Allah

asma ul husna

sahabat teman dan kwan

Welcume

Showing posts with label elert/info. Show all posts
Showing posts with label elert/info. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

President PMIUPM baru



"salam JIHAD buat semua warga UPM
serta mahasiswa
seluruh Malaysia.Selama mana saya mentaati Allah & RasulNya,
maka
ikutlah saya.sekiranya saya tidak mentaati Allah & RasulNya,jangan
ikuti saya TETAPI perbetulkan saya.Saya memerlukan kerjasama anda dalam
menegakkan ISLAM yang syumul khususnya di bumi UPM..ALLAHUAKBAR!!!!!"

~ Sdr Hazim b Mohd Noh~,

presiden baru PMIUPM....

~perkenalkan President baru~

tahniah buat hazim... Semoga Tabah dan sabar...


Tuesday, October 26, 2010

Kenyataan rasmi YDP KPT berkenaan isu pengagihan zakat Terengganu


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KPT Mesir, 23 Oktober 2010 – Makluman kepada seluruh mahasiswa Terengganu Mesir yang dirahmati Allah S.W.T. Pihak Keluarga Penuntut -penuntut Terengganu Mesir dengan penuh rasa tanggungjawab ingin menyatakan pendirian berkenaan isu zakat yang telah berlaku kepada mahasiswa Terengganu Mesir.

Berkenaan dengan program Kursus Bina Insan Gemilang yang dijadualkan pada 25-26 Oktober 2010 untuk sesi pertama dan 26-27 Oktober 2010 untuk sesi kedua bagi melayakkan mahasiswa Terengganu untuk mendapat zakat yang telah dikenakan kepada penerima zakat, dengan ini pihak KPT Mesir ingin menyatakan pendirian berkenaan hal ini:

1) Pihak KPT Mesir menyatakan kekecewaan kepada pihak pengurusan program kerana tidak mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak KPT Mesir seolah-olah menafikan tanggungjawab KPT Mesir dalam menjaga kebajikan ahli dan juga tidak mengiktiraf KPT Mesir yang telah berdaftar di bawah KBMK.

2) Pihak kami juga kesal atas tindakan pihak pengurusan program yang tidak menitikberatkan soal keselamatanahli terutamanya mahasiswi kerana tidak menyediakan pengangkutan ke program tersebut walaupun telah didesak oleh pihak KPT Mesir.

3) Walaubagaimanapun, pihak KPT Mesir tidak menghalang ahli untuk menghadiri program tersebut, kerana pihak kami merasakan bahawa itu adalah hak ahli untuk menentukannya.

4) Sebarang permasalahan atau kesulitan berkenaan dengan program ini, maka perlu merujuk kepada pegawai Terengganu.

Pihak KPT Mesir akan berusaha sedaya upaya untuk membantu dan meringankan permasalahan yang berlaku kepada mahasiswa Terengganu khususnya.Namun begitu pihak KPT tetap bekerjasama dengan pihak berwajib demi memastikan kebajikan mahasiswa terjaga.

Sekian, terima kasih.

“BERILMU DAN BERAMAL”

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

MOHD RIDUAN BIN ABU BAKAR

Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut -penuntut Terengganu Mesir,
sesi 2010/2011.

ps.. ni ke program yg D pg... tak sabar nk tgk die beleber lg... apada jd?

Wednesday, June 2, 2010

QUNUT NAZILAH



pengalaman ke Gaza



Dari Jiwang.org dari darling afeera

pengalaman ke Gaza
Salam,


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)

Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

my heart...

Saturday, February 6, 2010

Cara Pemakanang kiter... Elert


ehsan email dari che wan... sahabat dr KMM

Info Diet Rasulullahs. a. w;

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita
tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit
antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan
makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini,
tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood
mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana
pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet
Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan
makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

* CARA MAKAN
* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH
TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN
MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya.... cubalah...............
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita
sudah tua nanti.

* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat
mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam
daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika
dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi
biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan antara lain:

* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan
lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak
gemuk.

* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit
kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang
tersebut.

* Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme
banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya

Akadem mailing list
Akadem@kimia.fs.utm.my

Tuesday, August 25, 2009

Di Sebalik Ramadhan ......


PERISTIWA-PERISTIWA BULAN RAMADHAN
Rintangan sejarah Islam terwarnai dengan beragam peristiwa kejayaan dan kegemilangan serta tidak sedikit dari kegagalan, kesedihan dan penderitaan. Itulah sunatullah terhadap hamba-Nya yang suatu waktu berada dibawah dan disaat lainnya berada diatas.
Pada bulan Ramadhan peristiwa demi peristiwa terjadi pada umat Islam dimulai dari zaman Rosulullah SAW sampai pada detik hari ini. Peristiwa yang harus kita ketahui sebagai seorang muslim sehingga kita dapat mengambil hikmah dan pelajaran darinya dalam rangka menyusun strategi untuk masa yang akan datang.
Bukankah Allah telah menjelaskan kepada kita ;“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.” (QS. Yusuf :111),“ Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (QS. Al A’raaf :176),“Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa kisah yang ada di dalamnya terdapat cegahan (dari kekafiran)” (QS. Al Qomar :4)
.
1 Ramadhan 587 H
Penghancuran dan penguasaan kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds. Penghancuran dan penguasaan kota ini dilakukan oleh Sholahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan laju kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds. Pada hari penaklukannya Sholahuddin Al Ayyubi berkata, “ Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqolan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, karena penguasaan ‘Askolan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin.” sekarang kota ‘Asqolan dikenal dengan nama kota Asduud di negara Palestin
.
2 Ramadhan 732 H

Pada tanggal ini lahir seorang Ulama besar yaitu Abdurrahman bin Muhammad bin khaldun atau dikenal dengan nama Ibnu Khaldun. Beliau mengarang kitab “Muqodimah” yang lebih dikenal dengan “Muqodimah Ibnu khaldun” yang membahas tentang ilmu Sosial Kemasyarakatan, Ekonomi, Politik dan Sejarah Filsafat. Buku ini telah diterjemahkan kedalam beberapa bahasa Eropah dan bahasa lainnya. Para ilmuwan barat mengakui akan keunggulan karangan Ibnu Khaldun terbukti mereka masih mempelajari dan menjadikan sebagai buku induk dalam kajian Ilmu Kemasyarakatan. Ibnu Khaldun meninggal pada tahun 808 H di Mesir pada masa Sultan An Nasr Lidinillah.
.
3 Ramadhan 11 H
Pada hari ini Sayyidah Fatimah Az Zahra anak bungsu dan kesayangan Rosulullah SAW dari pernikahannya dengan Ummu Mukminin khadijah binti Khawailid meninggal dunia. Sayiddah Fatimah lahir 5 tahun sebelum Rosulullah SAW diangkat sebagi nabi. Sayidah Fatimah dinikahi oleh Imam Ali bin Abi Thalib anak dari paman Rasulullah SAW pada bulan ramadhan tahun 2 H, dan menjalani kehidupan Rumah tangga pada bulan zulHijjah di tahun yang sama.dari pernikahan yang penuh berkat ini lahirlah Hasan, Husain (pemuda ahli surga), Zainab, Ummi Kalthum dan muhsin yang meninggal saat kecil.
.3 Ramadhan 825 H
Pada hari ini Sultan Murad II dari kekhalifahan Uthmaniyah mengadakan pengepungan kota Qostantiniyah dalam rangka menaklukan dan memasukannya dalam naungan Islam. Setelah sekian waktu peperangan berkecamuk dengan sangat dasyatnya dan beliau tidak mampu menaklukannya akhirnya beliau kembali kepusat pemerintahannya tampa membawa hasil yang dicita-citakan.
.
4 Ramadhan 1299 H
Pada hari ini bertepatan dengan 20 Julai 1882 M pemimpin mesir tatkala itu Khadio Ismail mengeluarkan surat pemecatan terhadap Ahmad Arabi dari jabatan Mentri Pertahanan disebabkan Ahmad Arabi mengadakan pertemuan dengan segenap unsur masyarakat dari para Ulama, bangsawan dan pendukungnya untuk meminta tanggapan tentang keputusan Khadio menghentikan mobilisasi kekuatan dalam menghadapi armada Inggris yang melakukan gempuran terhadap benteng pertahanan Mesir di Iskandaraiyah selama 10 jam tampa henti (25 Sya’ban 1299 H / 11 Juli 1882 M).
.
Dalam pertemuan tersebut diambil keputusan untuk melanjutkan mobilisasi kekuatan. Lalau Khadio mengadakan pertemuan lanjutan dengan lembaga Jam’iyah Wathoniyah yang dihadiri oleh Syekh Azhar, para Hakim dan pemuka masyarakat untuk menindak lanjuti keputusan pemecatan Ahmad Arabi disebabkan penentangannya atas perintah Khadio untuk tidak mengadakan pertemuan. Dalam pertemuan lanjutan ini akhirnya jam’iyah Wathoniyah mengambil keputusan untuk mempertahankan Ahmad Arabi dalam jabatannya sebagai Mentri Pertahanan.

5 Ramadhan 362 H
Sultan Al Mu'iz Lidinillah Al fatimi memasuki negara Mesir setelah sebelumnya beliau mengirim pasukan sebanyak 100.000 tentara dibawah pimpinan panglima Jauhar Ash Shiqili pada bulan Sya'ban 358 H tanpa ada perlawanan.

6 Ramadhan 223 H
Sultan Al Mu'tasim seorang khalifah 'Abasiyah mengadakan pengepungan terhadap kota 'Umuriyah' yang merupakan benteng pertahan terkuat kerajaan Benzantiniyyah di Asia kecil. usaha beliau berhasil dengan tertakluknya kota tersebut. peperangan berkecamuk dengan sangat dasyatnya dan beliau tidak mampu menaklukannya akhirnya beliau kembali kepusat pemerintahannya tanpa membawa hasil yang dicita-citakan.
ehsan dari emel dari hismat08 .. yahoo group.. to be continue.. wait emel dulu ye...
my heart after sahur in my room 25/8/2009... 4 ramadhan 1430 h

Friday, June 26, 2009

TAHU........



Ada orang yang tahu yang dia tak tahu, maka dia akan berusaha mencari guru yang tahu supaya dirinya menjadi tahu,
Ada orang yang tahu yang dia tahu, maka dia berusaha untuk menyampaikan apa yang dia tahu kepada oranf lain agar lebih ramai orang yang tahu,
Ada orang yang tidak tahu yang dia tahu, dan orang seperti ini perlu ditanya setiap waktu bagi melahirkan apa yang dia tahu,
TETAPI, ada orang yang tidak tahu yang dia tak tahu, semakin banyak dia bercakap semakin ketara yang dia tidak tahu...
renungkan...

Monday, June 15, 2009

kolam renang kat Terengganu bocor ??


Tuesday, June 2, 2009

Stadium baru di terengganu runtuh..



KUALA NERUS - Stadium Sultan Mizan sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak, berharga RM 450 juta yang dirasmikan pada 10 Mei tahun lalu, runtuh pada jam 9.30 pagi hari ini (Rakaman Video dan Slide Didalam) Keseluruhan bumbung 'grand-stand' membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi pentas di Raja.

stadium yang menjadi kebanggaan itu telah runtuh sama sekali.Runtuhan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa namun sebuah kenderaan dan empat buah motosikal yang diletakkan betul-betul dibawah bumbung yang runtuh itu ranap. Menurut saksi Hanafiah Osman, 27, kira-kira jam 9.30, beliau mendengar bunyi 'krak' dibahagian belakang stadium tersebut dan terus bergegas meluru ke bahagian itu kerana kereta beliau diletakkan di bawah bumbung.
Malangnya, runtuhan yang berlaku terlalu cepat menyebabkan beliau hanya terpaku dan melihat kereta 'kancil'nya dihempap oleh kepingan atap dan keluli yang jatuh."Dalam pukul 9.30 begitu, mula-mula dengar bunyi 'krak' (prak) macam patah gitu, (kemudian saya) tengok tu, (atap) terus jatuh, tak sempat buat apa-apa, saya agak dah, kereta saya akan kena, kerana kereta saya duduk bawah ni,"kata Hanafiah sambil menunjukkan tempat keretanya ranap."tengok (pagi tadi) nampak macam lendut dah, kemudian baru saya bercakap sesama kawan-kawan, tiba-tiba atap itu runtuh," tambahnya.
Seorang lagi saksi, Razali Ibrahim, 37, berkata beliau hanya dapat melihat sahaja, motosikalnya ditimpa atap yang runtuh kerana menurutnya kejadian berlaku terlalu cepat, antara seminit hingga dua minit."Saya tengoklah kejadian (atap) jatuh tu, dia bermula dari depan tu,"katanya menunjukkan bahagian tengah belakang stadium dimana beliau mendakwa kejadian mula berlaku."Dia bunyi (kejadian) sekejap saja..... prak.....prak..... terus jatuh selalu (serta merta), "saya sedang baiki lampu (stadium) disebelah sana, tak sempat (selamatkan motosikal), tengok ajalah,"ujar Razali






Friday, February 6, 2009

Be Careful




Not Muhammad, but Jesus Name was printed !!!!!!


Be careful with this book!!!!!!


This thing has been widespread to the whole world.


We must fight this massacre which was created by Christian!!!


* DO NOT let them to convert many more MUSLIM to CHRISTIAN,


Na'udzubillahimindzalik...




The things they do to lead muslims astray is unbelievable.


May Allah protect us all


. Let all your relatives/friends know that this book do exist


and a copy of it was already sent to MUIS for action.

Friday, January 30, 2009

Hadis Palsu zaman Moden...


'Hadis Palsu' Zaman Moden - KHAS KEPADA YANG SUKA MEMFOWARD MESEJ " KEBAIKAN " tanpa ilmu!

“Slm,kpd smua yg brglr mslim,hri ni pkr meteorologi bhgn bunyi dr Rusia mndpti ssuatu bnyi gnjil sprti ngauman rksasa dr bwh mantel bumi.Menurut para ulama kmungkinan bsr itu suara Dajal y brusaha utk naik ke muka bumi.Oleh itu,kita d sruh sntiase x b’henti azan n solat,sbrkn kpd 10 umat ISLAM...amanat.”

Siapalah pencetus angkara ni ya? Jangan-jangan orang dari ‘line’ telefon tak? Maklumlah, satu orang kena sebar kepada sepuluh orang. Kalau ada sejuta orang pengguna, kan dah jadi 10,000,000 sms? Lagi cepat habis kredit pengguna, lagi untunglah pihak penjualnya. Ini sekadar agak-agak saja, belum ada bukti kukuh pun.


Dari semasa ke semasa pelbagai berita buruk yang boleh menggugat ketenteraman jiwa umat Islam disebarkan melalui cara di atas. Kena sebar kepada 10 oranglah, 7 oranglah. Antaranya berita Masjidil Aqsa dikepung, seolah-olah hendak diserang dan diruntuhkan oleh tentera Zionis sebentar saja lagi. Selang beberapa bulan, masuk lagi mesej yang sama. Entah berapa kalilah Masjidil Aqsa hendak dikepung dan diruntuhkan. : )

Kadang-kadang isinya dalam bentuk fadhilat. Contohnya (lebih kurang):

“Laailahaillallah, Muhammadurasulullah. Kalimah tauhid yang membawa berkat. Sabda Nabi, sampaikan walau satu ayat. Sebarkan kepada 10 orang Islam, insyaallah membawa kebaikan.”

‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini hampir-hampir tidak ada manfaatnya. Jika ada perkataan “sampaikan kepada sejumlah orang” biasanya mengarut saja. Memang baik kita abaikan. Sekiranya anda menulis ataupun mendapat hadis umpamanya, dan mahu disampaikan kepada orang lain, itu memang bagus. Tapi yang berisi arahan supaya sebarkan kepada sejumlah orang, kadang-kadang berupa ugutan pula, jangan dilayan.


Ugutan yang dibuat pun memang melucukan (bagi yang tahu). Samalah halnya dengan surat berantai kisah Syeikh Ahmad yang ‘mengetop’ kisahnya sekitar 70-8-an dulu. Sesiapa yang sebarkan surat itu kepada sejumlah orang, pasti akan mendapat imbuhan keduniaan seperti kenaikan pangkat, mendapat anak dan macam-macam lagi. Siap diberikan contoh kejayaan orang-orang kenamaan yang pernah menyebarkan surat itu. Sesiapa yang tidak percaya dan tidak mahu menyebarkannya pula, akan ditimpa musibah yang besar, juga beserta contoh-contoh mereka yang pernah terkena musibahnya. ‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini pun ada juga yang diselitkan ugutan seumpama ini. Orang awam yang kurang pengetahuan pun bersungguh-sungguhlah menyebarkannya kerana takut terkena musibah. Mana yang lebih bijak, mereka SMS ustaz-ustaz dulu minta penjelasan.

Antara bahaya besar yang kita nampak daripada aktiviti penyebaran ‘hadis-hadis palsu zaman moden’ ini boleh kita ambil daripada cerita ‘Penggembala dengan Harimau’. Penggembala berteriak kepada orang kampung kononnya kambing-kambingnya diserang harimau. Apabila orang kampong tiba, ternyata perkara itu hanyalah dustaan si penggembala. Kali pertama orang percaya, kali kedua orang percaya. Masuk kali ketiga orang buat tak tahu saja walaupun ketika itu memang betul ada harimau menyerang kambing-kambing.

Dalam hal ‘hadis palsu moden’ ini, dikhuatiri satu hari nanti umat Islam sudah hilang sensitif kerana muak ditipu berulang-kali dan akhirnya buat tak tahu saja mesej yang disebarkan sedangkan ketika itu umat Islam memang betul-betul berada dalam bahaya dan memerlukan gerak segera. Memang tidak bertanggungjawab para pencetus ‘hadis palsu moden’ ini.

Kita kembali kepada ‘hadis palsu moden’ yang saya terima di atas. Agak melucukan bunyinya “pakar meterologi BAHAGIAN BUNYI”. Adakah jawatan sebegitu? Jika ada, betullah tu, mungkin saya yang kurang ilmu.

Pakar bahagian bunyi itu kononnya mendakwa terdengar bunyi seperti NGAUMAN RAKSASA dari bawah mantel bumi. Terus PARA ULAMA menyatakan bunyi itu kemungkinan bunyi Dajal yang mahu naik ke atas muka bumi. Oang-orang di Rusia (banyak yang atehis) sana percaya kisah Dajjalkah?

Amboi, amboi, cepat betul pakar-pakar bunyi itu berhubung dengan PARA ulama sedangkan mereka baru mendengar bunyi itu HARI INI! Masa bila pula apabila ada sesuatu penemuan baru, pakar-pakar meteorology Rusia menajdikan ulama sebagai rujukan? Dan para ulama pun begitu pantas sekali memberikan ulasan. Yang mana satu Dajal ni, yang nak keluar dari bawah tanah tu ke... ataupun yang mula-mula menulis mesej di atas? Hebat betul Dajjal, keluar-keluar dari BAWAH MANTEL BUMI, terus capai telefon bimbit dan tulis mesej. : )


Kemudian, bila masa pula Dajjal tinggal di bawah bumi? Saya rajin juga membaca dan membuat nota tentang Dajjal tapi tak jumpa pula kisah Dajjal tinggal dalam tanah, dan mengaum pula bunyinya. Pencetus ini nyata jahil ehwal agama Islam.


Kejahilannya terserlah lagi apabila membuat seruan supaya umat Islam SENTIASA/ TIDAK BERHENTI mengerjakan solat dan berazan. Ajak orang supaya membanyakkan solat itu bagus, tapi olat dan azan ‘non-stop’ tu pernahkah dibuat para pendahulu kita? Boleh jadi si pencetus ini bukan orang Islam, tak mustahil. Lebih-lebih lagi apabila dia menulis “kpd 10 umat ISLAM” dengan perkataan ISLAM diserlahkan berhuruf besar. Cepatlah habis ‘kredit’ orang-orang Islam asyik menyambung rantai mesej palsu. : )


Zaman dahulu, hadis-hadis palsu yang menggesa umat Islam menambahkan amal memang banyak. Antara tujuannya supaya umat Islam leka dengan amal dan ketinggalan ehwal keduniaan menyebabkan musuh-musuh Islam mudah menjatuhkan Islam. Ada juga yang mahu mengukuhkan kedudukan politiknya lalu menyebarkan fadhilat amal yang luar biasa. Tujuannya supaya umat Islam kurang masa untuk meneliti ehwal politik, maka dia akan mengaut apa-apa keuntungan politik.

Contohnya hadis-hadis yang mengatakan jika melakukan satu amal tertentu berterusan ataupun pada masa tertentu, akan mendapat pahala 7 orang nabi. Sekali buat sudah dapat pahala 7 nabi, kalau dibuat setiap tahun, setiap minggu? Wahhh, kalah habis para nabi punya amal!


Begitulah, salah satu kaedah untuk mengenal hadis palsu ialah ganjaran yang dijanjikan itu terlalu berlebih-lebihan. Orang awam pun berlumba-lumbalah mengikut saranan hadis palsu itu sedangkan pada masa yang sama pencetusnya mengaut keuntungan.

Tuesday, January 27, 2009

Rahsia Bantal


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:

1) Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.
Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan, muzik dansastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi.
Mrk juga sgt prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan.
Dalam kehidupan seharian merekamemerlukan banyak pendamping.
Mrk jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mrk bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mrk juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsusemata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mrk mempunyai sifat kurang baik.
Mrk jarang bergaul dgn org ramai,malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mrk cenderung bersifategois.
Mrk juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2.
Mrk tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mrk memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi.
Kadangkala sifatpercaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pegi kedai belilah satu!!!!

Emosi dan Kesannya



Emosi rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita..

EMOSI & KESANNYA

Kondem Orang - Pengerasan ateri dan sakit tekak
Domineering, menguasai, menganiaya -Sakit belakang
Cynical, sindiran - Bongkok
Menahan marah, memendam rasa - Sakit semua bahagian belakang
Menanggung masalah sendiri/orang lain - Lenguh bahagian belakang
Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, - Kanser
cemburu, kebencian, Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu - Sembelit
Menyampah kepada seseorang - Batuk
Kerakusan kasih - Jantung dan paru-paru
Minda yang tiada tolak ansur - Sakit sendi
Memendam emosi - Sakit pinggang
Kekesalan - Hati (liver)
Ketegangan emosi - Tengkuk tegang
Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan - Pankreas
Komplen - Organ seks
Dendam - Gastrik
KESIMPULANNYA
Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi diatas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supaya kita bersederhana dalam semua hal.Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji. Waallahualam.

By Day

tunggu

Kata-kata

Jauhkan angan-angan mu dari sesuati yang dimiliki oleh orang lain nescaya hidup kamu bercukup..

Janganlah engkau cari-cari alasan dalam membuat salah. Alasan yang diberi lebih teruk dari salah...

Kamu mestilah memahami apa yang diucapkan...

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kita berbicara

Tetamuku

salam sahabat

Birthday Reminder

January
1 my sis
12 Abg Jib
19 aini mrsm
26 ieyrah mrsm
31 muniey mrsm

February
1 Wana mrsm
2 hamdal mrsm
4 Yus mrsm
18 kak lah mrsm
22 Ummi mrsm
26 Afiqah niece

Mac
3 Izzati mrsm
8 mimi Cb
22 kori mrsm
23 Ilah mrsm
30 Ayahanda

April
6 saba pj
9 baby irfan, ain upm, syikin chalok
15 Fik mrsm
17 me
27 jaa cb


Mei
4 Aqilah niece
5 Farihan mrsm
8 Rahim mrsm
10 Wani mrsm

17 Abg Yen
18 Ctah Upm
21 Zahari mrsm
22 Faqih mrsm

24 Suriani UPm... Ana Sg Tong
26 hana sf


Jun
1 kak ieda upm
2 Dayah cb
5 Sykin rahim upm
15 nurul cb...... sue kmm
16 Dia mrsm
17 tha kmm
29 sofwah kmm

Julai
1 Kak nah mrsm
4 Amir kush mrsm

5 kak yat upm
21 Al-Waleeed mrsm

22 Nabilah niece
23 Jamil mrsm
25 Adli mrsm
28 Fiza chalok

Ogos
1 Nadiy chalok
8 Din mrsm
13 Abg Farid Upm
18 Rodzy mrsm
22 Dayana mrsm
23 Nurin mrsm
26 Mah cb

31 huriyyah kmm

September
4 mat _hniff chalok
6 madihah mrsm
9 kakanda, amir hazwan mrsm
17 Aliff Pres
26 bonda
28 eCah mrsm


Oktober
6 iekiey mrsm
9 yuniey mrsm
14 Intan mrsm

23 Abg long Ukm
29 Apez mrsm, rosni mrsm

31 Kak Edah

November
2 Sarina Mrsm
10 P-rah mrsm, nida mrsm

Disember
16 Easy mrsm
17 Mat Syah mrsm

21 Safwan Upm
25 Nas Azrol mrsm
26 Ayu Upm

 

(أولياء) Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez