DEBARAN MENUNGGU KEJADIAN GERHANA...
AIG Fakulti Sains telah selamat sampai di Hangzhou dan kemudian menetap di Gentle Hotel, Jiaxing selatan Shanghai, China. Seorang ahli delegasi mewakili Angkasa telah di quarantine selama 5 jam di Airport Hangzhou kerana disyaki ada tanda-tanda demam H1N1. Alhamdulillah semua ahli dari AIG Fakulti Sains UPM tidak menghadapi sebarang masalah semasa di imegresen dan kastam China.
Hari ini Selasa 21 Julai 2009 team AIG Fakulti Sains bersama dengan kumpulan Falakonline telah melawat tempat cerapan gerhana yang berada lebih kurang 20 km dari Gentle Hotel di Jiaxing City. Tempat cerapan yang telah dikenal pasti adalah di Tian Ye Square, iaitu disuatu kawasan lapang berbentuk dataran dekat dengan sebuah tasik. Kami menghabiskan masa beberapa jam di dataran tasik ini untuk mencuba dan membuat rehearsal penggunaan peralatan astronomi serta mencari angle cerapan yang paling strategik dan sesuai.
Hari ini suhu di tapak cerapan mencecah 38.6 celcius! Berita dari CCTV9 China juga ada menyebut heat wave sedang melanda di kawasan ini. Cuaca memang panas sekarang ini. Antara parameter yang akan kami rekodkan adalah perubahan suhu, humiditi dan kecerahan langit sebelum, semasa dan selepas kejadian gerhana nanti. Gambar-gambar dan video dari segala aspek dan sudut gerhana juga akan diambil dan direkodkan. Satu kerjasama dan perkongsian tugas dan data telah dibentuk antara AIG Fakulti Sains, Falakonline, Angkasa, Jbt. Mufti (Perak dan P.Pinang) dan individu lain. Harap-harapnya cuaca baik semasa kejadian gerhana esok…sama-samalah doakan ye. Bak kata Dekan, semalam sudah menjadi sejarah, hari ini cabaran dan esok doa dan harapan…Fakulti Sains Boleh!
Laporan seterusnya akan menyusul kemudian nanti, insyallah
berita dari i-komuniti fakulti sains upm...
0 Komentar:
Post a Comment