“Aku bukan ustazah nak buat benda baik ni”
“Tak sampai seru untuk pergi masjid”
“Aku insan biasa”
“Sampai masanya nanti aku bertaubat la”
“Ah.. tudung labuh pun belum tentu hati baik.. couple juga”
“Aku tak layak nak nasihat orang”
Inilah alasan dan ayat yang sering kita dengar dari segelintir kawan-kawan kita. Wahai sahabatku yang disayangi kerana Allah. Cukuplah mengungkap ayat sedemikian rupa kerana ianya hanyalah semata-mata alasan yang tidak patut diungkap oleh insan yang bergelar muslim…
Jom kita sesame muhasabah diri ke arah yang lebih rasional sebagai seorang yang berikrar janji dengan Allah sebagai seorang Islam.. Islam kita bukan pada nama.. bukan pada keturunan… bukan keterpaksaan.. bukan!!!.. Anda dipilih oleh Allah… sahabatku… Syurga Allah amat luas.. jom kita sama-sama menuju ke sana.. sama-sama berubah…
“Aku bukan ustazah nak buat benda baik ni”
Anda semua perlu jadi ustazah!.. kerana agama Islam itu nasihat.. segala-gala yang dilakukan dari pagi hingga malam.. tengah malam ke pagi.. semua ada undang-undangnya.. jadi kita mesti taat untuk mengikut segala yang di syariatkan.. Allah yang mencipta kita. Allah lebih tahu keperluan kita… Sebagai anologinya.. jika kita yang mereka kereta… Seperti yang kita tahu,, kereta itu perlu diisi dengan minyak.. kita isi dengan minyak… kenapa bukan air… jika air… maka tak bergerak lah kereta tersebut,,, begitu juga setiap suruhan Allah… Allah tahu kenapa kita perlukan peraturan tersebut..
Cuba bayangkan anda sebagai seorang Pengurus sesebuah organisasi… mempunyai pekerja… anda sudah tetapkan waktu untuk setiap tugasan, waktu masuk kerja.. waktu makan, waktu balik.. anda pasti marah jika pekerja anda sesuka hati nak datang kerja pukul berapa. Kecuali dengan alasan yang munasabah . Atau tidak datang langsung.. buat macam pejabat itu dia yang punya… Sudah tentu anda marah dan membuang pekerja tersebut,,samalah Seperti solat… sudah ditetapkan waktunya… Allah pasti marah jika anda melewatkannya dengan sengaja.. apatah lagi jika anda tidak langsung bersolat. Allah buang anda ke neraka… Nauzubillah… Solat itu tiang/tunjang/ agama… tiada solat tiadalah agama… beza antara muslim dan non muslim pada solatnya..
Seru oh seru
Sedari dulu lagi.. saya kurang faham dengan istilah seru ni… “tak sampai seru”… Seram pun ada dengar perkataan seru ni…. Kalu tetiba terdengar seru.. mau meremang bulu roma ni… ya Allah … maafkan saya teman… lepas ni ayuh… kita yang menyeru ke dalam hati kita untuk melakukan ibadat kepada Allah… terus dan terus buat…. Sebab kita akan mati esok,… MasyaAllah,… bagaimana kalau seru Izrail datang sebelum kita menyeru diri kita untuk bertaubat pada Allah,.. anda sangat bertuah sebenarnya… sebab diri anda begitu berharga…
kalau nak berubah kepada kebaikan memang orang akan pandang pelik… tapi orang pandang ker?? Atau kita yang perasan je?? Contohnya. .. permulaan untuk bertukar dari bju yang saiz xs kepada sais m l dan sebagainya… rasa macam semua orang pandang aku… haishh… tidak!... biarkan perasaan itu… lama2 kita akan biasa … malah lebih mencintai pakaian yang menutup aurat… menutup aurat … bukan berpakaian tapi sendat singkat… tapi tutup Aurat!!!... tutup tutup tutup!!!! Tak perlu kita tunjuk.. tak ada faedah pun… malah lebih untung.. terasa anda begitu mahal,… susah nak tengok… not free show…
bersambung....
0 Komentar:
Post a Comment