lme sangat tak tgk blog...
lazy...
saya akn kembali as blogger..
insyaAllah..
rindu nk write something... hhehe
in the same time.. keep writing my thesis..
chaiyoookkk!!
Kawan, pelindung, pembantu, penjaga, pemelihara.. "Aku pohon kekuatan dan tuhan berikan aku kesulitan untuk aku jadi gagah. Aku pohon cinta dan tuhan berikan mereka yang bermasalah untukku cari penawar duka. Aku pohon keteguhan hati dan tuhan berikan bahaya untukku atasi. Justeru, aku tidak peroleh apa yang aku impikan namun aku dapat segala yang aku inginkan"



bersama saudara-mara.. kami mula sedekah kan al fatihah berserta yassin.... ana sempat ulangi yassin sebanyak tiga kali... akhirnya ana terkulai... ana terasa teramat berat kepala pada petang itu.. maaf kerana menyusahkan orang lain di atas apa yang menimpa diri ini... sepupu2 dan mak cik mengelilingi ana untuk melihat keadaan ana sambil mgurut kepala yang sangat sakit...
seusai solat maghrib... selepas diberi ubat.. ana gagahkan diri untuk ikut serta dalam melaksanakan kewajipan untuk memandikan jenazah arwah nenek... alhamdulillah semua urusan kami anak beranak yang laksanakan...
arwah dikebumikan pada pukul 10 malam... semasa jenazah dibawa keluar dari rumah, ana dari seberang jalan melihat sayu keranda diusung... ketika itu ana diminta bonda menemani dan menghantar kawan baik nenek balik ke rumahnya.. hanya melihat dari kejauhan..
Dengan lemah ana menyusun langkah pulang ke rumah nenek... kerana terlalu ramai muslimin di luar rumah.. ana melalui jalan tepi... tunduk sayu teringatkan nenda... tiba-tiba.. ada suara... "jom pergi kubur".. seorang yang berjubah putih dan berserban... eh.. ayah ke.. "jom la ikot ayah, jup lagi ayah nak baca talkin ni" ana jawab "tapi ayah.. tak kan yah sorang je perempuan" biar betul ayah aku ni... " pergi ajak kak".. "ok"
ana mengiringi hingga ke kubur..... ayah pesan pada kami dan membisikkan "duk jauh sikit .. duduk la kat tempat gelap kat sana... jauh dari pandangan muslimin..." ana, kakak dan sepupu malihat dari kejauhan di kawasan gelap. Di atas kubur sape yang kami tumpang duduk pun tak tahu...
2 orang abang ana masih setia di dalam liang lahad untuk meratakan tanah di dalamnya... alhamdulillah.. bukti kasih dan cinta pada nenek....
Selepas talkin dibacakan dan doa di aminkan kami pulang ke rumah...
Pemergian nenek sangat terkesan buat kami sekeluarga... nenek seorang yang paling sporting di dunia... bersifat neutral antara semua... menegur kami tanpa terasa... mengajar kami ngaji Quran.. independence... tidak cerewet.....
ana ingat sewaktu cuti semester sebelum ini...
ana mahu keluar ke bandar... sudah kebiasaan ana akan bagitahu sehari sebelumnya kepada parents... nenek tahu ana nak keluar.. dia mintak ana belikan kasut baru..." dah lama tak beli kasut baru.. sejak dah tak boleh jalan ni... guna kasut sama je... hampir 6 tahun dah guna kasut lama..".luah nenek... Nenek ana tak boleh berjalan... hanya boleh jalan 2 3 langkah je... kalu tak kna pimpin...
Permintaan nenek ana sambut dengan senang hati... Nak beli yang special la untuk nenek... bukan selalu.. ana cari kasut yang selesa untuk nenek... beli yang latest disign dan kemas...
ana jumpa kasut tersebut.... nenek gembira dapat kasut itu... kegembiraan itu kepuasan bagi ana.. tapi itulah permintaan terakhir kepada ana... sempat sekali je nenek pakai kasut tersebut...
selama ini.. nenek x nak dibelikan kasut sebab dia da tak boleh jalan... mungkin itu tanda2 yang ana tak perasan....
my heart 23/8/09 my room
sila tengok kat sini... seronok... hihi... report by falak online
http://www.falak-online.net/komuniti/index.php/topic,778.15.html

(أولياء) Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez