Allah

asma ul husna

sahabat teman dan kwan

Welcume

Saturday, April 25, 2009

5 PERKARA


“Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang.... seucap janji membuat kita percaya..sekecil luka akan membuat kita kecewa.. tetapi... sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل 1: wajah yang cantik
2-2 فلوس بالملاين : duit yang banyak
3-3 صحة قوية : kesihatan yang baik
4 -4 اولاد شاطرين وفالحين مثلنا : anak2 yg cerdik
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدو5 : tidur yang nyenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : kata nabi saw من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat...
jagalah solat kita....

Friday, April 24, 2009

Fatimah...


Fatimah - Pendakwah yang menundukkan Umar



Umar al-Khattab mencapai pedang, mengikatnya di pinggang dan keluar dari rumah. Dendam dan sakit hatinya membuak-buak. Mendengar cerita orang ramai bahawa agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. (Muhammad Abdullah) semakin mendapat sambutan, marahnya menggunung. Jika mendapat peluang, Umar memang tidak akan melepaskan Muhammad. Di pertengahan jalan, Umar ditegur oleh seorang lelaki Bani Zuhrah. “Aku hendak pergi membunuh Muhammad!” kata Umar dengan wajah garang. “Aku hendak beritahu satu berita yang mengejutkan. Adikmu, Fatimah dan suaminya, Said bin Zaid, sudah memeluk Islam,” kata lelaki itu. Umar terkejut besar mendengar berita itu.


Dia malu, sedih dan marah sekali gus. Tanpa bersuara sepatah pun, dia meluru ke rumah Fatimah. Fatimah dan suaminya kebetulan sedang belajar mengaji al-Quran bersama seorang lagi sahabat mereka, Khabbab al-Arati. Dia mengetuk pintu dengan keras sehingga menimbulkan kebimbangan kepada seisi rumah. “Aku Umar. Buka pintu!!” Khabbab orang pertama yang lari menyembunyikan diri. Fatimah dan Said pucat. Mereka sedia maklum, Umar adalah seteru Islam paling hebat ketika itu.
Umar sanggup melakukan apa sahaja untuk menghukum orang yang mengkhianati kepercayaan nenek moyang mereka. Bagaimanapun Fatimah memberanikan diri membuka pintu. Umar menerpa dengan muka garang. “Aku mendengar kamu membaca sesuatu.” “Apa yang kamu dengar? Kami tidak membaca apa-apa!” kata Fatimah. Dia sudah menyembunyikan mushaf yang mengandungi tulisan-tulisan ayat al-Quran. Tetapi dia bimbang jika abangnya itu berjaya merampas mushaf itu. “Aku dengar apa yang kamu baca.


Aku tahu kamu sudah menganut agama Muhammad,” herdik Umar. Dia lantas mencekak leher Said dan mahu memukulnya. Fatimah cuba mempertahankan suaminya. Pukulan Umar tidak mengena Said, sebaliknya tersasar ke arah Fatimah sehingga terkoyak kulit dahinya. “Ya, kami sudah memeluk Islam. Kami percaya Allah dan Rasul-Nya. Apa yang kamu nak buat, buatlah!!” jerit Fatimah. Melihat darah bercucuran di dahi Fatimah, Umar disentap rasa kesal. Dia kasihan kepada adiknya sendiri. Nadanya berubah menjadi lembut tiba-tiba, “Berikan aku mushaf yang kamu baca. Aku janji tak akan buat apa-apa. Aku hanya hendak tahu apa yang dibawa oleh Muhammad itu.” Fatimah teragak-agak tetapi Umar cuba meyakinkan, “Jangan takut, aku bersumpah dengan Tuhan Muhammad.


Aku akan kembalikan mushaf itu selepas membacanya.” Fatimah terkesan akan kejujuran Umar. Umar abangnya dan dia kenal akan sikap abangnya sendiri. Jauh di sudut hati, dia tahu Umar akan mengotakan janjinya. Fatimah menjawab, “Saudaraku Umar, kau masih najis kerana syirikmu. Al-Quran itu tidak boleh disentuh melainkan oleh orang yang suci.” Fatimah menyuruh Umar mandi. Selepas itu, barulah mushaf itu diserahkan kepadanya. Umar menerimanya dengan penuh minat, lantas membaca ayat dari Surah Taha. Selepas menghabiskan bacaannya, spontan terkeluar dari bibir Umar, “Alangkah indahnya ayat ini!” Khabbab yang masih menyembunyikan diri dalam kediaman Fatimah keluar ketika mendengar pengakuan Umar.


“Umar, demi Allah, aku pernah mendengar Muhammad berdoa, “Ya Allah, bantulah Islam dengan Abul Hakam Hisyam atau Umar al-Khattab.” Cepatlah Umar, segera dapatkan Muhammad!” Umar mendesak Khabbab membawanya bertemu Muhammad. Fatimah mendengar dengan hati penuh syukur. Dia tidak sangka abangnya yang keras hati itu akan terbuka hati terhadap Islam. Umar lalu beredar ke sebuah rumah berdekatan Bukit Saffa, tempat Muhammad mengajar agama kepada rakan-rakannya. Seorang sahabat dalam kediaman itu mengintai di lubang pintu ketika mendengar ketukan. Dia sangat terperanjat apabila melihat Umar berdiri di depan pintu dengan sebilah pedang.
Sahabat itu segera memberitahu Muhammad, tetapi bapa saudara Muhammad, Hamzah Abdul Mutalib menjawab berani, “Wahai Rasulullah, biarkan Umar masuk. Kalau dia mahukan yang baik, kita berikan yang baik. Kalau niatnya jahat, kami akan membunuhnya dengan pedangnya sendiri.” Muhammad kelihatan sangat tenang. Dalam hati baginda, terdetik doa yang pernah dipohonnya dulu. Kini Umar datang sendiri tanpa perlu sesiapapun memujuknya. Dia menyuruh orang membuka pintu dan Umar dipelawa masuk. Sebaik-baik saja lelaki itu masuk, Muhammad bangun menyambutnya lantas mereka berlalu ke sebuah bilik.
Baginda melepaskan kain serbannya ke tubuh Umar dan merentapnya dengan kuat. “Apa yang membawa kamu ke sini? Demi Allah, aku takut kamu tak akan serik sehinggalah Allah menurunkan bencana ke atasmu!”“Wahai Rasulullah, aku datang untuk beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,” Umar membalas. Muhammad terus bertakbir sebaik-baik sahaja mendengar pengakuan itu. Doa baginda akhirnya termakbul. Seluruh masyarakat Islam yang masih kecil bilangannya ketika itu, bersyukur dan sangat mengalu-alukan kedatangan Umar ke dalam Islam.
Pengislaman Umar bermakna Islam yang baru mendapat tempat, akan bertambah kukuh dan gagah. Seluruh masyarakat Islam mengenangi Fatimah sebagai orang yang bertanggungjawab membawa nur Islam dalam diri Umar. Dia terus diingati sebagai srikandi yang cekal, pendakwah yang berani, yang berjaya menundukkan kedegilan, keegoan dan hati batu Umar al-Khattab.

Tuesday, April 21, 2009

CINTA IS love


(TAZKIRAH SEORANG SAHABAT)

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

sumber... iluvislam.com... emel from my sahabat... thanks atas ingatan itu...

hepi birthday to me



17 April 2009
Happy birthday to me....

11.57pm=hepi bsday 2 kak ngah. Swet 21. Moga pnjg umo n murah rezki hendaknya. May Allah bless u. Insya Allah.. amen. Nway.. good luck for final from: intan(adiksu homeroom)


12.05am= hepi bday. Moga hidup diberkati Allah. Amin. From: hazirah


12.06am= epi besday kak yah.. bleh panggil kak dh laa sbb kamu tua staun dr ana.. hoho. Moga pnjg umo murah rezki..may all ur wish come true. From :Al-waleed..


12.07am= senyap x b’erti hilang:: diam x b’erti lupa::
::jauh x b’erti putus ::krn antara kita ada 1 ikatan: :::sebuah persauddaraan yg berkekalan
-selamat hari lahir ke 21 ... from: abg friq


12.09am= selamat ari 2e! Hehe... smga pnjg umr + lapang hati + murah rezki J from: nazihah


12.20am= yah, hepi bezday !.. Hope ur dreams com true..! from: syikin


12.15am=Hepi birthday =) da umo berape eh? Hehe... da tua... hak3.. hee... smoga pnjg umo n dimurahkn rezeki.. gudluck final.. from: abg Farid


12.21am= these are some of the romantic countries in the world. H O L L A N D => Hope our love last And Never dies. I T A L Y => i trust And Love You Also And this is my fav... F R A N C E => Friendship Remains And Never Can End... Happy Besday mY Frenz From:Ctah


12.33am= Epy brthdate yah! Mga d murhkn rezki n d bri kbrtktn slalooB-) From: Amalina..


12.43am= Hepi Besday 2 U.... From: abg yen


06.28am= Selamat hari lahir.. From: kak fat


7.07am= Slm. Yah, selamat hr lahir.. mg pjg umur, dmrahkn rzk oleh Allah selalu. Uhibbuki fillah... from: kak nadiah


07.33am= Salam chek!! Hepy birthday chek! Sy doakan smoga umur diberkati, Berjaya dunia dan akhirat n chek dapat apa yg dihajati... ingat saya sokmo ek! Ujung taun jumpa lg.. insya Allah From: siti d new zealand


8.33am= salam, just 2 wish happy birthday 2 you sweet girl.. from: kak da


9.27am= salam, hepi bufday yg ke-21. Smoga pnjg umur n dimurahkan rezeki... gud luck 4 fnl xam... from: kak wani


9.36am= Kawan kerana teman.. kasih kerana sayang .... cinta kerana perasaan... yang penting kita faham tanpa kawan kita keseorangan..... Happy Birthday.. Happy sokmo... From: mah


9.41am=Epy bday.. muga pnjg umur n chat2 salalu J From: tihah


09.52am= YA ALLAH...Insan ini amat penting dalam hidupku... sahabatku jntg hatiku... mesra kami penawar duka, gurau kami mbuah ceria, bual kami mnambah cinta padaNya.. YA ALLAH silaturrahim kami uhkwah fillah, bermusuh kami, nauzubillah, pengubat hati, doa rabitah.. YA ALLAH Rahmati kami mniti usia, smg akrab kami mberi mnfaat pada agama. Ameen.. hepi bday yah.. From: kak ifah


09.57am=Ya Allah, muliakan dan sayangi adikku ini. Tetapkan hatinya dalam iman& perjuangan untuk agama Mu. Bahagiakn keluarganya, shatkn tbh badannya, berkati rezekinya , selamat hari lahir ke 21, smoga pertambahan umur lbih mndekatkan diri kita dgn Allah From: kak faezah


1.02pm= Salam yah comey, eppy besday dearie honey, semoga pnjg umur, mrh rzeki, cpt2 kawin... hehe.... From: kak nur Ruqayah


02.41pm= call from ierah.... irah nyanyi lgu Allah selamatkn kamu.... hihi comey je irah ni... she is my best fren... ku amat merinduimu cikgu irah...hihi


02.59pm=call from chee Wah... hepi birthday n dier top up kn kredit untuk semua number fone ana... aduii...


04.02pm= Salam, yah, hepi birthdayJ moga dipnjgkn umur dan dimurahkn rezki. Hepi selalu n Berjaya dunia dan akhirat. Jg diri elok2 taw... From:Faz


5.27pm= Salam.. selamat hari lahir. Moga jd lbh matang dalam mengharungi hidup. Cabaran n tribulasi, susah n payah hidup akn mnjadikan kta org y HEBAT krn prinsip keHEBATAn itu bermula dgn ksusahan From: ahki Iqbal


05.45pm=Thanks kepada kak tie n long (my cousin) yg bawak yah mkn kat anjung mkn ciken chop... dr ukm sanggup dtg... nk belanja mkn ptg tu... tq tq tq...


07.30pm= jupe sahabat2 tersayang dkt surau... thanks hadiah cd n gambr... kenangan terindah tu..


8.45pm= dpt msg.... yg mengejutkn...”yah da tak sayangkn akk, akk lme tunggu .kak yat pun da nk balik, x pe la yah” Ya Allah ape ni??... owh ana lupa... nk jupe akk tersayang sblm beliau balik... bergegas ana dari surau balik ke bilik... sampai kat blok terus ke bilik kak yat.... eh... kunci da pintu?? Da balik ke... ana ketuk2 pintu,,, tetiba.... pintu terbuka.... Ya Allah.... Yah!!! Selamat Hari lahir............. ada kekkk.... Masya Allah ... anyway thanks kepada ka kyat n kak idea wat suprise tu....


10.00pm= keimanan yg benar menjadikan p jalanan hidup umpama sebuah kasih cinta, pngorbanan manukar ujian pahit mnjadi satu kenangan manis, ksbaran mnjadikan segala beban yg ditanggung ringan & mudah , keyakinan pd janji2 Allah mnjadikan jiwa tenang ketika pjalanan bgitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dgn kegagalan & ujian berat. Sori lambat wish.... selamat hari lahir... semoga Berjaya dalam hidup... From: Kak Husna Ak


10.05pm= call from my niece.... ciksu!! Hepi birthday ciksu....sori lmbt... kakak bz... ops... 5 tahun pon da bz ekk...mst ummi yg suruh ckp mcm tu kn kn kn. huhu From:nabila


10.44pm= ku hadiahkn seteguk mawaddah, bersama AL-FATIHAH yang penyanyang, ku kirimkan sesuci mawaddah bersama AL-IKHLAS yang suci bersih, istimewa buat temanku, moga Rahmat Allah ttp bersmamu SELAMAT HARI LAHIR, semoga dipnjgkn umur dan dimurahkn rezki oleh Nya...amenn.. From:kak Arah


11.44pm= call from tha... selamat hari lahir kakk!! Saje nk jd org yg last... hihi


18hb/ 7.30pm= ... hepi birthday... huhu (“,) lmbt mknanya ingatan lebih.... From:zrenn... yeke?? Padahal lupa..

.
20hb/7.50pm= HEPI BESDAY.. SORI LAMBAT WISH.. DOA KAK e MOGA ADIK SENTIASA CHAT N DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA,.. Doakan kak e dapat transfer tahun ni.. amen. From:kak iparku

Terima kasih kepada mereka yang telah ‘wish’ sempena birthdayku yang ke 21.....

Ya Allah terima kasih kerana kurniakan aku insan2 ini... Terasa diri disayangi oleh sahabat, rakan dan teman atas ingatan....

Friday, April 10, 2009

touch my heart


Seminggu lagi nak exam.. banyak kuliah da habis.. so banyak la free time ana... macam biasa.. masa free digunakan untuk melayari internet.. baca email2... tgk2 blog2 orang.. sambil cakap2 dengan kakak dari bilik depan ana... tetiba akak hulur satu planner 2009 kat ana... “ nah yah, ni planner... nanti ada ..usrah ke, qiamunlai ke haaa tulis la kat sini.. apa2 je lah program yah..boleh tulis kat sini... kat sini..” “nnt akk boleh ikot same” sambil tunjuk kat planner book yg comel...
Ark... knp akak bg yah??.... “ saje nak bg yah”
Oooh... ok tq.... ana ambil sambil tgk2 kat dalam....

Ya Allah baik nya hati akak ni.... haa.... antum semua mesti pelik kan.... bg planner pun nk tulis kat blog...
Ok.. ana terharu sebenarnya... sebab akak ni lain dr yang lain... life ye boleh diketegorikan agak “social” dan dressing boleh tahan... faham2 sendiri.....
tp ye hulur planner tu kat ana ckp tulis usrah n qiamunlai....
Touching kn.... sbb ana dapat rasakan dalam diri akk ni ada perubahan kalau nak dibandingkan masa mula2 ana kenal dulu....
Sejak kebelakangan ni akk ni da lain da...

Petang tu pula, ana terserempak dgn akk dan rumet nya kat tepi kolam di kolej kami masa balik dari kuliah... ana dan kawan-kawan pergi kat mereka.... duk sembang jup then we all same2 berjalan balik bilik....
Tetiba... akk i ckp... “nnt akk nk pakai tudung labuh mcm yah” pastu nk pg usrah dan qimlai .... .. serentak kawan2 gelakkan akk i...
Ana betulkan perkataan td “akak, qiamunlai la”... “aah qiamunlai”......
Ana agak kecewa jgak ... sbb knp kwn2 gelakkan ... kita sepatutnya bg semangat untuk akk nk berubah... bg dier masa ...

Satu lagi yang ana tersentuh... one day tu, akk I ada panggil ana tgk “something” kat lap top dier... “apa kak?” “meh la sini” ana pg kat akk I n tgk.... “ x de pape pon” .... “ baca ni”
tertulis kat note kat widget tepi.....” buat report, siapkan asaimen, study final, solat”
“yg akhir tu.... yah ajak la akk same”... “ haa... x de masalah kak”......
Terima Kasih ya Allah... bkakn pintu hatinya...
Yah Sayang Akak Kerana Allah.... Syurga Allah sangat luas... kita sama2 menuju ke sana...

Thursday, April 9, 2009

PUISI


Puisi untukmu ....

Di saat diri kenaifan
Kau hadir menghulur kasih yang terlalu mahal
Tiada kudrat untukku membayar
Tidak layak untukku terima
Namun kau tetap memberi tanpa dibalas
Terasa diri sangat bertuah
Diri ini insan yang lemah
Dalam mengharungi hidup
Kau datang menghembuskan semangat
Walaupun... pertemuan tanpa jasad
Terima kasih untuk itu..
Wahai hatiku tenanglah dengan apa yang didapati..
Ketenangan ini tidak dapat dibeli......
Ia hadir bersama iman dan taqwa...

-my heart- 10.33am.. khamis

METAFORA


Metafora
Sekerat akar mampu ku hulur pada mu
Do saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejangkal cuma
Katamu kau tak biasa berenang kesana
Engkau lah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sedih dan tanah perkebebunan persahabatan
Tersasar aku di dalam mentafsir
aksara jujur dan ketelusan yang tepamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi kasih
Sukarnya untuk aku membuktikan kebenaran yang berpihak pada ku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik mata mu ada pedang tajam yang merejam
Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan2 sepi
Masih biasakah ku temui sekuntum melati yang tidak berduri..................
-nice-
-my heart- 10.15am. khamis

dAKWAH


Dakwah??

Apa yang dapat kita bincangkan tentang dakwah.... ??? Berdakwah adalah mengajak untuk berbuat baik dan mencegah kemungkaran... semua orang tahu kan...untuk berdakwah kita memerlukan keazaman yang kuat disamping memperbaiki diri sendiri... berdakwah juga bukan untuk popularity... haa .. ingat tu sahabat2...

Insya Allah akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah.... tp ingat!!! bekerja( berdakwah) ni bukan untuk dapatkan ganjaran dari Allah... tetapi nawaitu kita lillahi taala... kerana Allah... ana ingat lagi kata2 dari Presiden sekolah ana dulu... pada tazkirah maghrib.... “sape2 buat ibadat kerana syurga Allah, maka neraka lah die”... maaf ana x sure ni hadis atau kata2 dari sape yg asal... untuk peringtan...

Faham kan... ganjaran tu bia Allah yang bagi... serah kan segala2 pada Allah... mohon la kekuatan padaNya...

Sesiapa yang melihat mungkar di antara kamu, maka cegahlah:

1. Dengan tangan( kuasa yang dimiliki)

2. Dengan lisan( bgtaw,sms, email) bicara tanpa suara...

3. Dengan Qalbu(hati dan doa)

Ramai di kalangan kita pilih yang ketiga kn?? Tp ada yg mengatakan selemah-lemah iman... xpe... masih ada iman... kalau tidak ada rasa apa-apa mcm ne?... tiada iman kah? Tepuk dada Tanya iman?

Islam itu syumul...islam itu indah.... islam itu hebat...

.

Monday, April 6, 2009

Coretan Untukku


Pagi selasa yang nyaman dan sejuk .. bunyi hujan mencurah dari langit Mu. Terasa diri sangat segar untuk melakukan kerja. Tapi ana kebuntuan.... termenung seketika... Astagfirullah.. jgn dilayan dengan fikiran yang memikirkan yang bukan-bukan.. Syaitan cepat memasuki hati yang lalai mengingati Mu ...lantas ana mencapai buku kesayangan ana yang sentiasa disisiku.. buku yang mengandungi pelbagai benda penting dalam hidupku.. Ana menyelak satu persatu muka surat yang tercatat... terhenti seketika di muka surat yang tertulis coretan dari kak nur semasa kuliah dari abi..eh sempat pulak akk coretkan samasa abi bagi ceramah ea...anyway... kata-kata yang sangat bermakna....

Jom kita kongsi...

Andai di Tanya milik siapakah hati ini?
Jawapan hanya satu dan tidak berubah
Telah diserahkan hatiku ini
Hanya untuk Rabb_ku yang Esa

Namun

Dia tak menciptakan hanya diriku seorang....
Di dalam dunia ini...
Diriku.... dipenuhi sahabat & saudara satu akidah...
Walaupun badai melanda,
Masalah yang bertimbun.....
Kesedihan & kepayahan....
Namun.... tenangkan hati ini

Kerana...

Telah pasti...
Hatiku ini... hanya milikmu
Dan setiap yang berlaku....
Datangnya darimu
Untuk menjadikan diriku.....
Semakin cekal dan tabah dan hakikatnya....
Supaya diriku lebih dekat...
Semakin dekat....
Hanya untukMu....

Buat Zakiyah Yang tersayang,
Tiada yang Allah ciptakan dan timpakan ke atas diri kita selain semuanya mengandungi
Banyak hikmah dan pengajaran, hanya orang yang tergolong dalam golongan “ulul-albab”
Yang pandai menilainya... moga diri kita sama-sama tergolong dalam golongan ini...
INSYA ALLAH....

-Kak Nur-

By Day

tunggu

Kata-kata

Jauhkan angan-angan mu dari sesuati yang dimiliki oleh orang lain nescaya hidup kamu bercukup..

Janganlah engkau cari-cari alasan dalam membuat salah. Alasan yang diberi lebih teruk dari salah...

Kamu mestilah memahami apa yang diucapkan...

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kita berbicara

Tetamuku

salam sahabat

Birthday Reminder

January
1 my sis
12 Abg Jib
19 aini mrsm
26 ieyrah mrsm
31 muniey mrsm

February
1 Wana mrsm
2 hamdal mrsm
4 Yus mrsm
18 kak lah mrsm
22 Ummi mrsm
26 Afiqah niece

Mac
3 Izzati mrsm
8 mimi Cb
22 kori mrsm
23 Ilah mrsm
30 Ayahanda

April
6 saba pj
9 baby irfan, ain upm, syikin chalok
15 Fik mrsm
17 me
27 jaa cb


Mei
4 Aqilah niece
5 Farihan mrsm
8 Rahim mrsm
10 Wani mrsm

17 Abg Yen
18 Ctah Upm
21 Zahari mrsm
22 Faqih mrsm

24 Suriani UPm... Ana Sg Tong
26 hana sf


Jun
1 kak ieda upm
2 Dayah cb
5 Sykin rahim upm
15 nurul cb...... sue kmm
16 Dia mrsm
17 tha kmm
29 sofwah kmm

Julai
1 Kak nah mrsm
4 Amir kush mrsm

5 kak yat upm
21 Al-Waleeed mrsm

22 Nabilah niece
23 Jamil mrsm
25 Adli mrsm
28 Fiza chalok

Ogos
1 Nadiy chalok
8 Din mrsm
13 Abg Farid Upm
18 Rodzy mrsm
22 Dayana mrsm
23 Nurin mrsm
26 Mah cb

31 huriyyah kmm

September
4 mat _hniff chalok
6 madihah mrsm
9 kakanda, amir hazwan mrsm
17 Aliff Pres
26 bonda
28 eCah mrsm


Oktober
6 iekiey mrsm
9 yuniey mrsm
14 Intan mrsm

23 Abg long Ukm
29 Apez mrsm, rosni mrsm

31 Kak Edah

November
2 Sarina Mrsm
10 P-rah mrsm, nida mrsm

Disember
16 Easy mrsm
17 Mat Syah mrsm

21 Safwan Upm
25 Nas Azrol mrsm
26 Ayu Upm

 

(أولياء) Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez