Allah

asma ul husna

sahabat teman dan kwan

Welcume

Tuesday, September 28, 2010

untukmu Sahabat.... Aku sayang kamu



Assalamualaikum..
Bila ukhwah kita kerana Allah...


zakiyah ahmad: ooo
zakiyah ahmad: okeh
zakiyah ahmad: aku faham
zakiyah ahmad: aku doa yg terbaik buat mu

s: thank a lotsssssssssssssssssssssss dear fren
s: yah mlm ak mipi mg
s: ak mipi mg mati
s: kwn ak kate kalu mipi mati dia akn pnjg umo
s: ak nangih yah

zakiyah ahmad: ye
zakiyah ahmad: mu ni wat aku touching plop
zakiyah ahmad: yo ea

s: dh
s: dokkang nk ske

zakiyah ahmad: ye ye
zakiyah ahmad: mu balik nnt kite g jln deh

s: mcm tau2 je ak nk nangih ptg ni mipi gtu kn.....

zakiyah ahmad: kdg2 mimpi tu petanda juga

s: mipi zmn loni x sme ngan mipi zmn nabi2 dlu kn yah

zakiyah ahmad: mmg dah

s: i k lah....
s: assalamualaikum sahabat yang ak sayang dunia akhirat
s: ak sayang mg yah

zakiyah ahmad: aku pun syh ko mu mi
zakiyah ahmad: sygg

s: xdok org buleh gnti mg

zakiyah ahmad: waalaikumussalam sahabat

we are sahabat... Aku akn sentiasa doakan yg terbaik buat kamu... i dun want to see your sadness.. Ya Allah... aku pohon untuk sahabatku.. Dia sangat baik padaku... Oleh itu, balaslah kebaikan yg telah dilakukan padaku dengan limpah dan rahmatmu... Gembirakan hatinya dgn impian dan matlamatnya... ku pohon dengan amat sangat Ya Allah...

my heart


Tuesday, September 21, 2010

Kembali ke sekolah



Assalamualaikum...
Lamanya cik zakiyah ni x mengupdate blog... semenjak laptop rosak... susah nk berceloteh di depan pc..pc x fleksible ssh nk menjana idea..

Setelah hampir lima bulan saya tanam anggur di kampung halaman... harini saya melangkah ke UMT untuk berjumpa Supervisor dan menghantar segala dokumen yang diperlukan... seawal pagi bonda dah bising kerana saya mmg lambat nk keluar rumah.. tp mkin di paksa makin liat nk bergerak.. hehe.. saje...

Banyak yang dibincangkan dengan lecturer.. Alhamdulillah.. lecturer yang saya pilih sangat baik hati dan senang dibawa berbincang... tapi.... lecturer tengok my "result"... oh.. malunya.,... satu persatu yang dibeleknya... antara yang di tanya... SPM awak hebat.. tp knp dekat u awak bnyk jatuh ni... saya diam... saya ada jawapan tapi.. biarkan beliau bertanya tanpa jawapan...

helaian demi helaian diselak.. sehingga ke sijil penyertaan.. wahh. bnyknya sijil awak... aktifnya awak di upm ye.. hanya senyum... patutlah result awak.... tp jgn risau... result awak mmg layak untuk sambung master... Alhamdulillah.... Dr.. saya aktif bersebab... hanya Allah yang thu.. anyway im heppy.. (just in my heart)

Setelah berbincang... saya sangat berpuas hati dengan segala information yg Dr bg.. very detail...
but. melangkah keluar dari bilik Dr.. fikiran sedikit tergangu.. x thu fikir apa.. memandangkan waktu zuhur dah masuk terus ke Bandar Kuala Terengganu.. solat di masjid Ladang.. jauhnya .... sebab nk g mkn nasi aym faveret di depan sekolah Smaza... dr kecik suka mkn nasi aym kat situ..

After that terus drive balik umh... hmm.. fikiran masih memikrkan beberapa perkara... hampir accident masa nk over take lori balak td... x perasan kete belakang nk memotong juga...double kete potong lori td.. mmmg dahsyat. sampai kat pembinaan jln... pekerja dah bg isyarat bendera merah untuk berenti.. saya terus je.... dah dekat br break... aku berkhayal kah??... masuk simpang ke rumh pun laju semacam je... sampai rumh rasa nk pengsan... aaa..

Ayah x de kat rumah. aahh.. nk story kat sape ni. FADZIDAH. terus ambil phone... call faz.. berborak sampao hbis kdt... lega sikit... cian budak yg same kecik dgn saya tu...mangsa untk dengar apa yg terjadi.. thank my sahabat... good listener... after that.. br sms D... mangsa kedua... hehe..

after ayh balik... saya cerita semua pada ayh... ayhhhh. ... bla2 bla2..... seriesly... saya calm n cool
Semangat balik... Syukran Ayah..

Semoga saya terus bersemangat........

my heart

Wednesday, June 2, 2010

QUNUT NAZILAH



pengalaman ke Gaza



Dari Jiwang.org dari darling afeera

pengalaman ke Gaza
Salam,


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)

Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

my heart...

Monday, May 17, 2010

kisah yg kita akn lalui


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di
rumah,aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya
aku
sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara
anak2 &isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin
dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama
seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat
ditangannya
tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.
Sebelum sempat bertanya..... siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku
sesak... sukar untuk bernafas....namun aku berusaha untuk tetap
menghirup
udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang
berjalan
pelan2 dari dadaku...... terus berjalan..... kekerongkongku....
sakittttttttt........ sakit......rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,.... Oh Tuhan apa
yang
telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas
tadi,
benda tadi terus memaksa untuk keluar dari
tubuhku...kkhh......... khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit
rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda
tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku
terbelalak..... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku
kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda
tadi
dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja....
hilang
dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih
ringan,
sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri &
anak2
ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut
berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang
terbujur
kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin
kulitnya
membiru. Siapa dia???????...Mengapa anak2 & isteriku memeluknya
sambil
menangis...mereka menjerit... histeria .... terlebih isteriku seolah
tak
mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa
dia.............???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya
dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa
ini
Tuhan...????????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku
cuba
pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan
kalau
itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai
berteriak..... tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka
tak
melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku
sedar
bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati...
aku
telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku
menangis....
berteriak......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.



Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang
kulakukan
untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk
membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah
terlewat........ aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di
sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan
mati,
aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk
keluarga
dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam
keadaan
belum sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan
masih
bias membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia.Karena aku
MASIH
mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat
kebaikan
sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan
yang
lebih bersedia.


Mari berlumba dalam kebaikan. ?Sesungguhnya Allah Tidak
Dapat
Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang
Mengubah
Diri Mereka??..

from emel

Thursday, April 29, 2010

Jumpa Rasulullah.......


Kisah Jumpa Rasulullah Pelajar UIA
>>> Assalamualaikum
>>>
>>> Di bawah ini satu article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan
>>> saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya
>>> kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin
>>> ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog
>>> saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah
>>> ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.
>>>
>>> Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
>>>
>>> YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr
>>> seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam
>>> melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.
>>>
>>> Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' ,
>>> gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih
>>> nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya
>>> akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah
>>> SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun
>>> kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
>>>
>>> AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau
>>> menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di
>>> negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah
>>> beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz
>>> atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
>>> menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2
>>> mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana .
>>> Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti
>>> ana InsyaAllah.
>>>
>>> Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun
>>> yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian
>>> belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut
>>> sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan,
>>> beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya
>>> hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab
>>> sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera
>>> makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri
>>> untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik
>>> mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
>>>
>>> Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan
>>> qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan
>>> menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama
>>> waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak
>>> berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor
>>> pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir
>>> sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan.
>>> Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
>>>
>>> Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu
>>> ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan
>>> sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn
>>> memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu',
>>> beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang.
>>> Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik.
>>> Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik.
>>> Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan
>>> beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi
>>> kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat
>>> drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".
>>>
>>> Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam
>>> bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward
>>> message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah
>>> nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di
>>> hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi,
>>> beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau
>>> sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam
>>> seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di
>>> sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
>>>
>>> Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah
>>> depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya
>>> SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau
>>> tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau
>>> rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh
>>> kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian,
>>> HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah,
>>> baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi
>>> berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda
>>> Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan
>>> tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang
>>> enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.
>>>
>>> Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala;
>>> "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg
>>> sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema
>>> suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian
>>> dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul
>>> 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran
>>> enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg
>>> enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak
>>> ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah,
>>> Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan
>>> baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
>>>
>>> Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan
>>> Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita
>>> lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis
>>> dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda.
>>> Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" ,
>>> tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn
>>> Nabi
>>> kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda.
>>> Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat
>>> baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini
>>> atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..
>>>
>>> Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh
>>> kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya
>>> RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang
>>> mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam
>>> dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada
>>> Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang
>>> kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar
>>> bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.
>>>
>>> Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah
>>> utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan
>>> pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya
>>> sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya
>>> ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan
>>> buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah
>>> ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia
>>> bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
>>>
>>> Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak
>>> pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan
>>> dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau
>>> dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu
>>> beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung
>>> ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi
>>> SallaLlahu'alaihiwa sallam'.
>>>
>>> Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi,
>>> tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
>>> "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu
>>> sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg
>>> berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan,
>>> "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam
>>> sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa'
>>> ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan
>>> Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga
>>> sahabatnya yg mulia.
>>> Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar
>>> dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali
>>> yg agak kecil orangnya.
>>>
>>> Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu
>>> enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah
>>> Al-Baqarah yg bermaksud:
>>>
>>> " Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa
>>> kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah
>>> yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada
>>> 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak
>>> mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami
>>> hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka
>>> mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
>>> apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka
>>> tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin
>>> Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi
>>> manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli
>>> (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat.
>>> Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn
>>> sihir, sekiranya mereka tahu".
>>>
>>> Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk
>>> yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
>>> SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di
>>> tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih
>>> setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan,
>>> "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian,
>>> para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.
>>>
>>> Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun
>>> duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn
>>> mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan
>>> AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik.
>>> "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ
>>> bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
>>> berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
>>> Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun
>>> belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan"
>>> .
>>>
>>> Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia
>>> sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat
>>> Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi.
>>> Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang
>>> wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab
>>> kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni
>>> hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau
>>> hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi
>>> itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya
>>> Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita
>>> bersabar..."
>>>
>>> Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa,
>>> ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham
>>> sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp
>>> segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die.
>>> Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je
>>> yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman
>>> sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada
>>> manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi
>>> SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.
>>>
>>>
>>> ..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..

kiriman emel... foward emel..
ps:: sebagai madah pedoman dan sumber inspirasi buat kita semua.. insya Allah...

Sunday, March 21, 2010

Bukan Senang nk Senang...


Ya Allah...
Kuatkn semangatku, sahabat seperjuangan menghadapi detik2 yg cemas,
teguhkan hati kami untuk bersabar dengan mehnah kehidupan..

ya Allah..
cukupkan masa kami untuk akhirat melebihi dari masa untuk dunia... jadikan
setiap yg dilakukan adalah ibadat kepadaMu..

ya Allah..
ku tidak layak ke syurga Mu dengan amalan yang sedikit ini... tapi.
ku tak sanggup untuk singgah di nerakaMu..
Oleh itu, kurniakan kami yang terbaik dengan RahmatMu..

Ya Allah
sesungguhnya aku amat leka dalam kehidupan ini....
dugaan yang kau berikan ini ku terima dengan hati terbuka.,
kerana ini lah perhatian dariMu.. membuatkan ku tersedar dari kesilapanku..
ku sering terleka bila hati tenang... tq Allah

Ya Allah.
cekalkan hati ini... ku pohon Ya Allah... ku pohon dengan amat sangat...

ya Allah..
kubersyukur dikurniakan insan2 yang ku sayangi... yang sentiasa ada di saat ku suka dan duka..
ku sayang mereka kerana Mu...

my heart

Friday, February 26, 2010

Dakwah Rasulullah


Imam Ahmad telah memberitakan dari putera Sa'ad, sedang ayahnya, Sa'ad رضي الله عنه sendiri yang menunjukkan jalan ke Rakubah (perjalanan di antara Makkah dengan Madinah). Berkata putera Sa'ad, bahwa ayahku telah menceritakan kepadaku, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersama-sama dengan Abu Bakar رضي الله عنه telah singgah di kampungku. Sebenarnya Abu Bakar رضي الله عنه ingin melihat puterinya yang kecil sedang disusukan di kampung kami dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم pula inginkan jalan pendek ke Madinah. Berkata Sa'ad رضي الله عنه kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم : "jalan melalui Rakubah ini ada dua orang perompak dari suku Aslam, dikenal orang dengan panggilan Dua yang terhina!, jika engkau ingin melalui jalan ini, kami akan menunjukkannya". Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Tidak mengapa, tunjukkanlah jalannya kepada kami!". Berkata Sa'ad رضي الله عنه seterusnya: "Kami pun berjalan melalui Rakubah itu, dan apabila kami dilihat oleh dua orang perompak itu, salah seorang mereka berkata kepada temannya: "Ini orang dari Yaman, barangkali!". Apabila kita bertemu dua orang perompak itu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun menyeru mereka supaya masuk Islam, dijelaskannyalah kepada keduanya tentang agama yang diajarkannya. Akhirnya mereka berdua setuju dan memeluk Islam. "Siapa nama kamu berdua?" tanya Rasuluilah صلى الله عليه وسلم "Nama kami?". Mereka tersenyum."orang panggil kami dua orang yang terhina! Barangkali kerana perbuatan kami yang jahat". "Tidak", jawab Rasuluilah صلى الله عليه وسلم . "Tapi sekarang kamu berdua dipanggil sebagai dua orang yang dimuliakan, kerana telah dimuliakan oleh Islam. Kami sekarang hendak menuju Madinah. Nanti temui kami di Madinah!" Rasulullah صلى الله عليه وسلم berpesan kepada mereka berdua.
(Musnad Ahmad 4:74; Majma'uz-Zawa'id 6:58)

Pohon Menjadi Saksi Pengislaman seorang Arab Badui
Abu Abdullah An-Naisaburi (Hakim) telah memberitakan pula dari Ibnu Umar رضي الله عنه katanya: Semasa kami bersama dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam suatu perjalanan, tiba-tiba kami ditemui oleh seorang Arab badui. Apabila kami berhampiran dengan badui itu, berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepadanya: "Hendak ke mana, wahai teman?!". "Hendak kembali ke kampungku",jawab badui itu. "Mahukah engkau jika aku tunjukkanmu kepada yang baik?". "Apa itu?", tanya si badui. "Engkau bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah saja, yang Esa, tiada sekutu baginya, dan bahwa Muhammad itu adalah hambanya dan UtusanNya",jawab Rasulullah صلى الله عليه وسلم . "Siapa yang menjadi saksi atas apa yang engkau katakan itu?", tanya badui itu. "Engkau mahukan saksi? Engkau tak percaya kepadaku?!". "Ya, kerana aku tak kenal padamu!", jawab badui itu. "Baiklah", jawab Rasulullah صلى الله عليه وسلم lagi. "Cukupkah jika pohon itu menjadi saksi?!", sambil beliau menunjuk kepada sebatang pohon yang berdekatan dengan karni. "Pohon menjadi saksi?", mata badui itu terbelalak, dia tertawa. Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun memanggil pohon yang tumbuh di lereng lembah bukit itu supaya datang. Lalu pohon itu pun datang menyeret dirinya satu-satu hingga berdiri di hadapan badui itu. Dan beliau meminta kepadanya supaya menyaksikan bahwa apa yang dikatakan beliau itu adalah benar dan betul. Pohon itu lalu bersaksi dengan jelas, kemudian dia kembali semula ke tempatnya di lereng bukit itu. Orang badui itu terperanjat, dan tidak terkata-kata lagi. Kami juga merasa heran, namun begitu kami tahu yang berlaku itu adalah tanda mukjizat Rasulullah صلى الله عليه وسلم . "Kalau begitu, aku percaya kepadamu!", jawab badui itu. Dia pun kembali ke kampungnya, sambil berkata, "Nanti, jika kaumku mengikutku, akan aku bawa mereka semua kepadamu". "Kalau tidak?". "Kalau tidak, aku sajalah yang akan datang kepadamu, dan duduk denganmu!"
(Al-Bidayah Wan-Nihayah 6:125; Majma'uz-Zawa'id 8:292)

Islamnya Buraidah bin Hasib ra.
Dan dari riwayat Ashim Al-Aslami yang dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad رضي الله عنه katanya: Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم berhijrah ke Madinah, beliau singgah di sebuah kampung bernama Chamim. Beliau bertemu dengan Buraidah bin Hashib lalu ia diajak Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk memeluk Islam. Buraidah memeluk Islam bersama-sama dengan penduduk kampungnya, dan jumlah mereka sangat ramai, semuanya datang dari kurang lebih 80 rumah. Beliau bermalam di kampung itu, dan bersembahyang Isya' sedang penghuni kampung itu mengikutnya di belakang.
(Tabaqat Ibnu Sa'ad 4:242)

http://kisahshahabat.blogspot.com

Saturday, February 6, 2010

Cara Pemakanang kiter... Elert


ehsan email dari che wan... sahabat dr KMM

Info Diet Rasulullahs. a. w;

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita
tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit
antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan
makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini,
tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood
mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana
pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet
Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan
makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

* CARA MAKAN
* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH
TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN
MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya.... cubalah...............
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita
sudah tua nanti.

* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat
mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam
daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika
dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi
biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan antara lain:

* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan
lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak
gemuk.

* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit
kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang
tersebut.

* Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme
banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya

Akadem mailing list
Akadem@kimia.fs.utm.my

Coretan tentang mati...


By Day

tunggu

Kata-kata

Jauhkan angan-angan mu dari sesuati yang dimiliki oleh orang lain nescaya hidup kamu bercukup..

Janganlah engkau cari-cari alasan dalam membuat salah. Alasan yang diberi lebih teruk dari salah...

Kamu mestilah memahami apa yang diucapkan...

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kita berbicara

Tetamuku

salam sahabat

Birthday Reminder

January
1 my sis
12 Abg Jib
19 aini mrsm
26 ieyrah mrsm
31 muniey mrsm

February
1 Wana mrsm
2 hamdal mrsm
4 Yus mrsm
18 kak lah mrsm
22 Ummi mrsm
26 Afiqah niece

Mac
3 Izzati mrsm
8 mimi Cb
22 kori mrsm
23 Ilah mrsm
30 Ayahanda

April
6 saba pj
9 baby irfan, ain upm, syikin chalok
15 Fik mrsm
17 me
27 jaa cb


Mei
4 Aqilah niece
5 Farihan mrsm
8 Rahim mrsm
10 Wani mrsm

17 Abg Yen
18 Ctah Upm
21 Zahari mrsm
22 Faqih mrsm

24 Suriani UPm... Ana Sg Tong
26 hana sf


Jun
1 kak ieda upm
2 Dayah cb
5 Sykin rahim upm
15 nurul cb...... sue kmm
16 Dia mrsm
17 tha kmm
29 sofwah kmm

Julai
1 Kak nah mrsm
4 Amir kush mrsm

5 kak yat upm
21 Al-Waleeed mrsm

22 Nabilah niece
23 Jamil mrsm
25 Adli mrsm
28 Fiza chalok

Ogos
1 Nadiy chalok
8 Din mrsm
13 Abg Farid Upm
18 Rodzy mrsm
22 Dayana mrsm
23 Nurin mrsm
26 Mah cb

31 huriyyah kmm

September
4 mat _hniff chalok
6 madihah mrsm
9 kakanda, amir hazwan mrsm
17 Aliff Pres
26 bonda
28 eCah mrsm


Oktober
6 iekiey mrsm
9 yuniey mrsm
14 Intan mrsm

23 Abg long Ukm
29 Apez mrsm, rosni mrsm

31 Kak Edah

November
2 Sarina Mrsm
10 P-rah mrsm, nida mrsm

Disember
16 Easy mrsm
17 Mat Syah mrsm

21 Safwan Upm
25 Nas Azrol mrsm
26 Ayu Upm

 

(أولياء) Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez