Allah

asma ul husna

sahabat teman dan kwan

Welcume

Monday, June 29, 2009

Nostalgia.


Nostalgia
Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman

Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku

Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan

Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup

Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah
Solo: Mohd Sobri Abdullah

Lagu yang sangat memberikan kenangan ... sahabatku di kmm... ku rindu kalian
terutamanya syusoi... di mana kalian....

my heart 201am ahad... ptrajaya..

Sunday, June 28, 2009

TANYA??? Untuk ape??


PERIHAL ORANG YANG BERTANYA

Ada orang bertanya dengan niat membidas,

Ada orang bertanya untuk menguji ilmu gurunya,

Ada yang bertanya untuk menunjukkan yang dia lebih tahu,

Ada yang bertanya ingin kefahaman dari tahunya yang sedikit,

Ada yang bertanya semata-mata ingin tahu kerana dia tidak tahu...

-HUKAMAK-

P/S: Masya Allah, ana pun pernah mengalami semua jenis pertanyaan di atas.... astagfirullah...

my heart 911pm sabtu...

di sebalik bismillahh



BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM .....
adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan.
Dalam hadis Rasullullah dikatakan: Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:
1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..
Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti. Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut..
Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik." .
Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM..
Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu..
Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya. Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. .
Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya iaitu: .
Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman...
Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka. Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita (pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin.
Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya. Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari,
semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari. .

emel from my fren...kechek...

my heart 853pm sabtu putrajaya...

Friday, June 26, 2009

TAHU........



Ada orang yang tahu yang dia tak tahu, maka dia akan berusaha mencari guru yang tahu supaya dirinya menjadi tahu,
Ada orang yang tahu yang dia tahu, maka dia berusaha untuk menyampaikan apa yang dia tahu kepada oranf lain agar lebih ramai orang yang tahu,
Ada orang yang tidak tahu yang dia tahu, dan orang seperti ini perlu ditanya setiap waktu bagi melahirkan apa yang dia tahu,
TETAPI, ada orang yang tidak tahu yang dia tak tahu, semakin banyak dia bercakap semakin ketara yang dia tidak tahu...
renungkan...

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Ayah



Selamat Hari bapa... Ayah...
Sayang ayah...
my heart 2.52pm monday

Sunday, June 21, 2009

Pulau Pangkor in memory


Assalamualaikum......

Penulis di ajak oleh pengurus kolej untuk menyertai kem generasi ke 2 kolej 15 di pulau pangkor.. Ini program untuk junior tapi penulis dah tahun akhir.. Teringat kata-kata Pengurus kolej pada ana " zakiyah, awak kalau tak pergi kem ni, saya tak nak luluskan program awak lepas ini.." beliau turut sms penulis untuk turut serta kem ini.. bersungguh benar nak ana pergi ni...berat hati untuk pergi kerana sebab yang sama.. tiada kawan... tapi bila di fikir balik penulis nak pergi juga... nak tahu apa pengisian dari BTN.. (biro tata negara)..

kem kami diadakan di teluk Segadas Pulau Pangkor.. tempat yang sangat menarik.. jauh dari kesibukan kota.. cuma kesibukan kapal yang lalu lalang... tiada kemudahan yang mewah.. tapi selesa...semuanya non permanent facilities.. tidur dalam khemah...

Setelah berhempas pulas mendaki dan menuruni bukit, meredah hutan akhirnya sampai kami di tempat perkhemahan.. sangat penat sebab kami tak makan lagi... terpaksa tahan lapar...

matlamat kem ini untuk melatih pelajar untuk menjadi pemimpin... Alhamdulillah.. nampak macam tercapai objektifnya...

Tapi........... to be continue

my heart 2.15 am Ahad d Teluk cempedak

Kem ini lebih kepada kecintaan kepada negara.. hehe... penulis taw apa yang tersirat di sebalik setiap kata-kata mereka... faham-faham sendiri la... Dari kem sebegini kita dapat tahu tentang pengetahuan Mahasiswa tentang dunia luar.. kebanyakannya tidak tahu pun tentang isu-isu semasa.. Fasi bertanya tentang politik pun... ramai yang tak ambil kesah apa yang berlaku.. tanya pasal hiburan... laju je jawab..

Sedarlah wahai sahabatku... jangan jadi orang yang tidak ambil kesah tentang permasalahan ummat.. kerana kita adalah sebahagian dari mereka...

Pada kem ni juga penulis sempat berbual santai dengan adik-adik dan sahabat-sahabat.. tanya pasal kehidupan di upm.. masing-masing cerita laa.. Rupanya mereka adalah usrah kak wani.. hhi.. apa lagi.. kami berbual la tentang agama, isu semasa... alhamdulillah dapat terima dengan baik....

LDK untuk Spot talk... penulis dapat tajuk 'Malaysia' kene bagi talk dalam masa 10 minit... dalam getaran suara dapat juga bagi isu-isu yang best-best.. akhir ucapan penulis, penulis cakap "nak tengok nasib negara kita akan datang, lihatlah remaja zaman sekarang" penulis tak ingat ini kata-kata dari siapa... pinjam ye..

Antara aktiviti yang best... mandi laut.. water confident... kami terpaksa melangkah selangkah demi selangkah ke tengah laut.. nasib tidak berapa baik untuk orang yang tidak tinggi macam penulis... apa lagi minum air masin laa. Water confident ni nak mengajar kita supaya bertenang.. jika gelabah.. kita boleh lemas walaupun ada jaket keselamatan... teringat kata-kata kak ros, guru renang penulis dulu.. untuk mengapungkan diri dalam air... kita kena relexs... betul laa...

Selain itu, kami disuruh untuk bina istana pasir mengikut kumpulan masing-masing tanpa dilihat oleh kumpulan lain.. kemudian ketua kumpulan diarahkan untuk melawat istana pasir dari kumpulan lain.. seterusnya, ketua kumpulan akan kembali kepada ahli kumpulan untuk diceritakan tentang bentuk dan struktur istana tersebut.. maklumat itu disampaikan dari seorang kepada seorang ahli... ahli yang terakhir akan melakarkan istana tersebut di atas kertas.. hasilnya... bentuk istana akan berubah... hihi... Dari situ kami terpakse undo information... nak tangok dekat mane info berubah... moral value nya.. in the real life... banyak berlaku kes seperti ni... masuk orang yang ke 4 5.. info da jadi lain...

penulis teringat kisah tentang sahabat sewaktu di sekolah dahulu... penulis sedang di matrikulasi waktu itu.... dapat mesej... 'Mira meninggal sbb excident, bas jatuh gaung,'... terkejut penulis.. try call kawan-kawan yang lain... semua tak tahu dan terkejut... penulis cuba telefon family mira.. tapi menggunakan number mira...dengan harapan keluarga beliau akan jawab panggilan.. tapi yang menjawab panggilan penulis adalah mira sendiri... hihi.. mira hidup lagi laa... memang excident tapi cedera je... Ya Allah... tak tahu info dari mane.. sampai kat penulis meninggal da... pastu hidup balik..

Sebelum balik penulis ada berborak dengan seorang fasi, beliau bagi kata-kata semangat kat penulis... Akan ku ingt sampai bile2.... isk isk iskk

penulis duduk termenung di tepi pantai... tetiba beliau menyapa... maaf.. bleh kita sembang... ?? penulis jawab.. hmm... beliau mula bercerita... sehingga penulis menangis...

"Yah kene kuat dan sabar ye"
.. insya Allah

my heart putrajaya 154pm jumaat

Monday, June 15, 2009

kolam renang kat Terengganu bocor ??


Sunday, June 14, 2009

Pengajaran


1 message receive -‘Pendaftaran akan bermula selepas zohor’... Ya Allah kenapa ada perasaan berbelah bagi untukku menyertai perjumpaan hismat .. lantaran penulis tidak mempunyai sahabat yang terdekat untuk ke sana... kalau tak pergi terasa rugi pula. Banyak input yang akan ku dapat dari program ini..
Sambil berkemas barang yang nak dibawa, penulis sempat sms sahabat terdekat untuk bertanya tentang kehadiran. Tertanya semua jawapan negative... hanya doa yang dapat tenangkan hati yang berbelah bagi... ‘berilah aku ketabahan dan kesabaran’. Akhirnya, penulis tiba jua di kolej ugama darul quran islam untuk menimba ilmu..
Etika dan peraturan yang menarik perhatian penulis adalah.. pertama sekali- ikhlaskan niat kerana Allah... betulkan niat masing-masing... semua yang dilakukan mestilah kerana Allah... Barulah kita akan merasai manisnya setiap perbuatan yang dilakukan kerana telah ditukar dalam bentuk ibadah..insya Allah
Seperti biasa, aktiviti pertama yang dilakukan adalah seisi berta’ruf dan handout hadis untuk dihafal dan akan di tasmiq kelak. Terasa diri ini sangat kecil, jika dibandingkan dengan sahanat-sahabat yang lain. Semua hebat-hebat.. Penulis dapat berkenalan dengan sahabat baru, Alhamdulillah.. Tetapi, hati penulis belum 100% berada di sini.. Rupanya hatiku tertinggal di rumah.. Setelah selesai tadarus as saf dan almulk... tibalah saat untuk berehat.. Penulis tidak ditugaskan untuk Qirasah malam itu, jadi penulis cuba untuk tidur.. Masya Allah, penyakit ‘homesick’ sudah kembali.. Sudah lama tak merasai perasaan ini.... Walau hati tidak lena mata tetap dipejam. Tenanglah wahai hati..
Seawal 3.45 pagi penulis bangun untuk bersiap awal oleh kerana tidak dapat tidur. Tak perlu membuang masa di pembaringan kerana sekejap lagi semua sahabat akan bangun. Sementara menunggu sahabat lain bersiap penulis termenung.. kalaulah rumah dekat, rasa macam nak balik rumah terus. Sehingga ada kakak yang tegur.. ‘ai jauhnya termenung’.. “maaf kak, tak ada apa-apa, mengantuk kot” penulis berdalih...4.30pg semua ke masjid..
Kenapa jadi macam ni?? Penulis sendiri tidak pasti..sesudah kuliah subuh, penulis merasakan ada sesuatu yang berubah..Hati sudah tenang dan ... hanya Allah yang tahu... mungkin bayu telah menghantar hatiku kemari... Terima kasih Ya Rahim...
Selama 3 hari disini hati sangat gembira walaupun sedikit penat... itu adalah perkara biasa.. diri telah biasa dengan tamrin mesti sabar dan kuat.. Takbirr!! Allahuakbar!!
Inilah yang dikatakan ujian Allah kepada kita.. penulis memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kereana memilih insan yang daif ini sebagai salah seorang tetamu di sini.. Perjuangan memerlukan pengorbanan.. Pengorbanan perlukan keikhlasan.. dari keikhlsan akan terasa manisnya perjuangan. Mesti ingat, setiap sesuatu akan diuji...
Sebagai daie dan muslim mesti ingat... “islam tak perlukan kita, tapi kita yang perlukan islam”.. ayat dari ustaz...Kata-kata semangat “orang yang tidak turut serta dalam medan penyebaran dakwah tidak akan merarasi manisnya islam, hanya yang bersama-sama serta akan gembira hatinya dek kemanisan berjuang dan cabaran yang di tempuhinya”.
Ya Allah tetapkanlah hatiku dijalan yang lurus. Aku takut, aku bimbang, aku gundah, aku risau, aku pohon dijauhkan semangat yang ada dalam diriku dari jatuh rebah menyembah bumi.. ku tahu, setiap perjuangan penuh onak dan duri yang akan dilalui... Biarku luka dan meninggalkan kesan parut yang tajam padaku, tetapi generasi anakku kelak dapat berlari untuk berjuang lebih hebat dariku..

My heart 10pm sabtu

Thursday, June 11, 2009

Kenduri kendara...



Musim cuti sekolah ni adalah cuti yang paling ramai sedara mara serta jiran-jiran berkenduri kendara.... hampir setiap hari ada kenduri... ada juga dalam satu hari sampai 3 4 buah rumah berkenduri... kami sebagai jemputan mesti memenuhi jemputan... keluar pagi balik tengah malam... memang penat... saya sebagai follower bonda ikut je la...macam biasa la... ayah kompem la tak dapat ikut... jurunikah kene duk rumah je... ramai sangat orang kawen.... cian ayah tak dapat ikut...

akad nikah oleh ayah
bonda tgh wat pe tu ye? kupas kulit buah ara..

gereng ayam with cousin baju bau asap ada hati bergambar ngan pengantin...
hadiah untuk su jah. tq ayah tolong tulis walaupun ayah demam

Tahniah kepada sepupu-sepupu ku yang kawen... semoga berkekalan hingga ke syurga... insya Allah... yang mane tak dapat pergi tu maaf sangat2... ada urusan yang lebih penting untuk dihadiri....

p/s: gmbr sepupu lain x dpt nk upload... ada kat pc .. malas nk transfer... sori ye cousin2 sekalian..

my heart 138am khamis













Saturday, June 6, 2009

Uwais oh uwais....




mlm ni rasa sunyi je kat rumah.. Uwais balik

umah nenek... terasa boring sangat sekarang.. biasa duk on9 same uwais..

sambil2 uwais tekan2 keyboard... jerit2...

tak best plak tak ada orang kacau... walaupun uwais sangat

aktif tapi best sbb ye slalu wat org gelak... ketiadaan uwais sangat terasa...

Uwaisssss balik cepat.... sunyi sangat....

my heart 921pm sabtu

Tuesday, June 2, 2009

Stadium baru di terengganu runtuh..



KUALA NERUS - Stadium Sultan Mizan sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak, berharga RM 450 juta yang dirasmikan pada 10 Mei tahun lalu, runtuh pada jam 9.30 pagi hari ini (Rakaman Video dan Slide Didalam) Keseluruhan bumbung 'grand-stand' membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi pentas di Raja.

stadium yang menjadi kebanggaan itu telah runtuh sama sekali.Runtuhan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa namun sebuah kenderaan dan empat buah motosikal yang diletakkan betul-betul dibawah bumbung yang runtuh itu ranap. Menurut saksi Hanafiah Osman, 27, kira-kira jam 9.30, beliau mendengar bunyi 'krak' dibahagian belakang stadium tersebut dan terus bergegas meluru ke bahagian itu kerana kereta beliau diletakkan di bawah bumbung.
Malangnya, runtuhan yang berlaku terlalu cepat menyebabkan beliau hanya terpaku dan melihat kereta 'kancil'nya dihempap oleh kepingan atap dan keluli yang jatuh."Dalam pukul 9.30 begitu, mula-mula dengar bunyi 'krak' (prak) macam patah gitu, (kemudian saya) tengok tu, (atap) terus jatuh, tak sempat buat apa-apa, saya agak dah, kereta saya akan kena, kerana kereta saya duduk bawah ni,"kata Hanafiah sambil menunjukkan tempat keretanya ranap."tengok (pagi tadi) nampak macam lendut dah, kemudian baru saya bercakap sesama kawan-kawan, tiba-tiba atap itu runtuh," tambahnya.
Seorang lagi saksi, Razali Ibrahim, 37, berkata beliau hanya dapat melihat sahaja, motosikalnya ditimpa atap yang runtuh kerana menurutnya kejadian berlaku terlalu cepat, antara seminit hingga dua minit."Saya tengoklah kejadian (atap) jatuh tu, dia bermula dari depan tu,"katanya menunjukkan bahagian tengah belakang stadium dimana beliau mendakwa kejadian mula berlaku."Dia bunyi (kejadian) sekejap saja..... prak.....prak..... terus jatuh selalu (serta merta), "saya sedang baiki lampu (stadium) disebelah sana, tak sempat (selamatkan motosikal), tengok ajalah,"ujar Razali






By Day

tunggu

Kata-kata

Jauhkan angan-angan mu dari sesuati yang dimiliki oleh orang lain nescaya hidup kamu bercukup..

Janganlah engkau cari-cari alasan dalam membuat salah. Alasan yang diberi lebih teruk dari salah...

Kamu mestilah memahami apa yang diucapkan...

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kita berbicara

Tetamuku

salam sahabat

Birthday Reminder

January
1 my sis
12 Abg Jib
19 aini mrsm
26 ieyrah mrsm
31 muniey mrsm

February
1 Wana mrsm
2 hamdal mrsm
4 Yus mrsm
18 kak lah mrsm
22 Ummi mrsm
26 Afiqah niece

Mac
3 Izzati mrsm
8 mimi Cb
22 kori mrsm
23 Ilah mrsm
30 Ayahanda

April
6 saba pj
9 baby irfan, ain upm, syikin chalok
15 Fik mrsm
17 me
27 jaa cb


Mei
4 Aqilah niece
5 Farihan mrsm
8 Rahim mrsm
10 Wani mrsm

17 Abg Yen
18 Ctah Upm
21 Zahari mrsm
22 Faqih mrsm

24 Suriani UPm... Ana Sg Tong
26 hana sf


Jun
1 kak ieda upm
2 Dayah cb
5 Sykin rahim upm
15 nurul cb...... sue kmm
16 Dia mrsm
17 tha kmm
29 sofwah kmm

Julai
1 Kak nah mrsm
4 Amir kush mrsm

5 kak yat upm
21 Al-Waleeed mrsm

22 Nabilah niece
23 Jamil mrsm
25 Adli mrsm
28 Fiza chalok

Ogos
1 Nadiy chalok
8 Din mrsm
13 Abg Farid Upm
18 Rodzy mrsm
22 Dayana mrsm
23 Nurin mrsm
26 Mah cb

31 huriyyah kmm

September
4 mat _hniff chalok
6 madihah mrsm
9 kakanda, amir hazwan mrsm
17 Aliff Pres
26 bonda
28 eCah mrsm


Oktober
6 iekiey mrsm
9 yuniey mrsm
14 Intan mrsm

23 Abg long Ukm
29 Apez mrsm, rosni mrsm

31 Kak Edah

November
2 Sarina Mrsm
10 P-rah mrsm, nida mrsm

Disember
16 Easy mrsm
17 Mat Syah mrsm

21 Safwan Upm
25 Nas Azrol mrsm
26 Ayu Upm

 

(أولياء) Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez