Malam penuh ketenangan, penulis dapat satu mesej dari seorang sahabat yang sedang bersedih..
Penulis hilang kata-kata untuk 'memujuk' hati nya. Handfone ditenung dan diulangi mesej tersebut.. Ego seorang perempuan akhirnya tertunduk seketika. Walaupun ada perjanjian sebelumnya. Mungkin mesej ini perlu direply.. Mahu sahaja mesej tersebut dibiarkan. Akhirnya penulis membalas mesej dengan kata-kata semangat supaya dapat menghilangkan gundah dan sedih di hatinya.
Penulis pun insan yang biasa tidak dapat lari dari kesedihan dan perasaan gundah gelisah. Hampir setiap perkara ada sahaja perkara yang menjadi permasalahan yang menyumbang pada perasaan yang tidak disukai.
Tetapi... wahai insan yang bersedih.. ingatlah.. jika kita berfikir dari sudut yang positif dan bertenang dengan apa jua musibah yang melanda.. Insya Allah hatimu akan tenang.. Setiap perkara yang berlaku pada kita merupakan satu ujian dariNya untuk mematangkan kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Tanpa ujian dan dugaan, adakah kita sudah merasakan kita ni kuat semangat?? Insan yang diuji adalah insan yang hebat. So, kamu insan yang hebat. Orang lain belum tentu dapat melalui seperti kamu lalui sekarang..
"Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan( sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya" (surah At-talaq:7).
Berbahagialah wahai insan, lupakan segala yang membuat dirimu berkecamuk dan bersedih. Pohonlah ampun dan maaf pada Allah. Allah sahaja yang dapat membantu hambaNya. Percayalah wahai iman, Hanya Allah. Allah.. ingat....
Kita mestilah mengingati Allah dalam apa jua keadaan pun, percayalah kasih Allah tidak akan tinggalkan kita. Allah uji kita untuk diri kita mendekatkan diri pada Allah. Mungkin semasa kita gembira, kita leka dengan kegembiraan pinjaman yang dicalit pada kita seketika. diberi sedikit ujian supaya kita kembali padaNya.. buktinya Allah sayang pada kita.
"dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, sambil mereka berkata ' cukuplah Allah bagi kami: Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya demikian juga Rasul-Nya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap pada Allah" ( Surah At-Taubah: 59)
Dengan mengingati Allah hatimu akan tenang.
p/s: penulis doakan kamu berbahagia selalu.. dedication 4 sahabat,, sejak dari satu peristiwa yang betul2 menghentam diri ini. penulis dapat kekuatan, ketabahan, kesabaran, ... semuanya dari Allah.. terima kasih padaMu Allah. Selepas hujan akan ada pelangi dan langit yang cerah..
"berterima kasih pada mereka yang susahkan hidup kita kerana dari situlah lahirnya kekuatan"
my heart 131am 4 oct 2009
0 Komentar:
Post a Comment