehingga beliaulah yang paling pantas menjadi imam shalat Jum’at. Memang benarlah kata Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentara dan sebaik-baik rakyat.”

sumber rujukan..link

By Day

tunggu

Kata-kata

Jauhkan angan-angan mu dari sesuati yang dimiliki oleh orang lain nescaya hidup kamu bercukup..

Janganlah engkau cari-cari alasan dalam membuat salah. Alasan yang diberi lebih teruk dari salah...

Kamu mestilah memahami apa yang diucapkan...

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kita berbicara

Tetamuku

salam sahabat

Birthday Reminder

January
1 my sis
12 Abg Jib
19 aini mrsm
26 ieyrah mrsm
31 muniey mrsm

February
1 Wana mrsm
2 hamdal mrsm
4 Yus mrsm
18 kak lah mrsm
22 Ummi mrsm
26 Afiqah niece

Mac
3 Izzati mrsm
8 mimi Cb
22 kori mrsm
23 Ilah mrsm
30 Ayahanda

April
6 saba pj
9 baby irfan, ain upm, syikin chalok
15 Fik mrsm
17 me
27 jaa cb


Mei
4 Aqilah niece
5 Farihan mrsm
8 Rahim mrsm
10 Wani mrsm

17 Abg Yen
18 Ctah Upm
21 Zahari mrsm
22 Faqih mrsm

24 Suriani UPm... Ana Sg Tong
26 hana sf


Jun
1 kak ieda upm
2 Dayah cb
5 Sykin rahim upm
15 nurul cb...... sue kmm
16 Dia mrsm
17 tha kmm
29 sofwah kmm

Julai
1 Kak nah mrsm
4 Amir kush mrsm

5 kak yat upm
21 Al-Waleeed mrsm

22 Nabilah niece
23 Jamil mrsm
25 Adli mrsm
28 Fiza chalok

Ogos
1 Nadiy chalok
8 Din mrsm
13 Abg Farid Upm
18 Rodzy mrsm
22 Dayana mrsm
23 Nurin mrsm
26 Mah cb

31 huriyyah kmm

September
4 mat _hniff chalok
6 madihah mrsm
9 kakanda, amir hazwan mrsm
17 Aliff Pres
26 bonda
28 eCah mrsm


Oktober
6 iekiey mrsm
9 yuniey mrsm
14 Intan mrsm

23 Abg long Ukm
29 Apez mrsm, rosni mrsm

31 Kak Edah

November
2 Sarina Mrsm
10 P-rah mrsm, nida mrsm

Disember
16 Easy mrsm
17 Mat Syah mrsm

21 Safwan Upm
25 Nas Azrol mrsm
26 Ayu Upm

 

(أولياء) Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez