Allah

asma ul husna

sahabat teman dan kwan

Welcume

Saturday, May 23, 2009

Maruah kita terletak pada diri sendiri...


Cuba kaitkan gambar dan artikel...


Assalamualaikum wrwt

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah, kita saling nasihat menasihati dan berkongsi ilmu agar dapat dimanfaatkan.Insya-Allah.


Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri.Dengan penuh sedar, ana ingin menegaskan bahawa ana bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan contoh dalam hal ini, apatah lagi untuk mengatakan bahawa ana tidak terjebak dengan sebarang kesilapan ketika berbicara.Namun bila baru masanya akan datang manusia yang serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara tentang adab?



Berbicara di sini ana fokuskan kepada adab berbicara antara ikhwan dan akhawat Allah s.w.t. menegaskan adab berbicara khususnya bagi golongan muslimat apabila berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahram.


“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa.Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan dengan lelaki asing ) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik.(sesuai dan sopan).”(Al-Ahzab:32)



Ibnu Kathir Rahimahullah dalam Tasir Quranul Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita-wanita muslimah.Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram .Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram.Manakala Al-Qurtuby pula berpendapat percakapan yang dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara yang tidak sengaja dilembut-lembutkan.



Berdasarkan kepada ayat ini, kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik.Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan ‘biah solehah’ di bumi HIDAYAH ini, namun semakin hari rasanya impian itu semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan berkomunikasi antara ikhwan dan akhawat yang semakin tidak terjaga.Kenapa ini harus berlaku di bumi yang kita suburkan di atasnya cita-cita murni untuk melahirkan generasi pejuang?


Realiti kita hari ini menyatakan kepada kita bahawa semakin ramai yang berani ‘memperkosa’ suasana murni yang ingin kita wujudkan.Maaf seandainya perkataan kurang elok terpaksa digunakan.Namun itulah hakikatnya.


Di hati ini hanya tuhan yang tahu (maaf UNIC senikatamu kupinjam tanpa kebenaran) pedihnya hati ini bila melihat siswa dan siswi berbicara antara satu sama lain dengan jarak yang mampu diukur oleh pembaris 30cm, diselangi dengan hilai tawa dan suara lemak manja persis suasana di sekolah menengah.Mana lagi maruah sebagai pelajar agama?



Di sinilah kita perlu seketika bermuhasabah.Tentunya kita faham dengan siapa bicara kita akan menyebabkan fitnah berbanding dengan orang yang berpangkat ‘adik’ agak selamat dari risiko fitnah berbanding dengan seorang yang berpangkat sebaya atau lebih tua.Begitu juga dengan siswa dalam keadaan yang biasa bicara dengan seorang yang berpangkat ‘kakak’ biasanya lebih terhindar dari risiko fitnah berbanding dengan yang berpangkat ‘adik’.Kita lebih faham bagaimana menjaga diri kita sendiri.Namun sayang…ramai lagi yang berpura-pura tidak faham dalam soal ini.


Ana ingin bertanya kepada siswa yang terlalu enak berbicara dengan siswi bersama lagak yang kurang menyenangkan itu.Tidak malukah anda meruntuhkan kredibiliti anda sebagai seorang pemimpin?Tidak malukah anda menzahirkan betapa anda tidak layak untuk digelar sebagai bakal ulama?Bakal ulamakkah anda yang sudah tunduk dengan kelunakkan suara seorang wanita?



Kepada siswi tentu sekali kita ingin bertanya tidak aibkah anda mendedahkan kelunakan suara yang begitu lemak manja yang pastinya hanya layak untuk seseorang di malam yang pertama?Realitinya ramai di kalangan anda yang memakai jubah luaran namun tidak menjubahkan hati dan peribadi.Tahukah anda, ramai lelaki runtuh hatinya semata-mata kerana kelunakan suaramu?Tidak sedarkah anda dengan melunakkan suara selembut yang mungkin bila berbicara anda sebenarnya sudah merosakkan ‘dara’ suaramu?Masih tidak tahukah anda bahawa walau senakal seorang lelaki beriman yang normal dia tetap akan mencari isteri solehah yang terbaik menjadi suri hidupnya?Namun solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah khalayak ketika berbicara dengan lelaki bukan ‘mahram’?Anda bangga dengan perbuatan itu?Terpulang!



Kita tidak mahu siwa-siwi menjaga adab pergaulan hanya semata-mata malu kepada mata-mata yang memandang.Apa yang kita mahukan ialah generasi pemuda-pemudi yang hanya takutkan Allah.Kita tidak suka munculnya generasi yang penuh dengan sikap kepura-puraan tunduk menikus hanya kerana malu menghadapi kata-kata orang lain, namun di celah-celah yang tersembunyi, kita benarkan diri kita merobohkan pagar iman!Tanyalah diri sendiri, layakkah aku digelar pejuang?Dalam kelemahan diri yang begitu banyak, kita lantas melabelkan diri kita sebagai pendokong kebangkitan Islam, tidak malukah kita?!!Kita akan mendapat jawapannya seandainya kita ikhlas dalam memberikan jawapan.



Sudah ramai di luar sana yang rebah kerana tidak mampu bertahan dengan ujian di zaman remaja sekarang.Lalu, masihkah ingin kita memilih untuk turut menjadi mereka?Sepatutnya kita sudah cukup untuk menangis dengan kemunculan generasi remaja yang sudah lupakan tuhanNya, lalu kita bangkit sebagai generasi Qudwah yang akan mengungguh contoh yang terbaik.sayang…dalam keadaan kampus kita seperti hari ini, secara ikhlas ingin ana nyatakan kita mungkin hanya akan mengulangi sejarah kegagalan generasi yang terdahulu.



Di peringkat sebegini, tentulah kita tidak mahu siwa-siwi KIAS perlu ‘dimarahi’ terlebih dahulu untuk melazimkan mereka dengan adab pergaulan.Lebih berkesan seandainya masing-masing menyedari tanggungjawab dan batasan pergaulan khususnya golongan yang sepatutnya menjadi contoh (tentunya pimpinan dan senior).Mungkin ramai yang menganggap ia sebagai isu yang remeh di tengah-tengah cabaran globalisasi menuntut kita berfikiran terbuka.Namun bagi ana, ia tetap isu yang besar di dalam menjana pertumbuhan generasi Qudwah.


Sekali lagi, sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis rencana ini bukanlah seorang contoh yang terbaik, malah mungkin kadang-kadang turut rebah di tengah-tengah kehebatan prinsip dan idealisme.Namun kalau tidak sekarang kita menegur,bila lagi?Dan kalau tidak kita, siapa lagi?!!



‘Daerah kita bukan daerah cinta,bukan masanya merajuk kasih memujuk,tiada senda gurau memanjang,kerana kita dalam berjuang…’



Wallahu a'lam.

Apa yang baik itu datang dari Allah, dan apa yang buruk datang dari diri ana sendiri.

Maassalam.

Emel dari ustaz ana... untuk kita bersama

artikel asal: Fariha mohd rasif to epmram@yahoogroup.com

0 Komentar:

Post a Comment

By Day

tunggu

Kata-kata

Jauhkan angan-angan mu dari sesuati yang dimiliki oleh orang lain nescaya hidup kamu bercukup..

Janganlah engkau cari-cari alasan dalam membuat salah. Alasan yang diberi lebih teruk dari salah...

Kamu mestilah memahami apa yang diucapkan...

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kita berbicara

Tetamuku

salam sahabat

Birthday Reminder

January
1 my sis
12 Abg Jib
19 aini mrsm
26 ieyrah mrsm
31 muniey mrsm

February
1 Wana mrsm
2 hamdal mrsm
4 Yus mrsm
18 kak lah mrsm
22 Ummi mrsm
26 Afiqah niece

Mac
3 Izzati mrsm
8 mimi Cb
22 kori mrsm
23 Ilah mrsm
30 Ayahanda

April
6 saba pj
9 baby irfan, ain upm, syikin chalok
15 Fik mrsm
17 me
27 jaa cb


Mei
4 Aqilah niece
5 Farihan mrsm
8 Rahim mrsm
10 Wani mrsm

17 Abg Yen
18 Ctah Upm
21 Zahari mrsm
22 Faqih mrsm

24 Suriani UPm... Ana Sg Tong
26 hana sf


Jun
1 kak ieda upm
2 Dayah cb
5 Sykin rahim upm
15 nurul cb...... sue kmm
16 Dia mrsm
17 tha kmm
29 sofwah kmm

Julai
1 Kak nah mrsm
4 Amir kush mrsm

5 kak yat upm
21 Al-Waleeed mrsm

22 Nabilah niece
23 Jamil mrsm
25 Adli mrsm
28 Fiza chalok

Ogos
1 Nadiy chalok
8 Din mrsm
13 Abg Farid Upm
18 Rodzy mrsm
22 Dayana mrsm
23 Nurin mrsm
26 Mah cb

31 huriyyah kmm

September
4 mat _hniff chalok
6 madihah mrsm
9 kakanda, amir hazwan mrsm
17 Aliff Pres
26 bonda
28 eCah mrsm


Oktober
6 iekiey mrsm
9 yuniey mrsm
14 Intan mrsm

23 Abg long Ukm
29 Apez mrsm, rosni mrsm

31 Kak Edah

November
2 Sarina Mrsm
10 P-rah mrsm, nida mrsm

Disember
16 Easy mrsm
17 Mat Syah mrsm

21 Safwan Upm
25 Nas Azrol mrsm
26 Ayu Upm

 

(أولياء) Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez