1 message receive -‘Pendaftaran akan bermula selepas zohor’... Ya Allah kenapa ada perasaan berbelah bagi untukku menyertai perjumpaan hismat .. lantaran penulis tidak mempunyai sahabat yang terdekat untuk ke sana... kalau tak pergi terasa rugi pula. Banyak input yang akan ku dapat dari program ini..
Sambil berkemas barang yang nak dibawa, penulis sempat sms sahabat terdekat untuk bertanya tentang kehadiran. Tertanya semua jawapan negative... hanya doa yang dapat tenangkan hati yang berbelah bagi... ‘berilah aku ketabahan dan kesabaran’. Akhirnya, penulis tiba jua di kolej ugama darul quran islam untuk menimba ilmu..
Etika dan peraturan yang menarik perhatian penulis adalah.. pertama sekali- ikhlaskan niat kerana Allah... betulkan niat masing-masing... semua yang dilakukan mestilah kerana Allah... Barulah kita akan merasai manisnya setiap perbuatan yang dilakukan kerana telah ditukar dalam bentuk ibadah..insya Allah
Seperti biasa, aktiviti pertama yang dilakukan adalah seisi berta’ruf dan handout hadis untuk dihafal dan akan di tasmiq kelak. Terasa diri ini sangat kecil, jika dibandingkan dengan sahanat-sahabat yang lain. Semua hebat-hebat.. Penulis dapat berkenalan dengan sahabat baru, Alhamdulillah.. Tetapi, hati penulis belum 100% berada di sini.. Rupanya hatiku tertinggal di rumah.. Setelah selesai tadarus as saf dan almulk... tibalah saat untuk berehat.. Penulis tidak ditugaskan untuk Qirasah malam itu, jadi penulis cuba untuk tidur.. Masya Allah, penyakit ‘homesick’ sudah kembali.. Sudah lama tak merasai perasaan ini.... Walau hati tidak lena mata tetap dipejam. Tenanglah wahai hati..
Seawal 3.45 pagi penulis bangun untuk bersiap awal oleh kerana tidak dapat tidur. Tak perlu membuang masa di pembaringan kerana sekejap lagi semua sahabat akan bangun. Sementara menunggu sahabat lain bersiap penulis termenung.. kalaulah rumah dekat, rasa macam nak balik rumah terus. Sehingga ada kakak yang tegur.. ‘ai jauhnya termenung’.. “maaf kak, tak ada apa-apa, mengantuk kot” penulis berdalih...4.30pg semua ke masjid..
Kenapa jadi macam ni?? Penulis sendiri tidak pasti..sesudah kuliah subuh, penulis merasakan ada sesuatu yang berubah..Hati sudah tenang dan ... hanya Allah yang tahu... mungkin bayu telah menghantar hatiku kemari... Terima kasih Ya Rahim...
Selama 3 hari disini hati sangat gembira walaupun sedikit penat... itu adalah perkara biasa.. diri telah biasa dengan tamrin mesti sabar dan kuat.. Takbirr!! Allahuakbar!!
Inilah yang dikatakan ujian Allah kepada kita.. penulis memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kereana memilih insan yang daif ini sebagai salah seorang tetamu di sini.. Perjuangan memerlukan pengorbanan.. Pengorbanan perlukan keikhlasan.. dari keikhlsan akan terasa manisnya perjuangan. Mesti ingat, setiap sesuatu akan diuji...
Sebagai daie dan muslim mesti ingat... “islam tak perlukan kita, tapi kita yang perlukan islam”.. ayat dari ustaz...Kata-kata semangat “orang yang tidak turut serta dalam medan penyebaran dakwah tidak akan merarasi manisnya islam, hanya yang bersama-sama serta akan gembira hatinya dek kemanisan berjuang dan cabaran yang di tempuhinya”.
Ya Allah tetapkanlah hatiku dijalan yang lurus. Aku takut, aku bimbang, aku gundah, aku risau, aku pohon dijauhkan semangat yang ada dalam diriku dari jatuh rebah menyembah bumi.. ku tahu, setiap perjuangan penuh onak dan duri yang akan dilalui... Biarku luka dan meninggalkan kesan parut yang tajam padaku, tetapi generasi anakku kelak dapat berlari untuk berjuang lebih hebat dariku..
My heart 10pm sabtu
0 Komentar:
Post a Comment