Pada suatu hari, seorang profesor madya dari sebuah universiti tempatan yang tidak asing lagi di ibu negara kita telah membuat satu kajian politik dan budaya di negeri kelantan. Kajian ini adalah salah satu dari 'task' beliau untuk melengkapkan title sebagai seorang profesor.
Setelah bertungkus lumus mendapatkan 'information' dan maklumat dari segenap penjuru negeri Kelantan Darul Naim, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kuala Lumpur. Ditakdirkan nasib beliau tidak begitu baik kerana tiket 'flight' dan tiket bus telah pun habis kerana beliau ke kelantan pada musim cuti perayaan tahun baru Cina..
Seperti yang kita sedia maklum pengankutan ke negeri kelantan memang cepat habis.. oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk pulang menaiki kereta api... alhamdulillah... teket ada... tapi kelas ekonomi sahaja.. bisness class da sold out.. beliau naik train dr wakaf baru ke kl sentral..
Al kisahnya baru bermula... profesor madya mencari-cari tempat duduknya bernombor 132B.. akhirnya terjumpa.. di sebelah tempat duduknya ada seorang tua yg berjubah dan berserban.. bukan Tok Guru Nik Aziz... tp ala-ala Tok Guru laa...
"Assalamualaikum pak cik"... sapa profesor dengan ramah... "waalaikumussalam"...jawab pak cik. "Nak pergi mane ni pak cik" tanya prof. "pok cik nok g rumoh anok pok cik nu kat serde"..
"ooo macam tu, saya ni profesor madya datang ke sini buat kajian tentang budaya dan politik orang kelantan.. "..balas prof dengan nada sedikit bangga..
Profesor madya ni rasa macam nak tunjuk kehebatan beliau sebagai seorang pensyarah yang bakal menjadi profesor lalu mengajak pak cik ni untuk berteka-teki...
"pak cik, sementara kita nak tunggu mata mengantuk, apa kata kita berteka-teki.. kalau saya tak dapat jawab saya bagi seratus ringgit, kalo pak cik tak dapat jawab pak cik hanya bayar saya seringgit aje "...cadang profesor madya dengan sombong.
"bereh"...jawab pak cik... " biar pak cik dulu la bg teka teki kat saya.." cadang profesor dengan confident..
"gini... binanatang ape yang tinggal atas pokok, kaki kat kepala, dan makan dalam air?" soal pak cik... "ark.. pening profesor fikir... akhirnya beliau memang tak tahu dan mengalah... dan memberikan wang seratus ringgit kat pak cik tu...
"awak pulak bg teke-teki kat pak cik" cakap pak cik... profesor itu memikirkan apa yang hendak disoal... dalam fikirannya mempunyai perasaan inkuiri yang tinggi untuk tahu jawapan kepada teka teki tadi... Oleh itu profesor telah menanyakan soalan yang sama kepada pak cik tua itu...
"binatang apa tinggal kat atas pokok, kaki kat kepala, dan makan dalam air?" soal profesor balik kepada pak cik...
"hahaha... pak cik pun tak tahu" jawab pak cik.... "nah amik seriggit" jawab pak cik...
jadi.... dari duit seratus yang pak cik dapat tadi tu tinggal rm99 ... untung pak cik tu kan... kesian profesor tu kena kelentong. sape lg bijak?... hihi...
moral value of da story:
1. jangan bangga dengan apa yg ada
2. jangan pandang rendah pada orang lain
3. berfikir dengan baik
4. bersyukur la selalu
5. orang kelantan teror r... ganu pom.. hihi
0 Komentar:
Post a Comment