Assalamualaikum......
Penulis di ajak oleh pengurus kolej untuk menyertai kem generasi ke 2 kolej 15 di pulau pangkor.. Ini program untuk junior tapi penulis dah tahun akhir.. Teringat kata-kata Pengurus kolej pada ana " zakiyah, awak kalau tak pergi kem ni, saya tak nak luluskan program awak lepas ini.." beliau turut sms penulis untuk turut serta kem ini.. bersungguh benar nak ana pergi ni...berat hati untuk pergi kerana sebab yang sama.. tiada kawan... tapi bila di fikir balik penulis nak pergi juga... nak tahu apa pengisian dari BTN.. (biro tata negara)..
kem kami diadakan di teluk Segadas Pulau Pangkor.. tempat yang sangat menarik.. jauh dari kesibukan kota.. cuma kesibukan kapal yang lalu lalang... tiada kemudahan yang mewah.. tapi selesa...semuanya non permanent facilities.. tidur dalam khemah...
Setelah berhempas pulas mendaki dan menuruni bukit, meredah hutan akhirnya sampai kami di tempat perkhemahan.. sangat penat sebab kami tak makan lagi... terpaksa tahan lapar...
matlamat kem ini untuk melatih pelajar untuk menjadi pemimpin... Alhamdulillah.. nampak macam tercapai objektifnya...
Tapi........... to be continue
my heart 2.15 am Ahad d Teluk cempedak
Kem ini lebih kepada kecintaan kepada negara.. hehe... penulis taw apa yang tersirat di sebalik setiap kata-kata mereka... faham-faham sendiri la... Dari kem sebegini kita dapat tahu tentang pengetahuan Mahasiswa tentang dunia luar.. kebanyakannya tidak tahu pun tentang isu-isu semasa.. Fasi bertanya tentang politik pun... ramai yang tak ambil kesah apa yang berlaku.. tanya pasal hiburan... laju je jawab..
Sedarlah wahai sahabatku... jangan jadi orang yang tidak ambil kesah tentang permasalahan ummat.. kerana kita adalah sebahagian dari mereka...
Pada kem ni juga penulis sempat berbual santai dengan adik-adik dan sahabat-sahabat.. tanya pasal kehidupan di upm.. masing-masing cerita laa.. Rupanya mereka adalah usrah kak wani.. hhi.. apa lagi.. kami berbual la tentang agama, isu semasa... alhamdulillah dapat terima dengan baik....
LDK untuk Spot talk... penulis dapat tajuk 'Malaysia' kene bagi talk dalam masa 10 minit... dalam getaran suara dapat juga bagi isu-isu yang best-best.. akhir ucapan penulis, penulis cakap "nak tengok nasib negara kita akan datang, lihatlah remaja zaman sekarang" penulis tak ingat ini kata-kata dari siapa... pinjam ye..
Antara aktiviti yang best... mandi laut.. water confident... kami terpaksa melangkah selangkah demi selangkah ke tengah laut.. nasib tidak berapa baik untuk orang yang tidak tinggi macam penulis... apa lagi minum air masin laa. Water confident ni nak mengajar kita supaya bertenang.. jika gelabah.. kita boleh lemas walaupun ada jaket keselamatan... teringat kata-kata kak ros, guru renang penulis dulu.. untuk mengapungkan diri dalam air... kita kena relexs... betul laa...
Selain itu, kami disuruh untuk bina istana pasir mengikut kumpulan masing-masing tanpa dilihat oleh kumpulan lain.. kemudian ketua kumpulan diarahkan untuk melawat istana pasir dari kumpulan lain.. seterusnya, ketua kumpulan akan kembali kepada ahli kumpulan untuk diceritakan tentang bentuk dan struktur istana tersebut.. maklumat itu disampaikan dari seorang kepada seorang ahli... ahli yang terakhir akan melakarkan istana tersebut di atas kertas.. hasilnya... bentuk istana akan berubah... hihi... Dari situ kami terpakse undo information... nak tangok dekat mane info berubah... moral value nya.. in the real life... banyak berlaku kes seperti ni... masuk orang yang ke 4 5.. info da jadi lain...
penulis teringat kisah tentang sahabat sewaktu di sekolah dahulu... penulis sedang di matrikulasi waktu itu.... dapat mesej... 'Mira meninggal sbb excident, bas jatuh gaung,'... terkejut penulis.. try call kawan-kawan yang lain... semua tak tahu dan terkejut... penulis cuba telefon family mira.. tapi menggunakan number mira...dengan harapan keluarga beliau akan jawab panggilan.. tapi yang menjawab panggilan penulis adalah mira sendiri... hihi.. mira hidup lagi laa... memang excident tapi cedera je... Ya Allah... tak tahu info dari mane.. sampai kat penulis meninggal da... pastu hidup balik..
Sebelum balik penulis ada berborak dengan seorang fasi, beliau bagi kata-kata semangat kat penulis... Akan ku ingt sampai bile2.... isk isk iskk
penulis duduk termenung di tepi pantai... tetiba beliau menyapa... maaf.. bleh kita sembang... ?? penulis jawab.. hmm... beliau mula bercerita... sehingga penulis menangis...
"Yah kene kuat dan sabar ye"
.. insya Allah
my heart putrajaya 154pm jumaat
0 Komentar:
Post a Comment