Allah

asma ul husna

sahabat teman dan kwan

Welcume

Friday, January 30, 2009

Hadis Palsu zaman Moden...


'Hadis Palsu' Zaman Moden - KHAS KEPADA YANG SUKA MEMFOWARD MESEJ " KEBAIKAN " tanpa ilmu!

“Slm,kpd smua yg brglr mslim,hri ni pkr meteorologi bhgn bunyi dr Rusia mndpti ssuatu bnyi gnjil sprti ngauman rksasa dr bwh mantel bumi.Menurut para ulama kmungkinan bsr itu suara Dajal y brusaha utk naik ke muka bumi.Oleh itu,kita d sruh sntiase x b’henti azan n solat,sbrkn kpd 10 umat ISLAM...amanat.”

Siapalah pencetus angkara ni ya? Jangan-jangan orang dari ‘line’ telefon tak? Maklumlah, satu orang kena sebar kepada sepuluh orang. Kalau ada sejuta orang pengguna, kan dah jadi 10,000,000 sms? Lagi cepat habis kredit pengguna, lagi untunglah pihak penjualnya. Ini sekadar agak-agak saja, belum ada bukti kukuh pun.


Dari semasa ke semasa pelbagai berita buruk yang boleh menggugat ketenteraman jiwa umat Islam disebarkan melalui cara di atas. Kena sebar kepada 10 oranglah, 7 oranglah. Antaranya berita Masjidil Aqsa dikepung, seolah-olah hendak diserang dan diruntuhkan oleh tentera Zionis sebentar saja lagi. Selang beberapa bulan, masuk lagi mesej yang sama. Entah berapa kalilah Masjidil Aqsa hendak dikepung dan diruntuhkan. : )

Kadang-kadang isinya dalam bentuk fadhilat. Contohnya (lebih kurang):

“Laailahaillallah, Muhammadurasulullah. Kalimah tauhid yang membawa berkat. Sabda Nabi, sampaikan walau satu ayat. Sebarkan kepada 10 orang Islam, insyaallah membawa kebaikan.”

‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini hampir-hampir tidak ada manfaatnya. Jika ada perkataan “sampaikan kepada sejumlah orang” biasanya mengarut saja. Memang baik kita abaikan. Sekiranya anda menulis ataupun mendapat hadis umpamanya, dan mahu disampaikan kepada orang lain, itu memang bagus. Tapi yang berisi arahan supaya sebarkan kepada sejumlah orang, kadang-kadang berupa ugutan pula, jangan dilayan.


Ugutan yang dibuat pun memang melucukan (bagi yang tahu). Samalah halnya dengan surat berantai kisah Syeikh Ahmad yang ‘mengetop’ kisahnya sekitar 70-8-an dulu. Sesiapa yang sebarkan surat itu kepada sejumlah orang, pasti akan mendapat imbuhan keduniaan seperti kenaikan pangkat, mendapat anak dan macam-macam lagi. Siap diberikan contoh kejayaan orang-orang kenamaan yang pernah menyebarkan surat itu. Sesiapa yang tidak percaya dan tidak mahu menyebarkannya pula, akan ditimpa musibah yang besar, juga beserta contoh-contoh mereka yang pernah terkena musibahnya. ‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini pun ada juga yang diselitkan ugutan seumpama ini. Orang awam yang kurang pengetahuan pun bersungguh-sungguhlah menyebarkannya kerana takut terkena musibah. Mana yang lebih bijak, mereka SMS ustaz-ustaz dulu minta penjelasan.

Antara bahaya besar yang kita nampak daripada aktiviti penyebaran ‘hadis-hadis palsu zaman moden’ ini boleh kita ambil daripada cerita ‘Penggembala dengan Harimau’. Penggembala berteriak kepada orang kampung kononnya kambing-kambingnya diserang harimau. Apabila orang kampong tiba, ternyata perkara itu hanyalah dustaan si penggembala. Kali pertama orang percaya, kali kedua orang percaya. Masuk kali ketiga orang buat tak tahu saja walaupun ketika itu memang betul ada harimau menyerang kambing-kambing.

Dalam hal ‘hadis palsu moden’ ini, dikhuatiri satu hari nanti umat Islam sudah hilang sensitif kerana muak ditipu berulang-kali dan akhirnya buat tak tahu saja mesej yang disebarkan sedangkan ketika itu umat Islam memang betul-betul berada dalam bahaya dan memerlukan gerak segera. Memang tidak bertanggungjawab para pencetus ‘hadis palsu moden’ ini.

Kita kembali kepada ‘hadis palsu moden’ yang saya terima di atas. Agak melucukan bunyinya “pakar meterologi BAHAGIAN BUNYI”. Adakah jawatan sebegitu? Jika ada, betullah tu, mungkin saya yang kurang ilmu.

Pakar bahagian bunyi itu kononnya mendakwa terdengar bunyi seperti NGAUMAN RAKSASA dari bawah mantel bumi. Terus PARA ULAMA menyatakan bunyi itu kemungkinan bunyi Dajal yang mahu naik ke atas muka bumi. Oang-orang di Rusia (banyak yang atehis) sana percaya kisah Dajjalkah?

Amboi, amboi, cepat betul pakar-pakar bunyi itu berhubung dengan PARA ulama sedangkan mereka baru mendengar bunyi itu HARI INI! Masa bila pula apabila ada sesuatu penemuan baru, pakar-pakar meteorology Rusia menajdikan ulama sebagai rujukan? Dan para ulama pun begitu pantas sekali memberikan ulasan. Yang mana satu Dajal ni, yang nak keluar dari bawah tanah tu ke... ataupun yang mula-mula menulis mesej di atas? Hebat betul Dajjal, keluar-keluar dari BAWAH MANTEL BUMI, terus capai telefon bimbit dan tulis mesej. : )


Kemudian, bila masa pula Dajjal tinggal di bawah bumi? Saya rajin juga membaca dan membuat nota tentang Dajjal tapi tak jumpa pula kisah Dajjal tinggal dalam tanah, dan mengaum pula bunyinya. Pencetus ini nyata jahil ehwal agama Islam.


Kejahilannya terserlah lagi apabila membuat seruan supaya umat Islam SENTIASA/ TIDAK BERHENTI mengerjakan solat dan berazan. Ajak orang supaya membanyakkan solat itu bagus, tapi olat dan azan ‘non-stop’ tu pernahkah dibuat para pendahulu kita? Boleh jadi si pencetus ini bukan orang Islam, tak mustahil. Lebih-lebih lagi apabila dia menulis “kpd 10 umat ISLAM” dengan perkataan ISLAM diserlahkan berhuruf besar. Cepatlah habis ‘kredit’ orang-orang Islam asyik menyambung rantai mesej palsu. : )


Zaman dahulu, hadis-hadis palsu yang menggesa umat Islam menambahkan amal memang banyak. Antara tujuannya supaya umat Islam leka dengan amal dan ketinggalan ehwal keduniaan menyebabkan musuh-musuh Islam mudah menjatuhkan Islam. Ada juga yang mahu mengukuhkan kedudukan politiknya lalu menyebarkan fadhilat amal yang luar biasa. Tujuannya supaya umat Islam kurang masa untuk meneliti ehwal politik, maka dia akan mengaut apa-apa keuntungan politik.

Contohnya hadis-hadis yang mengatakan jika melakukan satu amal tertentu berterusan ataupun pada masa tertentu, akan mendapat pahala 7 orang nabi. Sekali buat sudah dapat pahala 7 nabi, kalau dibuat setiap tahun, setiap minggu? Wahhh, kalah habis para nabi punya amal!


Begitulah, salah satu kaedah untuk mengenal hadis palsu ialah ganjaran yang dijanjikan itu terlalu berlebih-lebihan. Orang awam pun berlumba-lumbalah mengikut saranan hadis palsu itu sedangkan pada masa yang sama pencetusnya mengaut keuntungan.

Tuesday, January 27, 2009

perjalanan yang menginsafkan


Saat-saat akhir... abg saya x jadi nk balik...saya jd kelam kabut.. mcm ne nk balik terengganu ni??? tiket nk balik x beli lg.. biasanya teket cepat habis terutamanya ke pantai timur... saya pg kat putrajaya sentral nk pg cari teket.... jwapn agak mengecewakan.. semua tiket da hbis... 26 hb br ada plak...laa... 4 hari lg... rugi x balik awal... terus balik umah kakak... termenung je saya... try tgk tiket flight.. rm290 ... mahalnya... bazir je...x pe laa... tuhan aje thu perasaan saya.... sedih... geram ... pilu semua ada... ok sabo.... perasaan ini tiada siapa faham.... rindunya nk balik... lepas ni da x d e cuti panjang da.....



kebetulan kak plak nk balik perak cuti ni... saya nk g mne ea? ikot ke... 50-50... x thu nk g mner.. keesokan harinya..hampir2 saya ikut kak p perak... kakak duk shah alam call bgtaw teket ada mlm ni tp bus tambahan.. saya pom x kesah la ... asalkn dapt lik... ptg tu... on da way kak nk p perak... drop saya kat putra...



bus kul 10.30... lme lg laa... pg jln kt the mall la.... pusing2 sampai mlm... sempt gak grab 2 3 barang kat the mall tu... hurm x kalah jgk bab mmbeli ni... terjumpa plak kedai busana muslimah... adui... tergoda iman ku... da ada niat nk pg lg ni....hihi...



solat siap2 kat surau tu.... terjumpa plak sahabat sek n mrsm dulu... hihi... sempat brtegur sapa... mklumla saya kn peramah...hihi...



before naik bus... saya ke toilet... tepi pintu toilet perempuan ada seorang lelaki buta.. .. gayanya mcm tgh tunggu org... kesian plak saya tgk....ramainya orang masa tu... tgh2 saya duk beratur tu... ader kakak yg keluar dr toilet tu bertongkat... kakak tu pun x nmpk..then. ye ucap terima kasih kat kakak yg tolong ye n ckp nk pg dulu...

terdetik hati saya.... akk ni jln sorg2 ke... saya nk g tegur... tp x sempat... org terlalu ramai... cepatnya menghilang..... mudah je tgk ye berjalan.... walaupun x nmpk... saya sangat insaf time tu.... saya br di uji sedikit...... kdg2 hati ini rasa pedih dengan ujian yg mendatang...tp setakat ni saya mampu melawannya.... ramai kawan2 yg menolong..... tp tgk akk tu rilex je sorg2....

tungu punye tunggu bus.... akhirnya.... bus ku pun sampai..... huhu... bus sekolah.... x kesah la... janji dapt balik.... perjalanan 8 jam x kurasa sbb sudah biasa... apa lg bertemankn bantal ku yg sudah 9 thun bersamaku ...dapt ku tidur dengan nyenyaknya.... sedar2.... eh da kat mpkt... alhamdulillah..... bus ni tak berenti ke.... ni first time saya dapt tdo dengan baik dlm bus....

sengaja saya x bg abg saya datang amik kat bus station.... nk balik naik bus lompat je.... masa sampai tu pg solat dulu... jumpa lg kawan sekampung... dr upsi... ramainya kawanku.... after solat.... saya tertinggal sejadah kesayangan saya kat surau mpkt... tu la cuai... isk isk.... sejadah putih pemberian ibuku..... sedihnya...

bus lompat2 ke jerteh kul 7 lbh br ada ni....tunggu sambil melihat gelagat mnusia di situ... akhirnya sampai jga bus ke jerteh.... tgk ramai org bgn menuju ke bus.... eh kna cepat ni... nnt x dapt tmpat duduk..... begegas la saya....alhamdulillah... dapat duduk...

tetiba saya nampak akk dan abg yg saya jumpa kat station putra smlm.... dua dua x nampak.... naik bus sama saya.... satu bus lak kita.... alhamdulillah ada hamba Allah yg bermurah hati bg tmpt duduk... akk n abg tu nak balik ke besut.... dr apa yg saya tgk.... akk n abg ni ni sangat bahagia... mereka balik bersama...dan lelaki kat toilet tu adalah org yg sama.... rupanya tgh tunggu akk tu smlm... sweet kn......YA Allah indahnya ciptaan mu...

walaupun dua2 x nampak dr sinar mata.... dari mata hatinya tetap celik.... semoga Allah permudahkan setiap urusannya...

fikirlah setiap yg Allah jadikan ada hikmah besar untuk kita.... sabar setiap apa yg terjadi...

hidup akan indah jika segalanya kerana Allah.......

Rahsia Bantal


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:

1) Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.
Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan, muzik dansastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi.
Mrk juga sgt prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan.
Dalam kehidupan seharian merekamemerlukan banyak pendamping.
Mrk jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mrk bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mrk juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsusemata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mrk mempunyai sifat kurang baik.
Mrk jarang bergaul dgn org ramai,malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mrk cenderung bersifategois.
Mrk juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2.
Mrk tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mrk memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi.
Kadangkala sifatpercaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pegi kedai belilah satu!!!!

Emosi dan Kesannya



Emosi rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita..

EMOSI & KESANNYA

Kondem Orang - Pengerasan ateri dan sakit tekak
Domineering, menguasai, menganiaya -Sakit belakang
Cynical, sindiran - Bongkok
Menahan marah, memendam rasa - Sakit semua bahagian belakang
Menanggung masalah sendiri/orang lain - Lenguh bahagian belakang
Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, - Kanser
cemburu, kebencian, Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu - Sembelit
Menyampah kepada seseorang - Batuk
Kerakusan kasih - Jantung dan paru-paru
Minda yang tiada tolak ansur - Sakit sendi
Memendam emosi - Sakit pinggang
Kekesalan - Hati (liver)
Ketegangan emosi - Tengkuk tegang
Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan - Pankreas
Komplen - Organ seks
Dendam - Gastrik
KESIMPULANNYA
Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi diatas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supaya kita bersederhana dalam semua hal.Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji. Waallahualam.

Apa yg Nk Pejuangkan???


engkau ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujian
engkau ingin berjuang, tapi rosak oleh pujian
engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setiakawan
engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban
engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin
engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agak segan
engkau ingin berjuang, tolak ansur tidak engkau amalkan
engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup terima cabaran
engkau ingin berjuang, kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan
engkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan
engkau ingin berjuang, kerenah isteri tidak kau tahan
engkau ingin berjuang, rumah tangga lintang pungkang
engkau ingin berjuang, diri engkau, tidak engkau tingkatkan
engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan
engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan
engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan
engkau ingin berjuang, tetamu engkau abaikan
engkau ingin berjuang, anak isteri engkau lupakan
engkau ingin berjuang, ilmu berjuang engkau tinggalkan
engkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
engkau ingin berjuang, pandangan engkau tidak diselaraskan
engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan
engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakanYang sebenarnya

APA YANG HENDAK ENGKAU PERJUANGKAN?
ps: ambillah iktibar dari apa yang diperkatakan.ukhuwah fillah abadan

Monday, January 26, 2009

Try n Error


Assalamualaikum....



ini merupakan blog ku yg kedua... hhihi... ptg isnin yg redup 26/1/2009.... hari ni gerhana matahari... blog saya pom turut merasai kegerhanaan ini... knp ye? ini adalah kerana, saya tgk2 blog sahabat2... lawanya...bisik hati kecil ku....


saya pom rasa nk tkr jgk la templete blog... setelah sekian lame duk usha2.... saya pun jupe yg berkenan di hati... "eh lawanya" mcm theme kt friendster sya la.... so saya pom dgn sedikit konfident tlh edit html kt setting tu... try n error...


jeng jeng jeng.... memg sah error....bkk balikk blog semua da delete n berubah.... adui.... sedih nya saya..... dalam kesedihan itu.... saya bersyukur.... sbb saya da dapt belajar mcm ne nk edit betul2.... Alhamdulillah... belajar melalui kesilapan....
p/s: jangan putus asa!

Alhamdulillah



Pelajar K15 UPM Beri Sumbangan Kepada Anak Yatim


SABAK BERNAM, 11 Jan – Seramai 62 orang pelajar Kolej Lima Belas Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyampaikan sumbangan kepada Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam, Selangor di sini baru-baru ini. Sumbangan berupa barangan makanan, hamper, hadiah dari pelajar dan barangan sumbangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM disampaikan oleh Penolong Pengurus Kolej Lima Belas, Haliena Azhar kepada 46 orang anak yatim di sini.


Antara aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti suaikenal, jamuan makan, sukaneka, kuiz dan gotong-royong membersihkan kawasan asrama anak yatim. Pengarah program tersebut, Zakiyah Ahmad berkata lawatan itu untuk memupuk pelajar kolej bergiat cergas dalam aktiviti amal. “Program sebegini dapat mengisi masa terluang pelajar dengan aktiviti bermanfaat di samping menunaikan tanggungjawab mencurahkan bakti kepada golongan yang memerlukan,” katanya.


Beliau berkata asrama anak yatim di kawasan luar bandar kurang menerima sumbangan berbanding di kawasan bandar sedangkan mereka amat memerlukan sumbangan sektor awam dan korporat. “Selain itu kami akan mengadakan lawatan ke rumah orang-orang tua dan kempen derma darah pada masa akan datang dalam mempergiatkan aktiviti amal di kalangan pelajar,” katanya.


Disediakan oleh Seksyen Media dan Publisiti, Bahagian Komunikasi Korporat, UPM.

Coretan Pertama


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.......

inilah coretan pertama saya... Actually saya x pandai nk berblog2 ni..atas ajaran dan tunjuk ajar dari 'rakan' saya yg suke tipu saya .. x thu la jupe kat plenet mane... akhirnya.. jd la blog saya yg x seberapa ni...terima kasih la... diharap medium ini tidak melagro kn saya dan sahabat-sahabat sekalian...same2 kita mendapat manfaat darinya ...insya Allah.
oleh sbb ni coretan pertama atau bahasa saintifiknya mukaddimah..hi... saya nk share laa skit..td tgk astro oasis...kursus kahwin mawi n ekin... saya bkn nk komen pasal diorang... tp nk share ape yg ustaz atau penceramah tu ckp............untuk ingatn diri ini dan sahabat23 perkara yg kita mesti jga betul2 keadaan diri kita..
1-semasa marah..... ramai org silap buat keputusan masa marah... marah tu kan dr syaitan... rasulullah pun ader pesan klu marah... duduk...marah lg... baring... marah lg.... solat 2 rakaat... marah lg? hmm
2-semasa lapar.... ooo lapar2.. ape perasaan antum bile lape ea? gembira ke? duka? sedih? hihi... masa lapar kita mudah marah2... x leh concentrate.... btl x? bulan pose ramai pasangan suami isteri bercerai... percaya x.... ha ni bkn saya ckp... ni ustaz tu ckp...
3-semasa penat... penat............................ ha tgk... saya pom da penat ....
x thu nk tlis ape...that allsyukran...

By Day

tunggu

Kata-kata

Jauhkan angan-angan mu dari sesuati yang dimiliki oleh orang lain nescaya hidup kamu bercukup..

Janganlah engkau cari-cari alasan dalam membuat salah. Alasan yang diberi lebih teruk dari salah...

Kamu mestilah memahami apa yang diucapkan...

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kita berbicara

Tetamuku

salam sahabat

Birthday Reminder

January
1 my sis
12 Abg Jib
19 aini mrsm
26 ieyrah mrsm
31 muniey mrsm

February
1 Wana mrsm
2 hamdal mrsm
4 Yus mrsm
18 kak lah mrsm
22 Ummi mrsm
26 Afiqah niece

Mac
3 Izzati mrsm
8 mimi Cb
22 kori mrsm
23 Ilah mrsm
30 Ayahanda

April
6 saba pj
9 baby irfan, ain upm, syikin chalok
15 Fik mrsm
17 me
27 jaa cb


Mei
4 Aqilah niece
5 Farihan mrsm
8 Rahim mrsm
10 Wani mrsm

17 Abg Yen
18 Ctah Upm
21 Zahari mrsm
22 Faqih mrsm

24 Suriani UPm... Ana Sg Tong
26 hana sf


Jun
1 kak ieda upm
2 Dayah cb
5 Sykin rahim upm
15 nurul cb...... sue kmm
16 Dia mrsm
17 tha kmm
29 sofwah kmm

Julai
1 Kak nah mrsm
4 Amir kush mrsm

5 kak yat upm
21 Al-Waleeed mrsm

22 Nabilah niece
23 Jamil mrsm
25 Adli mrsm
28 Fiza chalok

Ogos
1 Nadiy chalok
8 Din mrsm
13 Abg Farid Upm
18 Rodzy mrsm
22 Dayana mrsm
23 Nurin mrsm
26 Mah cb

31 huriyyah kmm

September
4 mat _hniff chalok
6 madihah mrsm
9 kakanda, amir hazwan mrsm
17 Aliff Pres
26 bonda
28 eCah mrsm


Oktober
6 iekiey mrsm
9 yuniey mrsm
14 Intan mrsm

23 Abg long Ukm
29 Apez mrsm, rosni mrsm

31 Kak Edah

November
2 Sarina Mrsm
10 P-rah mrsm, nida mrsm

Disember
16 Easy mrsm
17 Mat Syah mrsm

21 Safwan Upm
25 Nas Azrol mrsm
26 Ayu Upm

 

(أولياء) Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez