Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,,
love Allah
Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk hidup pada
hari ini. Semoga umur yang masih bersisa dimanfaatkan sepenuhnya untuk agama,
masyarakat, dunia (insyaAllah) dan seluruhnya. Sungguh indah hidup ini
sekiranya mahligai yang diimpikan dapat dapat direalisasikan dan dinikmati
bersama yang tersayang. Persoalannya sejauh mana impian majlis perkahwinan yang
dilaksanakan memuaskan hati dan iman atau nafsu yang menyerang jiwa kita. Bak
kata pepatah yang berbunyi “biar mati anak jangan mati adat” ini lah pepatah
melayu yang sering kita dengari. Tapikan, sejauh mana adat yang kita ikuti itu
berlandaskan agama atau ianya adat semata.
Walaupun penulis sendiri belum berumah tangga, tetapi
permasalahan ini sering berada di minda, apa tujuan walimah ini? mari kita
tengok secara umum, kesilapan di majlis kenduri yang biasa kita hadiri:
1)
Pengantin make-up over sangat
-
Wau dah macam artis dah pengantin kita. Semua
nak cantik kan. Tak apa, tak salah pun nak cantik. Tapi apa kata, make-up sikit
sikit pun xpe dah. Natural beauty katakan. Anda memang dah cantik, tambah sikit
je. Mesti comel lotey ehh.. trust me I am Muslim.
2)
Make-up sebelum zuhur (terlepas waktu solat
sebab sayang nak tanggalkan make-up, rm150 kottt) P/s: not for ABC
-
Yang ni tolong la jaga betul-betul. Baru ja
kawen, dah tinggal solat. Tak rugi pun upah make-up tu. Berapa la sangat kan.
Solat tu lagi mahal. Bayar Juta-juta pun tak mampu nk beli satu waktu solat. Apa
kata, Kalau nak make-up juga, after Zuhur orait la kan. Solat dulu, baca doa
semoga Allah rahmati majlis kita. Pentingkan yang lebih penting iaitu solat.
Kalau mak andam bising, cakap kat dia “I pay u, so please…” hehe
3)
Tabur beras semasa ketibaan pengantin (Hukum
harus jika pengantin itu Ayam)-by UAI.
-
Masih ada yang amalkan ni.. seriously.. Apa
kata, Daripada duk tabur beras, baik buat baca doa. Pastu bagi beras tu kat
pembaca doa 5kg pun ok je. Boleh gak berkat dapat pahala sedekah lagi. Semua
tetamu mengaminkan bacaan doa. Wah,, hadiah yang lebih bernilai dari bungkusan
banyak-banyak kat atas meja tu, maksud saya (hadiah kawen) hehe.. Kan kan kan.
4)
Pengantin sibuk bergambar bersama fotograper,
tak sempat melayan sahabat yang datang.
-
Apa kata, bergambar hari yang lain, same je kan.
Pengantin berdua je pun ada dalam gambar. Kesian tetamu datang tak dapat nak
jumpa pengantin. Kadang-kadang tengok dari jauh je. Pastu duk lambai-lambai je
kat pengantin. Last-last, jupa orang lain like mak, kakak, sedara sebab Pengantin
duk sibuk posing kat pelamin. So, ucap je tahniah kat mak dia. “tahniah mak cik
dapat menantu” hehe. Apa kata juga, kalau pengantin tu yang jadi penyambut
tetamu, mesti best. Kita tetamu yang datang ni, disambut oleh tuan punya
majlis. Boleh terus bagi hadiah or ucap tahniah dan doa,(macam lagu maher zain
tu). Nyanyi pun x pe sebab ingat doa by lagu kan. Ok je. Sebab apa tau,
kadang-kadang kita tak biasa datang umah pengantin ni, dah majlis kawin baru
datang. Jadi, tak pasti mana satu rumah pengantin. Mana taknya, kat Negara kita
majlis kawin ni bermusim kan. Satu kampung 5 6 majlis kenduri. Jadi kalau tuan
punya tu kat depan pintu. Senang la nak buat proses pengecaman. Hehe..
bayangkan kalu kita tak pasti, dah siap makan baru pergi jumpa pengantin.
Tengok-tengok. Wahh,, salah rumah.. what to do?? Just say, im sorry je la ye.
5)
Makan beradap dan bersanding (malunyee)
-
Tak ada masalah pun banda ni. Yang penting bukan
bersanding time orang ramai. Bersanding ni jadi xelok sebab. Bercampur antara
laki dan perempuan, nanti akan ada kata-kata yang tak elok dari para hadirin yang datang. Contohnye la:; “eh,
isteri dia tak lawa pun, suami kemain lagi hensem, xcocok” lain2 contoh,
“wooo,, make-up dia, putih melepak, kalu dengan kulit tangan tu jauh bebenor
colournya” haaa… see.. kan xelok tu. Ayt2 ni saya reka berdasarkan imaginasi
saya. Tiada kaitan dgn sesape. dan tak terfikir pun nak cakap kat sesape. ampun
kan saya jika tersilap.
Jadi, bersama-samalah kita meletakkan syariat Islam di
hadapan kita untuk segala bentuk kelakuan dan rutin harian kita. Maafkan saya,
just suggestion je, meh la kita tinggalkan adat2 yang dop paka gawa ni. Tak dop
menafaat pun ke kita. Dop gitu??? Baik kita bersama-sama membuat pahala sebagai
modal untuk akhirat kita nanti. Such as, Sunnah Rasulullah, amar makruf nahi
mungkar. Jom masuk syurga. Allah, terimalah kami, keluarga, sahabat dan umat
Islam semua dalam redhaMu.
p/s: nak hidup kat dunia kita kena ada modal keduniaan
seperti duit, makanan, tempat tinggal dan kuaga. Dengan modal dunia itu,
transform modal itu sebagai modal untuk menempah tiket ke akhirat dengan
beribadat, bersedekah, amal jariah dan lain-lain yang baik. insyaAllah. Jangan duk wat tak dop modal sokmo deh. Ok.