Allah

asma ul husna

sahabat teman dan kwan

Welcume

Friday, November 20, 2009

Dakwah ??


Assalamualaikum...
Sudah lama tidak mengupdate blogku yang semakin bersawang ini...

Kekangan masa yang amat cemburu pada diri ini.. tambahan dengan program-program yang telah diaturkan sepanjang cuti ini... mengintai-intai masa yang terbaik untukku pulang ke desa tercinta.. bilakah itu?? ku rindu semuanya...

Teringat kembali saat-saat bersama adik-adik d satu program... soalan yang perlu di jawab oleh seorang daie dengan sejujurnya..

"kak.. dari chek point first lg soalan saya tak terjawab.. kita berbicara tentang dakwah.. pengertian... method.. kepentingan... hukum.. macam-macam lagi... bagi pihak akak sendiri apa dakwah yang akak buat??" diri sendiri betul-betul "terdakwah" ke?? semua fasi tak jawab pun soalam saya"

soalan berani yang ditanya oleh seorang peserta.. ( i like )

kita bilamana ditanya tentang dakwah... semua orang berabuk jawab itu dan ini.. jika dijawab dalam exam paper.. mungkin markah tertinggi dapat dicapai oleh para 'teori'.. tetapi secara lahiriahnya tidak semua yang berjaya menempuhinya... jalan terakhir kita putus asa sehingga terkeluar ayat yang tidak sepatutnya keluar dari patah perkataan seorang daie...

ingat wahat para mujahidin dan mujahidah sekalian... jangan terlalu cepat membuat konklusi pada setiap apa yang berlaku... konsep dakwah ini sangat luas... kita perlu kreatif menandatangani setiap yang berlaku... insan yang ingin di dakwah mestilah di selami hati dan sanubari.. baru kita tahu kelemahan dan kekuatan mereka... dari situ strategi dakwah dapat dilunaskan..

Fiqh dakwah merupakan cantuman dua rangkaikata iaitu Fiqh dan Dakwah. Setiap kalimah mempunyai maknanya tersendiri.

FIQH : Mengetahui (tahu) dan memahami (faham).
DAKWAH : Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukan sesuatu.

Dakwah ilallah : Seruan kepada beriman kepada Allah Taala dan beriman dengan apa yang dibawa oleh para rasul dengan membenarkan segala perkhabaran yang dibawa, patuh dan tunduk dengan segala titah perintah Allah Taala dan meninggalkan segala larangannya, justeru agama Islam merupakan agama penamat, syumul dan lengkap.

Ini bermakna dakwah ilallah ialah seruan untuk tunduk dan patuh kepada agama Islam secara keseluruhannya (total). Meyakini Islam adalah agama yang benar, yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang diwahyukan oleh Allah Taala sebagaimana firmanNya :


(Surah Fussilat : 43)

Maksudnya : Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan dan belakangnya, yang diturunkan dari Allah yang maha bijaksana lagi maha terpuji.

Sebagai daie jaga diri kita supaya kita tidak menjadi fitnah pada sahabat yang lain..

bilamana bersama dengan sahabat yang sefikrah atau sehaluan.. semua benda terjaga.. pandangan dijaga.. tutur kata berlapik.. tetapi bersama rakan taulan tidak sama pula tingkahnya..

my heart... upm friday

Wednesday, November 11, 2009

cerita untuk direnung bukan ditenung


Subject: sekadar renungan bersama...

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadistersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.
Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum lelaki.......' nasihat orang tua itu.Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. 'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang.
Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis...
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api.
Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh..
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah swt sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatanagar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir *MANAR ISLAM*

By Day

tunggu

Kata-kata

Jauhkan angan-angan mu dari sesuati yang dimiliki oleh orang lain nescaya hidup kamu bercukup..

Janganlah engkau cari-cari alasan dalam membuat salah. Alasan yang diberi lebih teruk dari salah...

Kamu mestilah memahami apa yang diucapkan...

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kita berbicara

Tetamuku

salam sahabat

Birthday Reminder

January
1 my sis
12 Abg Jib
19 aini mrsm
26 ieyrah mrsm
31 muniey mrsm

February
1 Wana mrsm
2 hamdal mrsm
4 Yus mrsm
18 kak lah mrsm
22 Ummi mrsm
26 Afiqah niece

Mac
3 Izzati mrsm
8 mimi Cb
22 kori mrsm
23 Ilah mrsm
30 Ayahanda

April
6 saba pj
9 baby irfan, ain upm, syikin chalok
15 Fik mrsm
17 me
27 jaa cb


Mei
4 Aqilah niece
5 Farihan mrsm
8 Rahim mrsm
10 Wani mrsm

17 Abg Yen
18 Ctah Upm
21 Zahari mrsm
22 Faqih mrsm

24 Suriani UPm... Ana Sg Tong
26 hana sf


Jun
1 kak ieda upm
2 Dayah cb
5 Sykin rahim upm
15 nurul cb...... sue kmm
16 Dia mrsm
17 tha kmm
29 sofwah kmm

Julai
1 Kak nah mrsm
4 Amir kush mrsm

5 kak yat upm
21 Al-Waleeed mrsm

22 Nabilah niece
23 Jamil mrsm
25 Adli mrsm
28 Fiza chalok

Ogos
1 Nadiy chalok
8 Din mrsm
13 Abg Farid Upm
18 Rodzy mrsm
22 Dayana mrsm
23 Nurin mrsm
26 Mah cb

31 huriyyah kmm

September
4 mat _hniff chalok
6 madihah mrsm
9 kakanda, amir hazwan mrsm
17 Aliff Pres
26 bonda
28 eCah mrsm


Oktober
6 iekiey mrsm
9 yuniey mrsm
14 Intan mrsm

23 Abg long Ukm
29 Apez mrsm, rosni mrsm

31 Kak Edah

November
2 Sarina Mrsm
10 P-rah mrsm, nida mrsm

Disember
16 Easy mrsm
17 Mat Syah mrsm

21 Safwan Upm
25 Nas Azrol mrsm
26 Ayu Upm

 

(أولياء) Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez